13 Ramadhan.
Maka hari ini, tertubuhlah
page studio 78 yang sudah lama abang usahakan.
Alhamdulillah.
78 Studio ni sebenarnya
hanyalah rebranding daripada syarikat ademedia yang sudah lebih sepuluh tahun berdiri
sendiri (since 2002). Kenapa abang tukar namanya kepada 78 Studio, aku pun tak
tahu. Perhaps dia mengambil sempena tahun kelahirannya. Otherwise, aku pun dah
jarang guna nama Ade semenjak menggunakan nama Lunazura.
Sebagai makluman,
ademedia adalah sebuah small and medium entrepreneurship yang menyediakan perkhidmatan
designing (logo etc), digital visual art, floor plan for home, and anything
about printing designing including banner, greeting cards and souvenirs. Semenjak
tahun 2012, trading ini mula menyediakan perkhidmatan event photography setelah
abang membeli kamera Nikon D90. Dalam pada itu, ademedia juga berjinak-jinak
dalam bidang suntingan dan pengarahan filem pendek semenjak tahun 2011 lagi. Pada
tahun 2014, syarikat ini mula menceburkan diri dalam bidang wedding photography
atas pelawaan sahabat jurufoto, Kem untuk menemaninya membina KSP. Lalu, atas rundingan bersama, kami pun
bersetuju untuk membantu KSP membina empayarnya sehinggalah ke suatu saat ia
bisa terbang sendiri. Tiada hitam putih. Hanya janji mulut antara sahabat
menjadi jaminan.
Perlu diakui, semenjak
kolaborasi bersama KSP, ademedia mulai sibuk mengurusi dunia fotografi
perkahwinan yang baru diterokai itu. Kesibukan ini menyebabkan ademedia mulai
terlupakan. Beberapa pelanggan lama yang masih setia muncul meminta khidmat membuat
logo dan banner. Sesekali, para pelanggan ini menerpa soalan; sudah tukar
produksikah? Soalan itu, menyentap rasa. Segera teringat betapa kami sudah
mulai melupakan syarikat yang telah kami bina dengan susah payah ini kerana
kesibukan dan hecticnya dunia. Tempahan yang bertalu-talu dari pelanggan setia
mendorong rasa untuk ‘come back’. Maka, abang pun bertekad untuk kembali kepada
dirinya; ke dunia designing dan retouching yang begitu dicintainya. Sifat introvert
dan perfectionist abang bertembung dengan sifat yang sama yang ada pada Kem,
dalam bentuk yang berbeza. Pertembungan ini tidaklah mampu melahirkan sesuatu
yang luar biasa. Ia hanya menjadikan sebuah karya yang janggal, jauh berbeza
sifat dan tidak mempunyai nilai kreativiti yang seiring. Masing-masing punya
genre dan prinsip sendiri. Akhirnya, abang putuskan untuk berundur dan kembali
membina ademedia dengan nama baru; the Seventy -8 Studio.
Aku sebenarnya tak
masuk campur urusan penubuhan page dan syarikat online abang ni. Sepanjang tempoh
abang mengusahakan pagenya, aku sibuk mengcover video nikah Nini yang entah
kenapa tak mampu siap sampai sekarang. Aku ingatkan kami semua sudah deal untuk
berbagi tugas. Tapi mungkin aku silap faham. Setelah page itu abang lancarkan,
baru dia bagitau aku. Pun, aku tak de masa nak tengok sampailah ke esok
petangnya. Bagi aku, ia cuma satu perkara biasa. Rebranding ademedia, what a
big deal? Ya, aku bersyukur kerana ademedia akhirnya come back. Tapi, memang selama ni ademedia tak pernah lenyap pun. It just hiding somewhere...
