Antara VIP yang hadir adalah Skipper Jubrine Sugari dan Skipper Mohammad serta Encik Sani Onong selaku wakil pengetua SMK Benoni.
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
Powered by Blogger.
Majlis Istiadat penutupan Perkhemahan Ujian Lencana Pengakap Muda & Pengakap Remaja Peringkat Daerah Papar 2012
Istiadat penutupan Perkhemahan Ujian Lencana Pengakap Muda & Pengakap Remaja Peringkat Daerah Papar 2012 disempurnakan oleh YB Datuk Abdul Rahim Bin Ismail, penaung Persatuan Pengakap bagi Daerah Papar pada jam 2.15pm.
Perkhemahan Ujian Lencana Keahlian Pengakap Muda Peringkat Daerah Papar 2012 (Final day)
Perkhemahan Ujian Lencana Keahlian Pengakap Muda Peringkat Daerah Papar 2012
Perkhemahan Ujian Lencana Keahlian Pengakap Muda Peringkat Daerah Papar 2012 telah dilangsungkan dengan jayanya bermula 27 April-29 April 2012 di SMK Benoni, Papar. Hanya 3 buah sekolah rendah yang mengikuti perkhemahan ini manakala sekolah menengah pula seperti biasa, memang bagi full komitment.
Aku sampai agak lewat malam pada 27 April sebab baru balik dari Petandingan Bicara Berirama. Syukurlah ada abang yang sentiasa tengok-tengokkan budak-budak pengakap aku tu. Aku bawa 11 orang ahli pengakap yang semuanya dari murid tahun 6. Terima kasih pada Fendy yang bawa budak dan Fouzi yang tolong daftarkan budak.

Malam kebudayaan sempena Ujian Lencana Keahlian Pengakap
Apalah ertinya perkhemahan tanpa malam kebudayaan,kan? Ia adalah acara kemucak dalam sesuatu aktiviti perkhemahan dan pastilah ia akan menjadi sunyi dan tak bermakna tanpanya.
Tapi bukan semua budak suka dengan malam ni. Aku dulu pun paling benci acara ni sebabnya aku ni memang ada darah gemuruh. Dan malam ini, kegemuruhan itu aku nampak di wajah Darren. Tak pernah selama ini aku tengok Darren dalam posisi seperti ini. Selalunya dia begitu yakin dengan dirinya. Tapi malam ini, Darren tidak menemui keyakinan itu.

Gajet-gajet Pengakap Muda Sk.Surati sempena Ujian Lencana Keahlian
Ok. Ni pula gajet-gajet yang sempat kami buat sempena perkhemahan ni. Simple saja sebab bahan tak cukup. Lagipun, apalah diharapkan sangat dari budak-budak yang baru kenal dunia pengakap ni,kan? Tapi kira oklah juga sebab cuma ada dua sekolah saja yang berani buat gajet iaitu Sk.Surati dan Sk.Pantai Manis.
Mana tau ada yang tengah cari idea camana mau ajar gajet sama pengakap muda. Nah...silalah share.
Mana tau ada yang tengah cari idea camana mau ajar gajet sama pengakap muda. Nah...silalah share.
Gajet kasut paling simple. |
Bertahanlah...wahai anak-anakku
Bercerita sekisar kisah anak-anak yang mulai membesar ini memang amat menyentap rasa keibuan. Karenah anak-anak baru mahu mengenal dunia, ada-ada saja keputusan yang dibuat tidak difikir dua kali. Apalagi kalau sudah mulai pandai menyimpan rahsia. Nah...maka bermulalah episod sorok-sorok yang bakal membawa padah.
Tersentap
"...sudah tau semua orang tak dapat bagi komitment, kenapa teruskan juga? So? Diam-diam sajalah..."
Ok. dialog di atas memang tersangat betul bunyinya dan mengena batang hidung sendiri. Padan muka aku. Haha...konon nak mengadu dengan kawan. Tau-tau kena kutuk balik. Dalam erti kata lain, aku ni cari pasal sendiri. Dan pasal aku yang cari itu pasal, maka aku tak layak sama sekali mau merungut.

