Tuesday, September 2, 2014 | By: Luna Biru

simpang siur


Kata si Maria,

Suatu masa dalam hidup kita akan bertemu sebuah jalan mati. Jalan yang kau fikir adalah jalan mati yang tak ada hujung, tak ada simpang, tak ada lorong, bahkan tak ada warna.

Gelap. Hanya gelap.

Hanya dengan kekuatan bisa membuatkan kita memecahkan kegelapan itu. Lalu simpang2 baru pun muncullah...

Kukira aku sudah tiba di hujung lorong itu.


Dengan kekuatan, maka lorong gelap itu telah kupecahkan. Malangnya, simpangnya pecah bersiur tidak menentu. Aku tak tahu harus ke mana. Macam maze...takut2 aku kembali ke lorong mati kerana hanya ada satu simpang keluar...

Semua simpang punya risikonya sendiri. Penuh dengan pro dan kons. Aku perlu berani dan bijak memilih risiko. Dan kau perlu mengerti bahawa berani seorang penakut bukanlah mudah. Pernahkah kau melihat seekor pipit berusaha terbang segagah helang? Itulah aku...

Ah...
aku lapar. baik makan. dari pagi aku tak makan apa2. Terlalu sibuk berzikir dan berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan. Ternyata akhirnya, rezeki tidak dilimpah hari ini ke dalam dompet yang selalu kurus kering. Semoga Allah gantikannya esok.


...dan tentang simpang2 risiko?


aku tak tahu. Jangan tanya aku apa2 lagi.  

0 comments:

Post a Comment