Dan aku? Sebenarnya
aku sendiri tak tahu apa fungsiku sebenar, baik di ademedia, KSP mahupun di Seventy -8 Studio. Mungkin aku cuma tempelan,
mungkin juga aku adalah assistant. Aku boleh jadi apa saja. Sorong saja apa
tugasan. Kau boleh gelarku tulang belakang, atau sayap atau kaki , bulu bahkan
kepala. Dari seorang jurugambar, aku boleh menjadi videographer, boleh juga
menjadi tukang buat air, menjadi pengarah, menjadi editor, menjadi tukang buat
sampul surat sampai beratus-ratus helai, menjadi tukang ambil banner, menjadi
juru runding, menjadi pengurus, tukang pegang lampu, tukang pegang mik, tukang
buat skrip, tukang hantar budak, tukang angkut barang dan whatever! Dari
setinggi-tinggi kerja, aku boleh menggalas serendah-rendah tugas. Aku mampu jadi apa saja dengan kadar
kemampuanku. Aku bertuah sebab dikurnia banyak kemampuan dan kelebihan. Allah beri
aku macam2 bakat. Allah juga beri aku sesuatu yang paling berharga iaitu
kerendahan hati. Dari kerendahan hati inilah aku banyak belajar tentang hidup.
Dari kerendahan hati itu juga aku banyak menerima kenalan dan meluaskan
network. Dari kerendahan hati itu juga, rezeki dan peluangku selalu bercambah. Lalu,
atas kerendahan hati itu jugalah aku menerima pelawaan Kem dulu sehingga kami
jadi apa yang kami ada sekarang. Sungguhpun, pada mulanya, kolaborasi ini
menjadi bahan sendaan orang kerana si otai bekerja dengan si beginner, tapi aku
tak kisah. Lantaklah apa orang nak cakap kerana aku selalu tahu apa yang aku
buat.
Jujur saja, berada di
bidang fotografi mahupun designing bukanlah impian aku. Aku tak pernah bercita-cita
untuk ke sini. Kelebihanku adalah aku punya passion untuk belajar dan minat
untuk mengeksplore apa saja. Apart of that, aku perlukan wang untuk menambah
pendapatan. So, apa2 saja yang boleh menghasilkan kewangan, aku akan buat
sebaik mungkin selagi halal untuk darah anak-anakku. Dan aku melihat peluang itu
dalam bidang ini. Dengan bakat seciput yang aku ada, ditambah dengan kreativiti
dan mata seni, aku cuba exposekan semuanya habis-habisan walaupun ia bermakna
menangguhkan impian aku sendiri. Kau tahu apa impian aku? Pernah kau cuba
usahakan agar aku ke sana sepertimana aku mendorong kamu ke atas? Tidak, kan? Nah…itulah
yang kumaksudkan dengan kerendahan hati…
Oh, jadi apakah
kaitannya semua yang mengarut ini aku coretkan dengan penubuhan page 78 abang?
Mungkin kerana
semuanya terpanggil kembali lantaran reaksi Kem yang agak memeranjatkan. Tapi
tak apalah. Semuanya sudah berlalu dan tiada apa yang nak dibetulkan lagi. Kita
tak boleh ubah masa lalu dan kita juga tak boleh nak kembali ke masa itu untuk
mengambil kembali kata-kata yang telah dilafazkan waktu itu. Tiada bukti untuk
setiap kata yang diucap selagi ia tidak dalam bentuk dokumentasi hitam putih.
Tidak juga ada alat untuk mengembalikan ingatan yang telah terlupa pada
foundation sesuatu kejadian. Manusia hanya melihat akibat. Dan atas alasan
itulah, aku menanggung segan hari ini. Tapi syukurlah, sekali lagi, aku
ditakdirkan mempunyai hati yang rendah.
Tak mudah sebenarnya
membina pasukan kerja. Setiap manusia ada sifatnya sendiri. Aku sendiri pun
banyak kelemahan. Mungkin saja beberapa sikapku terasa menjengkelkan dan
membuatkan team aku tak selesa. It’s ok. Bila berhadapan situasi begini, prinsip
aku mudah saja; samada membina semula atau musnahkan semua sekali.
Kata orang, sifat dan
nilai peribadi seseorang dapat kita temukan saat mereka berdepan kemelut. Manusia boleh melakukan apa saja di saat panik dan unsecure. Tapi
bagi aku tak begitu. It just the side of us. Could be the bad part of us. Tiada manusia sesempurna impian kerana kita
juga tidak akan pernah mampu menyempurnakan impian orang lain.
0 comments:
Post a Comment