Tapi bila Kanong memohon personal sama aku seminggu sebelum tahun baru, aku jadi terpanggil untuk menjadikannya nyata. Akhirnya bersama Nor, kami cuba atur segalanya baik-baik.
Nor aku tugaskan bahagian makanan. Kami kutip RM20 satu family untuk patak2 makan. Hanya beberapa family saja yang akun join event. Itupun semua dari family Uwa dan kami saja. Duit makan memang tak cukuplah. Nasib jua Lenny kemudiannya bantu seratus dan ditambah lagi beberapa orang lainnya yang bagi extra. Aku paksa ja Nor buat soto sebab tu ja menu yang kurang kerja dan kurang kos tapi mengenyangkan.
Memandangkan semua sibuk, maka aku ambil tugas jadi pengurus hadiah. Yalah. Aku mau harap siapa lagi kan? Dengan berbekalkan duit RM200 pemberian Abang Ibun, yang diberinya sehari sebelum event, aku paksa rela Ikhwan tolong aku jadi driver. Aku tau duit tu tak cukup so aku tambah extra seratus.
Teruk tak teruk hari tu, dengan hujan lebat dan mati karan balik2, aku cuba juga siapkan 27 hamper untuk hadiah sukaneka tak termasuk hamper lucky draw. Si Bunga pula sponsor beberapa hadiah lain termasuk 1 hadiah penginapan. Aku buat video teaser dengan harapan orang tau event kami ni serius mau satukan family. Jam 2 pagi baru siap bungkus semua.
Besoknya bila datang sana, aku tersentap jugalah bila aku kaw2 kena sound lambat datang dan nda tolong masak. Aku ingatkan, dorang di kawasan tu dah ramai sangat kot. Otherwise, masing2 pun dah dibagi tugaskan...tak siapa pun tanya kenapa aku lambat. Tak siapa pun kesah aku tidur lewat sebab bungkus hadiah lebih 30 dengan Anis semalam...
Lebih terkilan lagi bila aku dapati semua benda tak bersedia langsung. Meja pendaftaran pun tak tau di mana, alat sukaneka, tempat2 acara sukaneka...semua tiada diurus. Dan aku tertanya diri...Aku jugakah kena buat semua? Ni event aku ka ka event kami? Apa ni???
Akhirnya aku pun bawa diri tempat Kanong. Ambil masa untuk bertenang dan susun hidup balik. Rasa macam diperbodohkan dan dijara-jarai. Idea aku kah ni? Aku kah yang memaksanya orang untuk adakan event ni? Kenapa semua digalas pada aku?
Nasib baik jugalah Awie banyak bantu aku sediakan alat sukaneka. Waktu tu ni aku rasa lega sangat. Rasa macam mau menangis pun ada. Diam2 aku doa supaya Allah bagi berita gembira dan rezeki yang tak disangka2 untuk Awie sekeluarga.
Aku kemudiannya pindahkan pertandingan makan samyang di rumah Kanong sebab aku malas mau terlibat dengan muka yang ditayang-tayang cemberut di situ sbb aku nda tolong masak awal2. Then tiba-tiba ada lagi tanya soalan kenapa buat samyang lepas lunch. Aku rasa macam mau marah betul waktu tu.
Masalahnya, aturcara sudah berjalan days before. Anak Boboy dan Awie sanggup nda lunch sebab dorang tau lepas tu ada pertanyaan makan. Kenapa dorang boleh alert dan respect benda tu. Kenapa yang lain membedal berabis time lunch lepas tu complain? Aku yang nda flexible ka atau kamu yang nda alert? Kalau aku pindahkan pertanian ni ke petang, bermakna aku mendidik orang untuk tidak menghormati rules. Ertinya juga aku menafikan hak dan kebenaran orang yang ikut rules. Lainlah kalau hal2 yang diluar jangkaan, contohnya faktor cuaca.
Yang aku kesal bila timbul isu untuk membantah aku dari kalangan pemimpin itu sendiri. Look. Dengar sini baik-baik. Pemimpin dengan pemimpin jangan sesekali nampakkan sama orang bawah yang dorang tak sependapat. Hasilnya, akan mewujudkan kroni2 dan puak2 yang berpecah belah. Aku paling pantanglah bila ada di kalangan pemimpin mengumpat dan mencaci maki barisan pemimpinnya sendiri depan anak2 bawahan. Budaya apa sebenarnya yang kita cuba tunjuk dan didik??? Macamana, anak buah dapat menghormati pemimpin sekiranya pemimpin itu sendiri meracun pemikiran orang bawahannya?
So aku sangat sensitif bila berhadapan dengan situasi begini. Maaflah. Tiada toleransi dengan umpatan belakang.
Tapi kemudiannya segalanya berlangsung baik. Rizal dan team biras pun banyak main peranan. Begitulah ba bila sudah jadi team. Mana mungkin sesuatu event itu boleh dijayakan tanpa kerjasama. Besar bah sudah kita ni semua. Tua jua sudah. Kerja pun professional semuanya. Pandai2lah common sense. Kejayaan sesuatu event itu tidak bergantung pada seorang manusia saja. We really need to work as a team.
Uina. Panjang pula ni bebelanku haha. Saja aku simpan sini supaya aku ingat detik ini.
Malamnya segalanya berlangsung baik dan meriah. Ann banyak bantu time ni. Alhamdulillah. Meski ada juga dengar cakap-cakap nda puas hati dengan cara kami susun lucky draw, tapi aku nda kesah sangat. Dan aku tak sangka kalau Awie betul2 dapat hadiah penginapan tu...
Tiba-tibalah pula aku teringat doa aku pagi tu...haha. Alhamdulillah. Rezeki tak pernah salah alamat.
Btw, few days after, ada la sorang tu tanya aku, aku nda rasa bodohkah buat benda2 ni semua? Ramai lagi orang lain boleh buat, kenapa mesti kau? Tanyanya. Dia sarankan agar lain kali aku serahkan saja pada generasi bawah untuk uruskan instead of aku yang sepatutnya jadi macik yang steady.
Entahlah.
Jauh di sudut hati aku, memang kadang aku rasa diperbodohkan. Tapi aku bukan buat kerana dorang, atau kerana nama, atau kerana apa2lah.
Aku buat sebab silaturrahim. Aku buat sebab aku bahagia tengok budak-budak tu gembira. Aku buat kerana amanah. Kerana Allah. Aku tak perlukan sangat pendapat manusia yang tiada sumbangan dalam hidup aku.
Bila tengok budak-budak tu happy, abah happy, poso happy, tengok cucu2 balik kampung berkumpul, aku rasa happy sangat.
Aku ikhlas buat kerana Allah.
Janganlah ba kamu buat hal merungut nda tantu2 lagi. Kita sama2 penat ba. Masing2 sudah ada tugas kan. Buatlah tugas masing-masing. Hari keluarga bukan selalu. Korbankan saja ba dulu apa2 yang patut untuk sehari dua kalau bersungguh mau jayakan. Nda jua apa2 ba tu. Yakin saja Allah gantikan rezeki tu nanti dengan caraNya yang ajaib. Jangan biarkan ahli keluarga mu terkial2 ba mengurus dan kau lepas tangan. Kalau mau lepas, lepas betul-betul. Jangan hanya tau memetik hasil dan kemudian claim macam2.
Aku pun manusia juga ba macam kamu.
0 comments:
Post a Comment