12 tahun yang lalu, anak kecil ini lahir saat subuh baru menjengah di kaki langit. Aku masih ingat sakit di tulang punggungku, kontraksi yang merenggut damai hatiku dan dinding2putih di bilik paling dingin yang sangat kutakuti. Aku masih ingat wajah2 para jururawat yang bertungkus-lumus menyelamatkan bayiku, juga kerut wajah sang doktor yang mulai keliru dengan takdirnya yang tak berapa baik pagi itu.
Betapa tidak, seorang bayi telah lahir tanpa nyawa di dini itu. Entah apa puncanya, si ibu mengalami kontraksi hebat. Dia kalah memperjuangkan nasibnya. Kudengar suara lirih suara suaminya saat nurse memberitahu keadaan itu padanya. Suara itu berselang dengan suara cengklik sang balan-balan atau mungkin juga pontianak dari atas siling hospital. Aku sendiri sudah lelah meneran dari tadi. Tidak tahu mengapa bayiku sukar lahir sedangkan bukaanku sudah mencecah 8 cm. Kudengar suara perawat menjerit namaku. Khuatir sekali mereka aku berputus asa dalam perjuanganku.
Ya. Aku lelah. Bayi keempat di rahimku ini entah apa mahunya. Sejak dari bulan pertama ia wujud, sudah bermacam hal yang ditimbulkannya padaku. Kesihatanku jatuh ke paras nol sepanjang tempoh mengandungkannya. Aku tak bisa apa-apa kecuali menangisi kesakitanku. Kerananya juga aku keluar masuk hospital bahkan ditusuk berkali-kali sebulan semata-mata untuk menambah sel darah merahku yang hilang tak berpunca. Anak ini benar-benar rewel. Lihat saja hari ini, saat dia mahu lahir pun, dia tetap rewel tak mahu keluar.
Mungkin inilah harga yang harus kubayar atas segala apa yang telah berlaku pada hubungan aku dan abang. Jujur, saat sebelum mengandungkan Acik, adalah tempoh paling kritikal dalam sejarah perkahwinan kami. Acik muncul tanpa diduga dan dijemput kehadirannya sama sekali. Namun, kerana dialah juga kami bertahan dan kembali pada fitrah Tuhan. Anak ini adalah mukjizat Allah. Tanda betapa Allah begitu kasihkan hubungan kami.
Mengingat itu, aku merasa kuat kembali. Lalu aku pun memulai lagi perjuangan yang maha getir itu saat kontraksi menikam sulbiku. Dengan kalimah Allah, kudengar koyakan di lapis kulitku. Akhirnya, aku dapat merasakan kerasnya tulang tengkorak kepala meluru keluar dari rahimku. Wajah-wajah panik pun berlagu penuh sumbang di hadapan mataku begitu bayiku lahir tanpa tangis. Aku tersentap. Mati jugakah? Kulitnya hitam hijau penuh lebam. Sang doktor menjungkir balik tubuhnya, cuba melakukan prosedur2 yang hanya meraka maklumi. Sepi. Si bayi masih bungkam. Pasrah, sang doktor meletakkanya kembali ke katil.Tak disangka, dia bersuara. Bukan tangis. Tapi bersin, diikuti dengan batuk, tersedak lalu kemudiannya barulah kami dengar lengking tangisnya.
Ah, anak itu! Saat dia diletakkan di dadaku, ku tersentap melihat sepasang matanya yang hitam, besar dan bersinar. Oh, jadi begini rupanya wajahmu, anakku. Wajah seorang penyelamat dunia!
Acik pun membesar seperti bayi-bayi lain. Dia sihat, comel dan berisi. Namun, ujian melanda pada usianya mencecah 6 bulan. Dia diserang demam panas hingga menyebabkan sawan. Ia adalah pengalaman baru bagi kami. Panik dan sasau melanda. Aku masih ingat detik itu. Saat kami membawanya dengan kereta buruk abah ke hospital, wajahnya berubah jadi biru ungu. Nafasnya terhenti dan jantungnya berhenti berdenyut. Tubuhnya sejuk dan kaku. Matanya membelalak ke atas. Mati. Kali ini anakku benar2 mati. Aku menjerit sekuat hatiku. Entah jeritanku kah atau kebetulan, peristiwa di saat kelahirannya berulang lagi. Acik tersedak, terbatuk lalu tangisnya yang lirih muncul dari dua bibirnya yang kecil dan mungil.
Sampai di hospital, Acik segera dirawat di wad kecemasan. Kami dimasukkan ke wad dan bermula detik itu, kami terpaksa menerima hakikat bahawa kesihatannya tidak senormal anak-anak yang lain. Pelbagai eksperimentasi telah dilakukan termasuk mengambil sampel air sum-sum di tulang belakangnya. 4 daripada bayi yang diambil mengalami komplikasi cacat seumur hidup. Mujurlah Acik selamat. Prosiding pemeriksaan terus dilakukan. Tubuhnya sudah lunyai dengan segala macam eksperimentasi. Namun akhirnya, tidak ada satu doktor pun yang tahu apa punca sakitnya. Mereka bahkan tak mampu mendektasi penyakitnya pun!
