Tuesday, November 29, 2011 | By: Luna Biru

Keputusan Pertandingan OpenOffice.org Peringkat Kebangsaan

Anis dan Farah
29 November 2011. Selasa.
Maka inilah saatnya...
Awal pagi lagi kami sudah tercongok depan rumah transit BPH untuk diambil oleh Cik Nurul,MAMPU, yang baik hati. Terima kasih, Cik Nurul. 'Driver' aku tak sudi mau hantar ke PICC sebab tak tau jalan jadi terpaksa berjanji dengan Cik Nurul untuk sama-sama bertolak ke sana.

Trip to KL : The Mines....lagi!


Happy family, The Alim's
Kami ada lebih kurang 6 jam sebelum berangkat pulang ke KK pada jam 7 petang ni. Mahu ke mana dalam masa yang sesingkat ini? Akhirnya, aku turutkan kehendak Farah yang kepingin mau naik water boat taxi di The Mines. Dia 'termissed' trip yang lepas dan cuma sempat tengok dalam blog ni saja. Jadi pasal tak mahu kalah ngan Anis, maka aku pun bawalah juga dia ke sini.

Trip to KL : Journey yang melelahkan

Yang ni hanya untuk journey 3 jam saja ok

28 Nov 2011, Isnin. Kami pun memulakan perjalanan ke KL untuk mencari jawapan pada sebuah perjuangan Pertandingan OpenOffice.org yang telah berlangsung pada 21 Oktober yang lalu. Sebelum tu, aku nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada JPN Sabah kerana telah membiayai perbelanjaan perjalanan ini sepenuhnya. Mulanya aku ingatkan tiada sponsor tiket lagi macam 10 November yang lepas tu. Tapi syukurlah, dapat juga tiket pada saat-saat akhir.
Sunday, November 27, 2011 | By: Luna Biru

Gempak Selebriti Astro di 1B II

Arin bersama Saiful, peserta Masterchef Malaysia
Baiklah. Seperti perjanjian dengan Mizan semalam, jadi hari ni kami sekali lagi bergerak untuk menonton Gempak Selebriti Astro di 1B Hypermall, KK. Sebenarnya aku malas benar mahu pergi untuk kali kedua apalagi bila mengenangkan yang esok aku harus berangkat ke KL. Biasanya kalau perlu bepergian ke luar kota (wah...macam ibdon bunyinya), aku lebih suka habiskan masa di rumah dan releks-releks saja. Tapi bila mengenangkan muka seposen Mizan yang kepingin betul jumpa Upin Ipin, aku jadi tak sampai hati pulak.
Saturday, November 26, 2011 | By: Luna Biru

Gempak Selebriti Astro di 1B

Tercapai juga hajat si Ade mau bergambar sama si Peace Yo
Akhirnya kami pun sepakat untuk tunaikan permintaan budak-budak ni untuk dibawa ke Gempak Selebriti Astro di 1B Hypermall,KK. Kami sampai awal untuk elakkan kesesakan. Tapi sampai awal ni pun tak best juga sebab keadaan masih lagi lengang dan tak berapa happening. Anak-anak aku ni pula tak brapa mau sporting samada untuk participate dalam mana-mana acara mahupun untuk bergambar dengan selebriti pojaan dorang. Habis tu, kalau semua sudah malu-malu, apasal paksa mama and abah ke sini,ya? 
Friday, November 25, 2011 | By: Luna Biru

Memburu perhatian

Suatu masa dulu seorang rakan pernah bertanya padaku;

"Apa rasanya jadi cantik?
Apa rasanya jadi perhatian sepanjang masa?
Rasa hebatkah? Terujakah?"

Lama juga aku terdiam mendengar soalan-soalan yang menubi itu. Mudah sekali untuk memberi jawapan itu sebenarnya. Ia bukanlah soalan sukar yang memerlukan kemampuan intelektualiti yang tinggi untuk menjawabnya. Tapi aku tidak mahu menyuapnya dengan jawapan mudah yang membuatnya akan terus bertanya dan bertanya lagi. Oleh itu, aku pun berbalik bertanya padanya dalam satu usaha aku memberikan penjelasan yang lebih mudah difahaminya sendiri. Aku mahu dia sendiri menemukan jawapa itu.

"Apasal? Kau rasa aku ni cantik sangatkah?" tanyaku.

Cerita dari Naimi

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka;

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Aku cuma tahu

"Hujan cuma tahu menangis,
tak tahu ketawa.