Kami naib Johan Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Sabah 2012
Minggu Amanah Saham Malaysia diadakan di Kota Kinabalu tahun ini. Salah satu aktivitinya ialah Pertandingan Bicara Berirama. Sebanyak 10 buah sekolah dijemput untuk mengikutinya. Dan kami, adalah antara senarainya.
Mulanya aku tidak menyangka kalau akan diberikan tugas ini. Aku kan 'teacher'...bukan guru cikgu (can you see the different between teacher and chegu?) Tapi bila sudah diamanahkan tu, digalas jugalah. Kami cuma ada kurang dua minggu untuk latihan. Tanpa pengalaman, tanpa garis panduan, aku redah juga benda ni. Dan ya, hari-hari terakhir aku mulai give-up. Terlalu banyak rintangan; murid belum hafal skrip, ada yang tak dapat datang latihan, ada yang tak mahu beri kerjasama...sampai menitis jugalah airmataku...haha...si Luna Biru akhirnya menangis juga...
Ego-ego bodoh
Aku percaya bahawa hubungan kita dengan mereka-mereka yang terakrab dalam hidup kita pasti akan mudah menjadi indah kalau kita mahu menyisihkan ego-ego bodoh. Aku percaya bahawa ego adalah punca sesuatu hubungan itu menjadi retak. Apalagi kalau yang dipelihara itu adalah ego yang bodoh yang telah kita anggap sebagai sesuatu yang namanya prinsip.
Apa itu ego bodoh?
Apa itu ego bodoh?
Aku, Teacher dan Mama
Aku cikgu. Terima gaji bulan-bulan dengan kerajaan dan sudah sign 'AKU JANJI' untuk bertaat setia dan berkhidmat untuk kerajaan sampai aku pencen. Co-business lah katakan...Gaji pun makin naik,kan? Karang kena cakap makan gaji haram pulak.
Aku juga ibu. Tiada gaji. Lagi duit keluar ada. Tiada sign surat sumpah, cuma janji pada Allah yang bersandarkan pada amanah semata-mata. Tiada pencen walaupun sampai nyawaku di kerongkongan.
Antara aku, cikgu dan ibu...aku sudah tidak tahu lagi mana satu lagi aku. Aku menghabiskan separuh masa di sekolah bermula jam 7.00 pagi sampai 5.00ptg. Aku balik bawa penat dan sisa masa itu aku habiskan lagi depan laptop atau menghadap buku-buku dan kertas gerak gempur. Masa 24 jam yang Tuhan bagi cuma tersisa beberapa minit sehari dan itulah yang aku dedikasikan untuk anak-anak aku.
Fahamkah? Kamu ibu. Aku juga ibu. Kamu cikgu. Aku juga cikgu. Tapi, kenapa kita berbeza?
Kenapa aku masih di sini dan kau ada di situ? Kenapa kau punya alasan untuk pamit dan aku tertinggal di sini tanpa alasan untuk pergi?
Demi Tuhan, aku sudah tidak tahu mana satu janji yang benar-benar tertuntut di akhirat.

Berkorban?
Kesanggupan manusia itu untuk berkorban berbeza-beza mengikut tahap keikhlasan hatinya dan kemampuan dirinya. Kita tidak mampu meminta orang lain berkorban untuk kita sungguhpun kita sudah berhabis jiwa berkorban untuk mereka.
Lalu, bila rasa diri mulai disiakan, atau segala pengorbanan seakan tidak berbaloi, kita pun mulai menyalahkan orang lain. Sedarkah? Tidak semua orang memiliki kemampuan dan kesanggupan untuk berkorban. Samada kita terlalu istimewa diciptakan Tuhan dengan sebegitu lemah lantun jiwa atau sememangnya kita saja yang bego mahu memperbodohkan diri untuk orang lain.
Apapun, jangan meminta orang lain berjalan sejauh kita melangkah kalau dia cuma memakai tongkat.
(....ini bukan entry kisah rumahtangga ok. Tiada kaitan langsung. Tengok label.)

CopyPaste.Kom.Mai:
Entry ini aku copy paste dari update CopyPaste.Kom.Mai:
Fakta : Org perempuan ni..mmang suka dipuji,kekadang mereka jadi teruja hinnga syok sendiri..klau x percaya,cuba ko puji gambar awek2 kat fb,terutamanya awek2 yg stiap hari kejenya upload mukanya sendiri di fb..cuba ko komen,.awk ni mmang cun la,cantik la,lawa giler..mereka pasti akan jawab biasa2 jer la..x cantik pon..tp hakikatnya mereka teruja ( syok sendiri ),buktinya..selepas itu mereka akan lebih giat upload mukanya sendiri..walaupon hanya update bosan,ngantuk,panas la,hari nk hujan,sedih..letak muka sendiri yg xde kaitan ngan tajuk..tujuaanya,mahukan pujian dari anda2 sekelian bahawa cantiknya beliau..haha..kesian...@@..kla u setuju sila like..hehe
....errrr....no comment.
Turn your blog into book!
Turn your blog into book!
Hmm...macam idea yang bagus. Sudah kucuba tadi di dunia maya tapi bukan free. Paling penting, nda best langsung! Semua isi jadi berterabur dan tidak mengikut urutan.
Well...why not buat sendiri?
Sekurang-kurangnya, ia bakal jadi khazanah untuk cucu-cicit aku. Bestnya...artifak dalam botol jadi buku. Nanti aku kasi free 1 sama si Atie. Haha...

