Friday, June 5, 2015 | By: Luna Biru

KSP@LD Siri IV

Alhamdulillah...kumasih ada kekuatan menyambung kisah di siri IV.

Saat ku menaip update ni, jam sudah menunjukkan 2.15 pagi. Aku tak dapat tidur sebab panas yang melampau. Agaknya, magma di bawah tanah sedang menggelegak hingga mengeluarkan wap panas. Untuk pengetahuan semua, pagi tadi, jam 7.15 pagi, berlaku gegaran gempa bumi di Sabah pada skala 6.0 yang menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda. Tapi itu akan kuupdate lain masa, ok!

Jadi, menyambung kronologi kisah dari siri III, kami pun meneruskan misi mencari hotel selama hampir dua jam. Punyalah cerewet si Kem ni cari hotel. Macam mau tinggal sebulan! Padahal, sok pagi awal2 sudah check out. Hotel semalam dia tak mau sebab takut tergoda dengan Bon Jovi. Hotel yang itu, mahal, hotel yang ini, cikai sangat, yang itu lagi, penuh, akhirnya...terpilih jugalah hotel yang dari mula Damit syorkan untuk kami...

KSP@LD Siri III

Harap dalam siri III ni, aku dah boleh masuk cerita pasal kerja pula. Dari tadi asyik melalut2 saja, kan?



Kami pun akhirnya tiba di rumah pengantin. Anis namanya, kawan si Kem. Mesti kawan paling epik ni sampai Kem sanggup meredah banjaran Croker semata2 nak shot kahwin Anis. Kampung Anis di Kawasan Sabah Baru. Kad jemputannya aku dah delete, kalau tak, boleh aku kepilkan di sini sekali. 

Hurm...bilang sampai part ni, aku jadi mati kutu pulak...tak tau nak cerita apa, nak mula macamana....

KSP@LD Siri II

Alhamdulillah...rajin juga aku buat sequel kisah di LD ni...



Hari kedua di LD. 

Kami pun bersiap sedia untuk memulakan tugas sebagai weekend warrior. Sebagai digital sharpshooter yang pro, kami punya integriti sendiri. Akauntabiliti dan time management amat penting di samping kualiti produk yang dijanjikan. Itu piagam yang perlu dipatuhi. Kalau tidak, ucapkan saja selamat tinggal pada dunia photography sebab ada ramai lagi sharpshooter di luar sana yang boleh replace tempat kau!

KSP @ LD Siri 1

Ni kisah 24-26 May 2015.

Untuk pertama kali, full team of KSP bergerak ke luar daerah demi mengembangkan sayap dalam bidang pornography. Upss...photography, ok!

Sejak mula aku tak pasti aku akan ikut ke tak. Nak ikut, tiada alasan. Mr. Bos aku si Kem pun macam ngajak2 ayam. Ayam pun tak nak kalau kena ajak macam tu, apalagi aku! Abang jangan cakaplah. Senyap je bila aku tanya. Hmmph! Tak nak ajak aku lah tu....

Tapi by the end, aku 'terpergi' juga join journey ni atas satu alasan yang tak sepatutnya ada. Ringkasnya, kalau abang tak siapkan kerja ngedit2 video Kalawon dia, confirm aku dah gerak dgn Kem. Tapi, nasiblah dia sempat siapkan semua kerja yang tak berapa nak sempurna tu...Kalau tak, tak dapat aku nak membayangkan aku menempuh perjalanan yang maha panjang tu berdua dgn Kem....plus kenalan baru nama Suhaimi. Oh...terasa macam kisah Sanay Wala Nang Wakas pula...peh!!

Apa-apalah

Hmmm...mananyee janji nak update belog?

Terkapai2 janjiku di udara macam roh gentayangan.

Akhirnya, belog yang dulunya rancak, yang dulunya jadi bahan rujukan, yang konon dulunya jadi terapi minda, yang konon adalah penyimpan khazanah, sudah jadi sesepi macam kubur. Bahkan di kubur pun masih ada cengkerik dan burung wak-wak!

Mungkin kedewasaan sudah mulai menguasai aku.

Mungkin aku dah temukan pelampiasan baru.

Mungkin aku sudah mulai berahsia.

Mungkin saja aku malas.

Sampaikan aku bercadang nak tutup saja akaun belog ni.

Ah...apa-apalah!


Monday, March 30, 2015 | By: Luna Biru

Mimpi

Kita semua punya mimpi.

Mimpimu.

Mimpiku.

Naifnya, kau yakin dengan kemampuanmu untuk sampai ke mimpimu. Lalu kau berhenti kerana menganggap alammu tidak membantumu menuju ke sana.

Sementara aku,

Selalu diyakinkan bahawa aku tidak akan pernah sampai ke sana kerana memang aku tidak dilahirkan untuk menjadi seindah impianku.

Dan aku pun kecewa. Entah kecewa kau kah atau aku kah yang lebih memberat,

Lalu,

aku tak tahu, apakah impian atau mimpi.

Bengang

Sebenarnya....

Bukan aku tak nak belajar.  Memang aku bengang dengan button2 dan ikon. Tapi aku dah bersedia nak explore dunia baru. Dan aku juga sudah terangkan niat aku.

Silapnya lelaki ialah, mereka terlalu yakin dengan apa yang mereka mahir hingga menolak apa-apa saja yang lain dari yang mereka mahir itu, kecuali dari manusia-manusia yang mereka iktirafkan.

Semua pun sama. Tanya dan pergilah ke mana-mana lelaki. Aku tak fikir itu ego. Aku cuma rasa itu satu kebodohan mutlak. Tak mencerminkan watak pemimpin yang murah hati dan telinga. Perasan bagus. Memilih-milih nasihat. Suka menunjuk pandai.

Bosan aku.

Aku give up.

Kalau hebat sangat, kenapa ambil masa yang lama untuk setelkan satu perkara?

Bosan aku.

Betul2 bosan.

Kau buatlah sorang-sorang.

Hujung tahun ni siap kerja kau pun tak apalah.


#ada icon orang muntah hijau , nda?