Api cuma tahu menyala,
tak tahu memadam.


Dan aku cuma tahu mengingatimu,
tak tahu melupakanmu..."




thanks Naimi for this beautiful phrases...

Sempurna

Kadang-kadang kita manusia ni terlampau asyik mahu jadi sempurna. Atau juga merasa diri sempurna sampai merasa berhak untuk menghukum orang lain atas kesalahannya. Kita labelkan orang tu si pendosa dan maka bermulalah episod penghukuman yang kita rasa berhak untuk kita lakukan. Lebih malang lagi bila kita mula ajak orang lain untuk sama-sama menghukum si pendosa tersebut. Oh, besarnya pangkat kita di dunia ni ya? Sampaikan berhak untuk menghukum orang lain dengan hukum cerca dan benci. Klimaks hukuman bila kita berjaya hasut orang lain untuk kurung orang tu di penjara malu dan kemudiannya kita pulaukan pula dia dari kekal menjadi jemaah dalam lingkungan kita yang sempurna ni.

Hebat! Betul-betullah kita hebat sebab berjaya pengaruhi orang lain untuk turut dalam sengketa kita. Pernah fikir pasal dosa tak? Kenapa kita sibuk hitung dosa orang yang kita benci tu sedangkan apa yang kita lakukan tak langsung membawa pahala? Kenapa pula kita fikir bahawa kita terlepas dari dosa sedangkan kita sendiri sedang membawa ramai lagi manusia untuk membuat dosa dengan membenci dia? Di mana peranan kita sebagai muslim bila kita sebenarnya sedang melumpuhkan ikatan persaudaraan dengan hukuman demi hukuman yang kita jatuhkan pada dia?

Silalah benci aku kalau entry ini berbaur sakatik melampau. Tapi entry ini memang untuk kau.

"Biar mati anak, jangan mati adat"

"Biar mati anak, jangan mati adat".

Itu pepatah yang buat aku bertengkar dengan cikgu aku waktu aku sekolah rendah dulu.

Jangankan dengan cikgu, dengan abah aku pun aku selalu bertengkar pasal hal yang sama juga. Sebabnya, aku selalu dengar abah cakap macam tu kalau kami didapati buat kesalahan yang melanggar prinsip dan etika adab dalam sosialiti kehidupan.

Takkanlah kerana mau pertahankan adat, sanggup bunuh anak sendiri,kan?

Sepetang di Pantai Manis


Petang tadi layan permintaan budak-budak ni kejap untuk berendam di Pantai Manis. Kami sampai agak awal sekitar jam 4 petang, jadi cuaca memang teramatlah panasnya. Waktu balik, semua pening kepala sampailah sekarang ni, saat entry ini ku muatnaik. 

The future journey to OOo Competition

Aku tak dapat mau bayangkan pada hari Isnin nanti terpaksa menjelajah ruang udara sendirian semata-mata untuk ke majlis anugerah OOo di Dewan PICC,Putrajaya, KL. Oleh kerana direct flight ke KL semuanya sudah penuh, maka terpaksalah aku ke Kuching dulu, barulah kemudiannya ke KL. Sampai KL, jam 11 malam pulak tu...Adeh...tak dapat aku bayangkan aku harus melalui itu sendirian. Atoookui...sadis betul! Kalau jadi johan tak apalah juga, berbaloi jugalah journey aku yang tragik tu. Tapi, aku difahamkan, kami bukan juara....oh....lagi menyadiskan hati aku...harap-harap janganlah no.3. Kalau dapat juga, memang tak berbaloi langsunglah tok...

Tapi mudah-mudahan ada rezeki lebih menyebelahi. Janjinya, bila pulang dari KL nanti, kami akan meneruskan percutian ke Pantai Timur pula. Aku tak sabar mau tunggu waktu tu...Insya Allah...
Wednesday, November 23, 2011 | By: Luna Biru

Lepaskanlah....(Bicara buat sahabat bungaku)


Cinta. Sebuah rasa yang tak pernah mahu menjadi klise, apalagi sudi menjadi tua. Kita sanggup melakukan apa saja untuk memilikinya, ataupun bahkan untuk menghilangkannya. Untunglah mereka yang cintanya berbalas.

