Friday, August 15, 2014 | By: Luna Biru

tanpa tajuk

Aku dah jadi si penderhaka.

Betul2 penderhaka.

Dan Tuhan telah memain peran dengan baik sebagai tukang denda. Sekarang aku terhukum Bukan lagi terhukum dengan bebat rasa bersalah kerana menjahili hati dua manusia yang sayang aku; tapi betul2 terhukum.

Apa sudah jadi ni?


Aku tak sanggup hidup tapi tak layak untuk mati. Aku juga bukan roh gentayangan sebab aku adalah nyata, bukan halimunan. Segala yang berlaku ini adalah nyata; bukan mimpi buruk waktu tidur. Aku lebih rela bermimpi hantu sepanjang umur dari menghadapi segala yang menyakitkan ini untuk satu fasa kehidupan lagi.

Tuhan,

Mahukah kau kalau kuajak berkonsultasi dan berkisah dari hati ke hati? Aku akur pada yang bernama qada dan qadar; dan aku juga tahu wujudnya Loh Mahfuz dan buku kira-kiraMu. Namun aku juga percaya pada kekuatan doa dan kebenaran untuk mengubah nasib. Aku sudah berusaha segala yang aku mampu, malah lebih dari yang aku mampu sekalipun. Maaf kalau segala itu tidak menepati citarasaMu. Kupercaya Kau memaklumi kadar kemampuanku maka kerana itu tolonglah ampuni aku atas segala kekurangan dan kelemahanku.

Aku sudah lelah, Tuhan. Tak adakah yang mampu kulakukan untuk menghentikan semua ini? Tak bisakah pujuk rayuku dan tangis esakku saban malam untuk membuatMu mengubah takdirku? Kukira aku sudah berada di hujung garis sabar dan redhaku. Kakiku longlai menuju ke simpang putus asa. Namun teriakan 6 suara di hujung simpang yang lain membuatku sedar kembali. Ah...maaflah anak-anakku. Aku tak mampu jadi semithali ummi syurga. Aku sendiri adalah sebuah syurga yang miskin.


0 comments:

Post a Comment