Harap dalam siri III ni, aku dah boleh masuk cerita pasal kerja pula. Dari tadi asyik melalut2 saja, kan?
Kami pun akhirnya tiba di rumah pengantin. Anis namanya, kawan si Kem. Mesti kawan paling epik ni sampai Kem sanggup meredah banjaran Croker semata2 nak shot kahwin Anis. Kampung Anis di Kawasan Sabah Baru. Kad jemputannya aku dah delete, kalau tak, boleh aku kepilkan di sini sekali.
Hurm...bilang sampai part ni, aku jadi mati kutu pulak...tak tau nak cerita apa, nak mula macamana....
Ok, pasal aku tiada idea, aku rumuskan bahawa urusan rasmi di sini berjalan dengan lancar. Kami sampai serentak dengan pengantin lelaki. Lepas baca nikah lebih kurang jam 10.00, dorang sambung sanding jam 12.00. Panas jangan cakaplah. Aku tak pernah lagi terkantoi time kerja. Tapi, ini kalilah aku betul2 flat. Migrain pun kuar. Aku rasa macam dah kering air2 di otak aku disejat oleh mentari yang menyinga2 atas kepala. Badan aku pun mula dehidrasi sampaikan suhu di badan aku menukar haba panas itu kepada rasa sejuk-dingin. Bila aku pejamkan mata, peluh sejuk keluar menitis dari kepala aku. Aku boleh nampak bulu roma di tangan aku berdiri. Takut pitam, aku panggil Damit untuk bawa aku balik rumah Mak Long kejap. At least aku boleh mandi dan rehat sejam dua sebelum shot outdoor petang nanti.
Aku yang dah terbaring dekat pelamin sementara tunggu YB datang. |
Terfikir-fikir, apa yang aku cari sebenarnya? Wang atau nama? |
Abang dan migrainnya |
Setelah dua jam di kampung, Alhamdulillah...ketenangan pun kembali...
Kami pun beraksi kembali pada jam 4.30 petang untuk shot outdoor. Adik Anis yang mukanya sebiji macam Arjuna jadi guide kami cari location. Dia memilih lokasi yang hebat. Tapi sayang, abang dan Kem terlampau stuck dengan technical sampai tempat yang seindah itu tidak dieksplore dengan lebih maksimum. Sayang betul shot berpuluh ratus habis di tempat yang sama. Padahal, ada banyak scene dan shot yang boleh dibuat. Oh...siapalah aku...aku kan hanya jurugambar tempelan. They don't really need me, I know.
But it's ok. Aku tak tersinggung sangat pun. Kecik hati sikit adalah. Tapi kalau aku merajuk pun, bukan dorang nak pujuk so buang masa je aku nak merajuk lebih2. Choi!!!
Tugasan kami berhenti pada jam 6.10 petang.
Tugasan seterusnya adalah misi mencari hotel.
Selamat Pengantin Baru buat Anis dan Faqa.
See u in KSP@LD Siri IV
0 comments:
Post a Comment