Tapi bukan semua manusia beruntung. Ada yang menangis tiap malam merintih agar cintanya diterima oleh sang kekasih pujaan. Ada pula yang mengharap agar bumi mampu diputar semula agar dapat memperbaiki kesilapan. Namun cinta itu selalu masih terlalu mahal untuk dimiliki.
Monday, November 21, 2011 | By: Luna Biru

Stacy - Bosan (Akustik)


I love this version!

Mesej untuk kawan aku II

Cuma kosong.

Tanpa jawapan.

Tanpa tandatanya.

Tanpa penjelasan.

Tanpa apa-apa.

Kosong.

Luka.

Bosan.

Perih.

Kesal.

Yang tinggal cuma kosong.

dan pergilah,

menyapu hampamu

dari balik mahu

Kosong.

Cemerlang & Disiplin

Ini bukan artikel pasal macamana mahu jadi manusia yang cemerlang. Juga bukan pasal macamana mahu mendisiplinkan diri agar menjadi manusia yang cemerlang. Ini adalah artikel pasal isu SKT dan Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) yang jadi idaman mana-mana kakitangan awam di dunia ni.

Korang percaya tak kalau aku cakap, seumur hidup aku jadi cikgu, aku tak pernah sekali pun dapat anugerah cemerlang? Haha...it's been almost 12 years dan aku masih jauh ketinggalan berbanding kawan-kawan aku yang lain, bahkan suami aku dan ahli kelaurga aku sendiri. Sudah tiga buah sekolah aku kerja, seorang guru besar pun tak sudi mahu cemerlangkan aku. Pernah juga sekali tu nama aku dicalonkan untuk menerima APC, tau-tau, pada hari yang dijanjikan, aku dipaksa mengubah namaku untuk digantikan dengan nama orang lain. Tahun depannya pulak, sekali lagi nama aku naik, tapi sekali lagi namaku diubah dan digantikan dengan calon lain. Bezanya, kali ni aku tak tahu langsung.

The Desperate Words that comes from The Desperate Man

Manusia itu aneh-aneh mahunya. Aneh-aneh pula keinginannya, juga cara ia akan mencapai keinginannya itu. Sering pula keinginan itu terperangkap dalam haloba nafsu yang buta hingga sanggup memperbodohkan diri. Bodoh! Memang tersangatlah bodoh manusia yang sudah tidak tahu membezakan mana hak mana bathil. Lebih bodoh lagi bila sanggup berselindung di sebalik penipuan dengan wajah kaca seolah-olah mangsa keadaan yang malang. Oh, tolonglah. Kenapalah dunia ini sering saja dipenuhi dengan manusia seperti ini? Mencari publisiti murahan dengan menabur lada sulah ke langit. Hakikatnya, bukan saja mata orang lain, matanya sendiri juga bakal perih terkena pijaran kepedasan.
Friday, November 18, 2011 | By: Luna Biru

Majlis Penutupan SmartZone Pekan 2011


Rasanya ini adalah tugasan terakhir kami sebelum para cikgu-cikgu bercuti sakan sepanjang sesi cuti semester ni. Program Smart Zone merupakan satu program khas mencemerlangkan pelajar yang cemerlang. Upss, jangan naik angin dulu. Program tak bertujuan untuk sisihkan pelajar-pelajar yang kurang hebat akademiknya ok!  Ada program khas untuk pelajar yang sederhana hinggalah yang paling lemah yang disediakan oleh pihak kerajaan. Jadi, untuk program satu ni, dikhususkan untuk pelajar yang cemerlang dan boleh ditarget 5A. 

Pengagihan Wang 1 Malaysia di Sk.Surati.

Ahmad Syazwi Danial Azlan (Kelas 4I) 
Agihan wang 1 Malaysia sebanyak RM100 sudah pun selamat disampaikan kepada seluruh warga murid Sk.Surati pagi kelmarin (18 Nov 2011). Seramai 240 orang murid telah menerima wang ini yang diagihkan oleh guru kelas masing-masing. Aku pun terima habuannya. RM400 geng...hehe...itulah untungnya anak ramai. Rasanya, inilah kali pertama anak-anak aku terima wang bantuan kerajaan sebab wang-wang sebelum ni memanglah tak layak langsung diterima. 
Thursday, November 17, 2011 | By: Luna Biru

Iklan Islam - Jangan Mengumpat


Oh insafnya....Bestnya kalau ada iklan begini di Malaysia. Siapa mau jadi penaja?

