Saturday, September 5, 2015 | By: Luna Biru

Reason to leave, reason to stay

Aku ingat, the last time Kem hubungi aku ialah malam sebelum Syawal. Dia ucap selamat raya dan minta maaf pasal video Nini. Aku tak jawab at the time aku receive mesej tu. Tak ingat kenapa. Mungkin sibuk bereskan hal persiapan raya. Dekat tengah malam baru aku jawab. Tapi feelnya dah kurang sebab Kem dah lama tunggu dan aku pun dah hilang touching sebab penat. 

Pastu kami senyap...dan sekarang, kami dah jadi manusia janggal. 

Frankly,
aku memang sentap tentang beberapa perkara, Tapi sentap aku bukan lama pun. Tak tahulah dari Kem sendiri macamana dia nak urus dan tadbir sentap dia. Apapun, aku dah dua kali cuba2 'sapa tapi macam tak laku je....

Habis tu, aku nak buat apa?


Entahlah. Bagi aku, setiap persahabatan, ada dugaannya sendiri. Semuanya bergantung pada bijaksana kita dalam mengendali emosi dan menilai sejauh mana berharganya ikatan persahabatan itu. Mungkin persahabatan ni tak berharga sangat sebab tu lah ianya terputus begitu saja....

Jujur saja, 
Aku rindu nak kerja dengan dia. Selalunya, kerja dengan abang memberi rasa tegang so, kehadiran Kem dapat buat aku lebih rilek dan spontan. Aku rindu juga nak berborak dan sakat dia. Tapi, mungkin semua tu dah tamat tempoh...

Kalau Kem baca ni, 

aku mahu dia tahu, sebenarnya, bukanlah mudah bagi aku nak membuka ruang untuk menerima kehadiran manusia baru dalam hidup aku sebagai sahabat. Walaupun aku ni ramah tak bertempat, mulut murai dan suka gelak lepas, tapi jauh di dasarnya, aku seorang yang sangat tertutup. Menerimanya dan membawanya masuk ke dalam kehidupan familiku, sampai bergadang ke lewat malam di sini, bahkan travel jauh sampai ke LD, bagi aku sudah melepasi tahap limitasi seorang sahabat. Agak mustahil kalau semua itu seakan tiada makna hingga boleh dilupakan begitu sahaja. 

Tapi, sedangkan pantai pun berubah, apakan lagi hati manusia, kan?

Mungkin benar, 
aku memang jenis manusia yang tak tahu jaga sahabat. Dengan Atie pun aku bertengkar, dengan As pun aku bertelagah. Dahlah kawan sikit, yang sikit tu pun dah makin hilang.

Ok. 2.41a.m.

Aku nak tidur.  








0 comments:

Post a Comment