Ni kisah 24-26 May 2015.
Untuk pertama kali, full team of KSP bergerak ke luar daerah demi mengembangkan sayap dalam bidang pornography. Upss...photography, ok!
Sejak mula aku tak pasti aku akan ikut ke tak. Nak ikut, tiada alasan. Mr. Bos aku si Kem pun macam ngajak2 ayam. Ayam pun tak nak kalau kena ajak macam tu, apalagi aku! Abang jangan cakaplah. Senyap je bila aku tanya. Hmmph! Tak nak ajak aku lah tu....
Tapi by the end, aku 'terpergi' juga join journey ni atas satu alasan yang tak sepatutnya ada. Ringkasnya, kalau abang tak siapkan kerja ngedit2 video Kalawon dia, confirm aku dah gerak dgn Kem. Tapi, nasiblah dia sempat siapkan semua kerja yang tak berapa nak sempurna tu...Kalau tak, tak dapat aku nak membayangkan aku menempuh perjalanan yang maha panjang tu berdua dgn Kem....plus kenalan baru nama Suhaimi. Oh...terasa macam kisah Sanay Wala Nang Wakas pula...peh!!
Oleh kerana abang lambat siapkan kerja, so kami pun gerak lambat. Aku rasa dalam jam 4.00 jugalah kami gerak dari KK. Jam 11.30 baru kami sampai LD. Syukur Alhamdulillah tiada apa yang berlaku sepanjang jalan, meskipun kelihatan penampakan entiti2 halus dari mata aku yang 'lut sinar' ni. Aku lebih rela diganggu genderuwo daripada lanun2 Sulu. Kami singgah sekali je di Pekan Ranau untuk tapau KFC. Betul2 rasa macam back packers.
Sampai di LD, kami diberi tempat tinggal di Home Borneo. Aku memang dah cadang nak sewa satu bilik khas, tapi Kem pula dah bayarkan dulu. Save duit aku...tengkiu Kem...dua malam pula tu.
Inilah dia rupa hotel Home Borneo ni. Pelbagai jenis saiz bilik disediakan dari yang paling kecik tiada tingkap dengan harga RM50 hinggalah ke apartment tiga bilik. Selesa memang selesa biliknya sesuai dengan harganya. Cuma, soal keselamatan aku tak jamin sangat sebab ramai pela'u di sini. Depan hotel ni ada pasar malam dan warung makan. Orang gila nama Bon Jovi pun ada. Tak sempat aku nak tangkap gambar dia sebab dah tengah malam. Kesian betul tengok orang kurang siuman ni,kan? Padahal, akal adalah anugerah termahal yang Allah beri pada hambaNya. Namun, bila akal itu rosak, maka rosaklah segala pekerti dan maruah. Si Bon Jovi ni tak pakai baju dan cuma berseluar yang dah koyak-mayak sampai nampak punggungnya yang ranum dan lazat di mata si Kem. Bayangkan kalau Kem boleh buat sinonim punggung si Bon Jovi tu dengan ayam panggang di Kenny Rogers, tak ke lazat bebenor tu...? Haha...
Part yang aku touching sepanjang malam ialah bila aku lihat di kaki lima hotel, terdapat sebuah keluarga menjual rokok seludup. And I do really mean a family sebab si mak menjual rokok, si bapa bersembang dengan kawan sementara anaknya dua orang pula tidur di lantai dengan hanya beralaskan kadbod.
Sumber gambar di sini |
So pemandangan di atas adalah fenomena paling biasa di sini. Anak-anak malang, kan?
The next gambar yang akan aku cicilkan di bawah ini juga adalah senario ringkas tentang bandar kelahiran umi ini. Ini semua bukan gambar aku ok. Nak tahu kisahnya, boleh klik yang sama yang aku pautkan di atas. Kredit pada blog Silam Gemilang.
The next gambar yang akan aku cicilkan di bawah ini juga adalah senario ringkas tentang bandar kelahiran umi ini. Ini semua bukan gambar aku ok. Nak tahu kisahnya, boleh klik yang sama yang aku pautkan di atas. Kredit pada blog Silam Gemilang.
KK pun ada bah ini, kan? |
Ok. Setakat ini dulu catatan KSP@LD siri 1. Bersambung di siri II kalau aku rajin. Kbai.
0 comments:
Post a Comment