Friday, June 5, 2015 | By: Luna Biru

KSP@LD Siri II

Alhamdulillah...rajin juga aku buat sequel kisah di LD ni...



Hari kedua di LD. 

Kami pun bersiap sedia untuk memulakan tugas sebagai weekend warrior. Sebagai digital sharpshooter yang pro, kami punya integriti sendiri. Akauntabiliti dan time management amat penting di samping kualiti produk yang dijanjikan. Itu piagam yang perlu dipatuhi. Kalau tidak, ucapkan saja selamat tinggal pada dunia photography sebab ada ramai lagi sharpshooter di luar sana yang boleh replace tempat kau!




So pagi2 morning kami bangun walaupun semalaman aku tak tidur sebab sibuk chatting dengan dua cousinku; si Damit dan si Adek. Oya, tolonglah percaya ya sahabat2 sekalian, bahawa aku memang orang LD! Sulit untuk kau menerima hakikat itu barangkali, tapi percayalah bahawa aku memang berdarah LD. Macam lawak bunyinyakan? Haha...siapalah sangka aku ni anak LD. Kawan2 di sekolah pun pakat2 gelakkan aku....huhu

Si empunya fb jangan tersinggung yek...no offence. Aku tak kecik hati pun. Ni blog aku so aku cuma nak simpan sebagai kenangan. 
Ok. Sambung balik kisah siri II.

Pagi tu kami terus check out hotel sebab kami tak sure nak stay lagi satu malam atau akan pulang terus. Kami pun pi cari restoran untuk breakfast. Waktu makan, kami jumpa sesuatu yang mengujakan rasa ingin tahu....




The Sultane of North Borneo....wow! Hebat bunyinya kan? Gambar ni aku curi2 ambil waktu dalam kereta. Bangangnya aku, rupanya yang tengah melantak makan sebelah meja kami tu, adalah si Sultan ni. Sadisnya, dia perasan aku curi ambil gambar keretanya!

So dikisahkan, waktu menunggu pengantin lelaki bersiap di hotel yang sama, aku pergi lepak dekat gerai2 kaki lima. Abang jual rokok yang aku jumpa semalam tetiba sound aku, katanya ada orang sedang perhatikan aku dari tadi. Bila aku menoleh, rupanya encik Sultan ni sedang starring at me like a lion that ready for his lunch! Alamak...takkan dia kejar kami sampai sini? Aku try buat selamba padahal mulut aku dah berkumat-kamit membaca segala macam jurus makrifat. Pelan2 aku bergerak menjauh. Si Sultan terus mencari info tentang aku (aku rasalah) dan mula mendekati abang jual rokok yang bagi warning pada aku tadi. Atoookui....! 

Bila balik rumah Pak Long tengahari tu, aku cuba gali informasi pasal si Sultan ni. Baru saja buka mulut, semua pakat2 gelak. Kononnya dia ni dah tiga suku, keluar masuk penjara sebab timbulkan rusuhan pasal SSKM. Dia juga yang bakar bendera Malaysia hari tu. Konon, dia adalah pewaris sebenar kesultanan Sulu. Dulu-dulu dia ramai pengikut, tapi since PDRM ambil tindakan tegas, dia dah jadi lone ranger. As long as dia tak buat kacau, polis biarkan saja. 

gambar di sini

Aku pun tak faham kenapalah wujud ramai benar pewaris Sultan Sulu ni. Setakat ni, aku dah jumpa lebih 5 orang mengaku pewaris takhta sebenar. Masing2 dengan bukti2nya sendiri; ada yang siap dengan report DNA dari jabatan patologi dunia, ada yang bawa cop mohor, ada bagi salasilah keturunan, ada yang bagi peta, ada yang tunjukkan pilat, ada yang ntah hapa-hapa....! Aku tahu, meski Sulu terlihat miskin dari mata manusia, hakikatnya mereka kaya.. Apalagi kalau berjaya dalam tuntutan SSKM, maka Sulu akan tampil jadi kuasa paling luar biasa. Tapi sudah2lah dulu dengan segala kemimpian itu...Sedarlah kalau Sulu adalah simpanan terakhir dan perisai terakhir negara paling berkuasa besar dunia. Selagi kuasa itu tidak mengizinkan kewujudan Sulu, maka mimpi menjadi Sultan akan terus jadi igau yang panjang. Kisah Sulu, kenegaraan dan kesultanannya bukan alang2 punya cerita. Mana mungkin kau akan dapat merebut takhta itu kalau hanya sekadar berjalan2 di pekan LD! 

Ups...ups...ups...cerita sensitif. Forget it. 

Part paling epik ialah bila aku dapat tau yang si sultan ni adalah relatif dengan aku...! Whatssss??? Hampeh!!! 

Ok. Sambung kisah di siri III





0 comments:

Post a Comment