Semenjak itu, hidup kami pun berubah. Aku tidak lagi jadi guru yang dibanggakan. Disiplin kerjaku hancur sama-sekali. Satu demi satu kejayaanku berganti dengan segala macam kegagalan dan kehinaan. Aku mulai jadi bahan kecaman kerana selalu bolos mengajar. Rakan-rakan kerja mulai mempersoalkan tugas mereka yang bertambah kerana terpaksa menggantikan aku. Hutang pun semakin meningkat. Kolektor kad kredit menjadi hantu yang menakutkan. Saat ini juga, Allah menambah perisa ujian dengan penyakit tumor otak yang dialami umi dan migrain yang menyerang abang. Aku benar-benar terpelosok ke satu dunia paling naif yang tak pernah aku bayangkan sama sekali.
Tahun-tahun berlalu dan kami mulai mengerti cara terbaik untuk memulihkan Acik. Meski tak tahu apa penyakitnya, tapi kami mulai belajar cara untuk mencegahnya. Acik juga belajar tentang batasan dirinya. Sungguh, dia sudah mengalami hal2 tragis dalam hidupnya. Menyedari bahawa dirinya kurang mampu, kuajar dia berdikari dari kecil. Hanya dia saja anak yang kurelakan mengikut abang jauh sampai ke Kambizaan. Nampak macam kejam sebab setiap hari Acik tersepit di motosikal dengan dua pembonceng. Tapi aku mahu Acik tahu, bahawa penyakit bukanlah untuk dimanja. Ia bukan kelemahan, tapi kekuatan.
Hari ini,
Acik sudah berusia 12 tahun. Besok, dia akan menghadapi ujian UPSR. Dan tahukah kau bahawa dia tidak pernah benar-benar sembuh? Acik tetap Acik yang selalu bolos sekolah kerana sakit. Dan aku tetap aku yang juga akan terus menerima kecaman rakan sekerja kerana mengurus anak yang sakit!
Tapi aku tak pernah menyesal.
Demi Allah aku tak pernah menyesal.
Meski satu dunia membenciku dan menuduh aku ibu yang tak pandai menjaga anak, meski orang mengata aku ibu yang sengaja memboloskan anak sekolah, meski aku dibenci rakan setugas dan menjadi bahan umpatan di pejabat; aku tak pernah menyesal.
Memiliki Acik adalah mukjizat terhebat bagiku. Memandangnya, aku bagai memandang kuasa Allah. Darinya, aku belajar banyak perkara tentang kasih sayang Allah pada hambaNya. Acik bukan sahaja penyelamat dunia, tapi juga penunjuk untuk aku ke syurga. Allah telah menghantarnya untuk menyelamatkan iman kami suami isteri. Allah mengajar erti pengorbanan, kasih sayang dan perjuangan lewat kewujudannya.
Kau tak mungkin tahu apa yang aku alami. Aku juga tak minta kau faham. Aku cuma ingin kau tahu bahawa aku juga tak ingin semua ini berlaku. Aku benar-benar berharap agar kau tidak sesekali mengatakan bahawa aku SENGAJA memboloskan anakku sekolah. Untuk apa sebenarnya aku sengaja melakukan hal sebodoh itu? Ketahuilah, bahawa setiap ibu diberi ujian yang tak sama dengan orang lain. Ini bahagianku. Aku sendiri tak pernah meminta dikurnia anak2 yang berpenyakitan macam dorang.
Acik,
Mama tak tahu kenapa sejak pulang sekolah tadi, kau tidur sampai sekarang. Kau tak mahu dibangunkan meski sudah beratus kali kami menggegarkan tubuh kecilmu. Esok hari pentingmu, Acik, bertahanlah. Ma dapat menerima kalau kau gagal. Tapi ma takut kau yang tak mampu menerima kegagalanmu kelak. Sihatlah, Acik. Sihatlah. Sudah seminggu kau tak datang sekolah kerana sakitmu.
Acik,
Ma tahu Acik anak yang baik.
Acik berusaha mengambil hati mama. Acik sediakan ma sarapan. Acik simpankan sedikit makanan untuk mama kalau mama lewat bangun. Acik peduli hal Ade dan Mizan, Acik jaga keluarga kita dengan sesungguh daya Acik. Acik juga kuat semangat. Pantang menyerah dan tak pernah takut menghadapi cabaran. Acik berani dan Acik punya prinsip sendiri.
Acik,
kalaulah dunia ini tidak menyediakan medal untukmu, percayalah bahawa kau tetap wira di mata mama dan abah. Tak perlu dikejar sangat kejayaan dunia hingga kau memaksa dirimu membatasi kemampuanmu sendiri. Kejayaan akan datang sendiri dan mengejar kita apabila kita ikhlas dalam perbuatan dan pekerjaan kita. Jangan terlalu bersikeras untuk maju kerana jesteru yang datang nanti hanyalah kejayaan yang palsu.
Acik,
Ma tahu Acik akan jaga keluarga ni nanti bila ma tiada. Ma tahu Acik akan satukan keluarga ini kembali. Ma tahu, Acik juga akan jadi penasihat yang baik untuk adik-beradik Acik. Sifat tanggungjawab Aciklah kunci kepada kejayaan Acik nanti.
Ma bangga dengan Acik. Keep it grow, my son.
Selamat Ulang tahun. Kami semua sayang Acik.
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
Powered by Blogger.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.
0 comments:
Post a Comment