Niat
Apa yang sedang kulakukan sekarang ini?
Barangkali aku sedang memperbodohkan diriku dengan sesuatu yang sangat mulia di mata orang lain.
Atau barangkali aku sengaja melewat-lewatkan waktu agar aku tidak tersesat dalam bingung yang mencuakkan ini.
Atau aku sebenarnya menipu diriku bahawa aku tidak risau tentang itu dan ini. Lalu aku kemudiannya memilih jalan ini.
Ataukah sememangnya aku melakukan semua ini dengan rela. Demi anak bangsaku, anak didikku, anak-anakku...

Antara Cuka dan air
Kau takkan tahu beza cuka putih dan air putih kalau keduanya diletakkan dalam gelas putih yang sama di atas meja.
Kecuali kalau kau merasainya dengan lidahmu dan menghidunya dengan hidungmu.
Begitulah aku.
Barangkali aku terlihat sama seperti manusia lainnya. Tapi aku berbeza.
Dan kau takkan tahu siapa aku sampai kau merasai aku dengan akalmu dan menghidu aku dengan deria warasmu.
Dan terserah padamu samada aku adalah cuka atau air.

Terima saja
Sekian waktunya aku sudah terarah menjadi manusia yang bebal rasa. Sedari kecil selalu dipaksa berkorban untuk orang lain dan mengorbankan perasaan serta kemahuan sendiri sebagai satu jalan pintas meredakan ketegangan. Aku mesti jadi lilin, jadi lampu atau jadi api yang sinarnya dapat menerangi malam yang gelap. Aku dipaksa akur untuk menidakkan segala kemahuanku, bahkan hak ku sekalipun. Aku juga perlu menerima kenyataan bahawa aku bukan istimewa, dan tidak ada ruang di dunia ini untuk aku diistimewakan seperti manusia-manusia lainnya yang hidup di sekeliling aku.
Biadap
Terbaca satu entry saat ronda-ronda blog bertajuk Adab jadi Biadap di Internet.
Rasanya, aku sudah dua-tiga kali meluahkan ketidakpuasan hati aku mengenai perkara ni dalam blog aku. Dan rasanya, kali ni aku akan mengulas perkara yang sama juga.
Ya. Macamana ya, kebiadapan sebegini dapat dikurangkan? Dibanteras barangkali saja sangat mustahil. Tapi mungkin sebagai guru, kita masih punya sedikit ujaran yang mampu dilakukan untuk mengurangi gejala negatif begini dari terus berlaku. Kegilaan pelajar pada laman sosial seperi facebook seakan tiada habisnya. Laman muka Buku ini dijadikan medan meluah perasaan, memaki hamun, menyumpah seranah malahan menghina sesama sendiri. Guru juga menjadi mangsa keadaan bila pelajar terus menjadikan laman sosial sebegini sebagai medium untuk membalas dendam. Sungguhpun tidak menggunakan nama penuh guru tersebut, namun sebagai orang tua, kita sudah arif benar dengan permainan jelek begitu. Ok, tentu saja aku belum pernah kena kutuk oleh muridku, setakat ini. Tapi, cubit peha kiri, peha kanan pun rasa sakit.