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2011

VIP yang hadir

Maka inilah harinya. Hari yang ditunggu-tunggu oleh murid yang berada dalam kategori 'cemerlang' untuk naik ke pentas dan menerima pengiktirafan sebagai murid cemerlang sesuai dengan tajuk acaranya. Acara ni dirasmikan oleh wakil PPD iaitu Encik Shahrin Bin Haji Liman.
Wednesday, November 16, 2011 | By: Luna Biru

Persiapan terakhir Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2011


Memang segaja carik pasal team hiasan pentas ni. Punyalah lawa pentas yang baru kami buat malam Selasa lepas untuk Sambutan Majlis Khatam Al-Quran. Dan hari ni kami robohkan balik semuanya untuk menggantikan dengan tema pentas yang baru pulak. Hmmm...idea siapa yang rajin sangat ni,ah?
Tuesday, November 15, 2011 | By: Luna Biru

Kami menangkah?

Petang tadi aku terima call dari MAMPU untuk jemputan ke Persidangan MyGosscon di PICC,Putrajaya, KL pada 30 Nov nanti.

Err...maknanya aku menang ke tu? Tapi tu orang yang call tak mahu bagitau. Nanti tak suprise katanya. Tapi apa yang pasti, sekolah kami antara 3 terbaik. Oh, tolonglah...aku mahu menjadi juara. Itu hadiah untuk murid-muridku yang telah melakukan yang terbaik. Itu juga hadiah untuk Farah & Qayyim yang tak dapat ikut baru-baru ni. Itu juga hadiah untuk Anis sebab dapat melawan phobia stage fright dia.

Dan, ia juga hadiah untuk aku!

Ya Allah...tolonglah izinkan kami menang. Amin....

Projek Filem Pendek Sk.Kuala,Papar.

Fuh...ini lagi satu entry yang paling susah aku mau upload. Mungkin sebab di akhir gambar ni ada sesuatu yang bakal menyentuh hati kawan baik aku sendiri,kali? Entahlah...apapun, setelah lebih 10 kali percubaan sejak gambar ni diambil iaitu pada 05 Nov 2011, akhirnya ini sajalah pix yang mampu aku persembahkan. 

Sebenarnya ini adalah projek filem pendek abang yang bertemakan pendidikan. Tajuknya How Do I Go To School, khas untuk sekolah rendah. Sk.Kuala terlibat dalam program English Language Teacher Development Program yang dikuasakan oleh British Counsil dengan kerjasama KPM. Mrs. Maria Drysz merupakan mentor untuk daerah Papar. Filem ini bertujuan untuk memperkayakan P&P agar lebih mudah difahami oleh murid. 

Jadi, apa kaitannya aku dengan program ni? 

Aku maafkan kamu...Jangan pernah sebut lagi namaku

Ini adalah gontai hati yang terinspirasikan dari lagu AKU MAAFKAN KAMU.

Mana mungkinlah langitku dan langitmu berbeza warnanya sedang kita berpijak di bumi yang sama. Mungkin saja awanmu bergumpal hitam sedang awan di langitku belum tentu juga seindah fikirmu. Jadi berhentilah menganggap bahawa nasibku lebih baik darimu kerana tak ada satupun dari kita pernah menginginkan hidup serupa hari ini. Ia adalah renta rencana Tuhan yang tak pernah mampu kita siatkan dalam gempa mahu yang tersarat dalam bentuk apa-apa.

Aku Maafkan Kamu - Malique & Jamal Abdillah




Ini lagu paling mantap gila aku pernah dengar selepas 'Alhamdulillah'. Keduanya dinyanyikan, dikompos dan dicipta oleh orang yang sama, iaitu Malique, bekas Too Phat.

Dan aku masih menjadi pengagumnya. Kau tahukah cik Malique? Aku adalah pengagum pada seni lirikmu. Ia buat aku merasa hidup. Lirikmu yang kau susun indah itu adalah helaian bicara yang paling jujur tanpa perlu menjadi kurang ajar.

Siapa kata lagu-lagu dalam genre sebegini adalah bullshit semata-mata? Dengar dulu liriknya. Hayati dulu. Jangan mentafsir dengan hijab yang terselungkup. Kalau tidak, benarlah kau si katak melalak itu.

Dan aku tujukan lagu ini untuk dia....dan mereka...dengan ucapan, it almost a year....!


