Monday, September 7, 2015 | By: Luna Biru

Harga diri

Aku harus segera menamatkan kerjayaku sebagai guru dalam dua tahun lagi. Persetan pada pencen dan hutang Angkasa. Pasti ada jalan menyelesaikan semua itu nanti.  But first, aku perlu segera pergi dari dunia penuh CGPA ini.

Sebelum namaku makin membusuk kerana asyik lewat datang ke sekolah, ssebelum sejarah lama berulang kerana selalu bolos kerja,
maka adalah sebaiknya aku menarik diri duluan.

Pedih.
Itu saja yang dapat aku katakan.
Bukan kerana aku harus meninggalkan kerja ini. Tapi kerana setelah bertahun2 berjuang, aku tetap gagal menjadi seorang guru yang berdisiplin.

Duhai,
aku tak minta kamu faham keadaan aku. Semua orang ada masalah maka tidak adil aku meminta kalian memahami masalahku. Aku juga tak mungkin nak menceritakan semuanya pada kalian dan mengharapkan simpati; sedangkan simpati dan logika itu sifatnya bertentangan sama sekali.



Aku cuma minta,
sekurang-kurangnya, hormatilah perasaanku sebagai ibu. Kalau kukatakan padamu anakku sakit, maka itu bermakna anakku benar2 sakit. Tidak mungkin aku sengaja menyuruh mereka untuk tidak ke sekolah. Betul, anak kecil jujur dan sukar berbohong. Tapi kau lupa, anak kecil  mudah lupa. Sakit yang mereka tanggung minggu lalu boleh segera mereka lupakan pada minggu depannya.

Aku sudah cukup perih menjaga anak sakit. Syukurlah anak kalian tak selunyai anak2ku. Ujian kita tak sama. Ini bahagianku.

Aku sudah lelah berjuang untuk namaku. Hanya itulah yang tinggal untuk kudakap, iaitu harga diriku. Aku malu dengan semua yang telah kalian katakan. Mungkin kalian mengira aku makhluk muka tembok yang gagah menghantukkan kepala ke dinding2 laser. Tapi percayalah, aku juga punya hati. Aku senyum, aku ketawa melakak2. Tapi itu bukan bermakna aku bahagia dengan mulutmu dan kenyataan tentang diriku.  

1 comments:

Post a Comment