Karnival Futsal Kanak-Kanak 12TKB Daerah Papar Anjuran Puteri UMNO Papar & PPD Papar
Sungguh tak disangka kami memenangi tempat ke-4 perempuan 12TKB pada karnival ini. Padahal, baru dua hari latihan. Hmm...kalau lagi lama, macamana agaknya? Ceh...mulalah tamak...
Tahniah diucapkan kepada team futsal Puteri Rajawali aku yang dikepalai oleh Anis selaku Mid Field. Semuanya sudah menjalankan tugasan dengan baik; Everlyn yang cekap, Nechfina yang struggling, Ira yang hebat dan tentu saja, Ellysa; The best goally. Tidak lupa juga kepada pemain reserve lain; Zana, Manja, Wani, Ikin dan Saimah. Perjuangan kamu membuahkan hasil. Berbaloi untuk usaha dua hari. Jangan lupa kisah nasib di hujung syiling ok...
Iklan Yang Paling Sedih Untuk Ditonton III (Mae Toi - Gembira Dalam Kesa...
Iklan paling positif. Khas untuk pesakit kanser dan pesakit-pesakit negatif.
Iklan Terbaik Dan Penuh Makna Untuk Ditonton
Sebuah iklan syampu paling bermakna. Kalau di Malaysia, iklan syampu hanya lebih menjurus kepada isu mengorat lelaki. But this one? Unbelieveable!
Iklan Yang Paling Sedih Untuk Ditonton II (CInta Dalam Diam)
Sangat menyentuh hati...kasih sayang seorang ayah.
1st Runner Up Action Song Papar District Level
Ramai yang tanya mana sudah si Luna Biru yang artifaknya makin sunyi dan dingin.
Well, inilah jawapannya...
Sebulan bertungkus-lumus melatih budak-budak kecik tahun 3 ni menyanyi lagu MJ Earth Song dan Heal The World, sampai mau putus urat perut aku sebab asyik marah-marah. Sebulan juga tak tentu tidur demi menyediakan kostum yang dijahit sendiri sampai bersengkang urat bijik mata. Dan, hasilnya, hari ini kami mendapat tempat kedua. Kalah 0.7 markah dengan juara tahun lepas, Sk.Buang Sayang. Cesss...entah kenapalah bebudak ni tetiba terkantoi dua baris ayat yang melenyapkan suara dorang. Sk.Buang Sayang mencatat markah 88% dan kami 87.3%.
Kisah Burung Merak Raja
Seorang raja mempunyai sebuah taman, yang sepanjang empat musim selalu ditumbuhi tanam-tanaman yang wangi, hijau subur dan menyenangkan. Air mengalir berlimpah-limpah melaluinya, dan segala macam burung bernyanyi dari dahan-dahan pohon. Setiap hal yang baik dan indah yang dapat kita bayangkan terdapat di dalam taman itu. Dan di antara semuanya itu ada sekelompok burung merak yang cantik.
Delusi
Dan aku pun berdelusi tentang rindu yang
kukecap di alam halusinasi mimpi
saat kau muncul lagi mengitari malamku
pada pertemuan tanpa janji di alam imajinasi.
Lalu rindu itupun menjadi kuasa yang luar biasa
hingga aku mampu terbang bersama burung-burung bersayap sutra
untuk karar dalam lingkaran kekarmu.
Oh sudah tentulah ia hanya sebuah mimpi durjana
yang menyepak aku ke maya nestapa.
Kerana kita harus tahu bahawa
sampai terkikis pun selaput mata menangis
merindukan pelukan,
bulan takkan pernah memancarkan sinarnya
ke dunia kita yang penuh berdosa.

Aku bukan sekadar guru pengiring
Aku masih ingat saat ini. Saat ia baru bermula hinggalah saat ia menjadi akhir. Sebuah pengakhiran yang manis. Manisnya terasa sekali bila ternyata aku mampu untuk terus menjadi kuat menempuh kesegalaan yang sama sekali tidak menyenangkan sepanjang tempoh itu. Bermula dari saat untuk berkarya yang begitu singkat setelah memandat amanah dari pihak atasan, lalu tengkar-tengkar mulut dengan abang akibat idea yang bertentangan, tuntutan masa yang gila cemburu, hinggalah menuju ke masalah yang lebih serius, iaitu kewangan. Aku begitu berkeras untuk merempuh apa saja di depanku kerana aku percaya puncak itu bakal jadi milikku. Dan ya...sekali lagi, seperti ayat di atas, nyatanya kemanisan itu berpihak juga pada aku, dan pasukan kerjaku, tentu saja. Sebuah kejayaan yang begitu ranum setelah satu episod dugaan yang panjang dan perih.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.
Blog Archive
-
▼
2012
(389)
-
▼
April
(28)
- Majlis Istiadat penutupan Perkhemahan Ujian Lencan...
- Perkhemahan Ujian Lencana Keahlian Pengakap Muda P...
- Perkhemahan Ujian Lencana Keahlian Pengakap Muda P...
- Malam kebudayaan sempena Ujian Lencana Keahlian Pe...
- Gajet-gajet Pengakap Muda Sk.Surati sempena Ujian ...
- Bertahanlah...wahai anak-anakku
- Tersentap
- NAIB JOHAN PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA PERINGKAT ...
- Kami naib Johan Pertandingan Bicara Berirama Perin...
- Ego-ego bodoh
- Aku, Teacher dan Mama
- Berkorban?
- CopyPaste.Kom.Mai:
- Turn your blog into book!
- Niat
- Antara Cuka dan air
- Terima saja
- Biadap
- Teruntuk kamu...
- Karnival Futsal Kanak-Kanak 12TKB Daerah Papar Anj...
- Iklan Yang Paling Sedih Untuk Ditonton III (Mae To...
- Iklan Terbaik Dan Penuh Makna Untuk Ditonton
- Iklan Yang Paling Sedih Untuk Ditonton II (CInta D...
- PERTANDINGAN ACTION SONG DAERAH PAPAR 2012 SK.SURA...
- 1st Runner Up Action Song Papar District Level
- Kisah Burung Merak Raja
- Delusi
- Aku bukan sekadar guru pengiring
-
▼
April
(28)