Saturday, September 5, 2015 | By: Luna Biru

Penamat

Aku cuma mahu kau tahu,

Kalau kau merasa bahawa harga diri dan ego mu lebih tinggi dari nilai persahabatan dan persaudaraan yang pernah aku tawarkan (dan yang pernah kita sulamkan bersama), kau silap.

Apa yang kau tunjukkan sekarang hanyalah kesombongan mutlak seorang manusia biasa. Nanar dan naif. Kau tak lebih dari tipikal sifat manusiawi. Kau tak melihat isu yang wujud hingga terjadi kemelut ini. Kau hanya melihat konsekuens dan sedikit usahamu untuk berbaik, yang nyatanya tidak menyembuhkan apa-apa luka yang telah kau torehkan.

Kalau matamu tak mampu membelalak melihat, mindamu tak mampu mencerna, hatimu tak mampu menafsir, maka sia-sia sajalah segala jalinan persahabatan yang telah wujud selama ini.

Baiklah.

Titik.



1 comments:

Langit Biru said...

Hai,

Saya Sima, terima kasih dengan perkongsian cerita dan luahan pengalaman awak.
Saya suka blog awak sebab awak guna perkataan yang penuh. Saya rasa, saya tak mampu nak menulis ayat sebagus awak.
Contoh terbaik untuk saya menulis kisah saya.

Keep it up. Don't give up.

Post a Comment