Sunday, September 14, 2014 | By: Luna Biru

kebal vs bebal

Kebal.

Dolak punya dalik dah nak masuk tahun ke 3. Tiada siapa berani nak ambil tindakan. Tidak juga aku yang kononnya srikandi sangat. Tiada siapa berani nak lawan dia sebab mulutnya  lebih bisa dari ular kontot dan tindakan membuta tulinya lebih parah dari orang gila yang mengamuk waktu zaman hang tuah dulu.

Akhirnya dia pun terlepas begitu saja....

Tuesday, September 2, 2014 | By: Luna Biru

simpang siur


Kata si Maria,

Suatu masa dalam hidup kita akan bertemu sebuah jalan mati. Jalan yang kau fikir adalah jalan mati yang tak ada hujung, tak ada simpang, tak ada lorong, bahkan tak ada warna.

Gelap. Hanya gelap.

Hanya dengan kekuatan bisa membuatkan kita memecahkan kegelapan itu. Lalu simpang2 baru pun muncullah...

Kukira aku sudah tiba di hujung lorong itu.

Patah sayap bertongkat paruh

September.

Baiklah.

Aku sudah melakukan segala usaha untuk menidakkan rasa kecewa, untuk meneruskan hidup dan melengah2kan waktu...

Hari ini sudah cukup terbukti aku gagal total.

Nil.

Fatal.



Oktober. 

Itu limit aku. Dan itu cuma sejengkal dari September.

Jadi malam ini aku perlu segera kemaskan segala, siapkan apa2 yang patut, lupakan segala kecewa dan paksa hati untuk terima segalanya dengan keredhaan yang extra, seperti selalu.

Kalau kau tanya aku bulan,

aku minta kau tahan dua kakiku supaya aku tak perlu pergi, potong dua sayapku agar aku tak bisa terbang. Tapi oleh kerana tak ada apa yang dapat membuatku bertahan di sini, maka simpan sajalah keinginanku itu kerana aku masih perlu dua kaki dan sayap ini untuk meneruskan sesuatu yang bernama hidup. Aku sudah merisikokan segalanya untukmu, bulanku. Tapi nampaknya kau tak mau menerima hasil korbanku. Maka semua ini hanya sia-sia saja...


Apapun...ini hidupku. Patah sayap bertongkat paruh kan kutongkah jua...





Friday, August 15, 2014 | By: Luna Biru

tanpa tajuk

Aku dah jadi si penderhaka.

Betul2 penderhaka.

Dan Tuhan telah memain peran dengan baik sebagai tukang denda. Sekarang aku terhukum Bukan lagi terhukum dengan bebat rasa bersalah kerana menjahili hati dua manusia yang sayang aku; tapi betul2 terhukum.

Apa sudah jadi ni?
Wednesday, August 6, 2014 | By: Luna Biru

Oman, Omani

Gambar di sini

Dulu kecik-kecik suka kumpul pemadam ni. Dari hasil hobi mengumpul benda ni aku banyak tahu nama-nama negara di dunia. Dari sini jugalah aku tahu ada satu negara bernama Oman. 

Oman.
Tak pernah terlintas aku akan menjejak kaki ke sana. Aku dah tak mahu jadi kapas lagi. Aku perlu bulatkan tekad. Dah banyak tawaran aku sengaja abaikan; Saudi, Abu Dhabi, Disney, Birmingham...

Aku dah tak mahu jadi pengkhianat hati lagi. Saat jiwa tenang, macam-macam motivasi muncul. Saat jiwa kacau, mulalah sumpah seranahku bergadang balik. Daripada aku sekejap derhaka, sekejap mithali, baik aku jadi manusia yang benar-benar diredhai....

So Oman akan menjadi saksi perjuangan hijrah aku. Imran pula akan jadi sahabat pertama. Aku berharap munculnya dia dalam hidup aku adalah atas ilham Tuhan. Aku berharap agar dia berhati ikhlas seikhlas niat hijrahku. 

Harapan untuk dihalang pergi sudah berlalu...

Kapas

Aku pandang langit-langit bilik sampai tembus atas langit betul-betul. Invisible. Aku terawang macam kapas. Tanpa tulang, aku menunggu angin berhenti meniup agar aku bisa jatuh balik atas katil.

Aku tak jatuh-jatuh juga. Aku dah mula takut. Tahukah kau betapa takutnya aku, Tuhan?

Ah...sampai bila begini? Sesuatu perlu dilakukan. Sesuatu yang nekad dan perlukan kekuatan luar biasa. Nekadku ikut arah angin. Kan aku kapas....

Pejam mata.

Swing down.

Glide down.

Katilku sudah berubah jadi tanah Oman.

Raya 2014


Raya sudah berlalu untuk hari ke 9.

Kemeriahan raya tak berapa rasa sebab tak menyempurnakan Ramadhan dengan betul agaknya. Atau mungkin juga sebab dah separuh usia.

Apapun, aku berani kata yang Syawal kali ini adalah curahan rahmat yang jauh lebih lebat dari hujan setahun. Rezekinya tidak datang dalam bentuk wang ringgit seperti yang diharapkan. Tetapi ia datang dalam bentuk kebahagiaan yang bukan kepalang. Pertama, sebab buat pertama kali umi berada dalam kondisi paling tenang dalam dunia. Baru aku tahu kalau kita sebenarnya menggantungkan emosi dan kebahagiaan di leher seorang ibu. Baik mood seorang ibu, maka amanlah dunia. Rosak mood ibu, ibarat nila yang tertitik di sebelanga susu....