Trip to KL : Genting Theme Park

So ceritanya, akhirnya sampai juga kami ke Genting. Meskipun agak terkilan dengan kekurangan ahli jemaah yang sepatutnya mengikuti rombongan ini, namun aku benar-benar berharap agar nasib menyebelahi kami lain kali. 

Kami bertolak dari Serdang sekitar jam 7.00a,m dan sampai dalam 2 jam lepas tu. Jammed bro...ada kereta terbakar dekat jalan Damansara menuju ke Jalan Utama. 

Waktu kami sampai di Genting Theme Park, rupanya kaunter tiket belum buka lagi. Ceh...terawal betullah pulak...

Ni mau naik Skyway ni

Birthday abahku

Semalam kami sambut ulang tahun abah yang ke 65 tahun. 


Dulu kecik-kecik aku selalu fikir kalau orang sudah umur 60 tahun, mesti sudah tua dan kerepot. Yalah kan...Rasullullah pun wafat dalam usia 63 tahun. Tapi bila abah sudah menjangkau di usia ini, rasanya, tanggapan aku salah. Tengoklah abah tu...masih nampak muda dan fit lagi. Boleh lagi dia menguar simen sorang-sorang dan pasang atap. 

Persiapan untuk Sambutan Majlis Khatam Al-Quran Sk.Surati 2011Sampa

Rupanya aku bertugas sebagai AJK pentas untuk majlis Sambutan Khatam Al-Quran Peringkat SK.Surati besok. 

Adeh...bukan lagi tahap blur, tapi aku juga sesungguhnya sedang betul-betul penat dan tak tahu mau starat dari mana. Jangankan mau siapkan pentas, mau berjalan pun aku rasa macam tak larat. 

Tapi syukurlah aku punya team pentas ni memang best-best orangnya. Bila sudah sampai ke sana, idea yang malas mau keluar tadi, laju saja keluar. Tema kami kali ni ialah alam sekitar. Nampak tak buah kelapa tu? HAha...ntah siapalah punya idea mau letak buah kelapa atas pentas tu. Tapi, bila lihat hasilnya, memang berbaloi. 

Majlis Khatam Quran Peringkat SK.Surati 2011


Alhamdulillah...Majlis Khatam Quran Peringkat SK.Surati 2011 telah berlangsung dengan jayanya pagi tadi. Sejuk benar hati bila melihat murid-murid tahun 6 akhirnya berjaya menyudahkan tugasan khatam Al-Quran dengan jayanya. Lebih sejuk lagi hati bila melihat pentas yang nampak grand dan tak lagi pink colour macam selalu. Huhu...

Trip to KL : Mines



So inilah destinasi kami hari ni...Mines!

Entah kenapa aku suka sangat dengan tempat ni. Berbanding dengan mana-mana shopping mall yang lain, aku rasa tempat ni memenuhi kriteria idaman aku. 

Apa yang unik sikit dalam lawatan kami ke sini kali ni ialah, aku sendiri yang memandu. Percaya tak aku telah memandu di kota KL? Haha...kira menang 1 point la kan....adik aku si Alim sibuk dengan show sampai tiada masa untuk bawa kami ronda-ronde KL. So, terpaksalah aku menggunakan segala skill yang ada untuk melawan kechampinan warga KL yang memandu macam ada kecemasan ni. Balik-balik pula aku kena hon sebab telampau berhemah di jalan raya. Haha...Oh, Lady Driver!

Kami save energy malam ni sebab esok mau ke Genting...

HAri Perisian Sumber Terbuka & Majlis Augerah Johan Negeri Pertandingan OpenOffice.org. 2011 peringkat Kebangsaan


Fuh...akhirnya berjaya juga aku upload kan gambar-gambar ni setelah berhempas-pulas selama 5 hari...Entah apa kenanya dengan line internet yang tak berapa bagus sejak akhir-akhir ni. Well...MAXIS....biasalah...

Baiklah.

Ini adalah hari yang paling kami tunggu-tunggu selama ni, iaitu hari kami dinobatkan menjadi Johan Negeri Sabah bagi Pertandingan OpenOffice.org 2011 Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh KPM dan MAMPU. Tapi nampaknya pemergian kami kali ini tidaklah seindah seperti kali pertama datang ke sini dulu. Kalau hari tu, kami datang lengkap satu kumpulan, bersama abang menjadi body guard. Tapi hari ini, cuma aku dan Anis yang datang ke sini. Sebabnya? JPN tak ada bajet mau support untuk semua ahli kumpulan, kecuali untuk guru penasihat. 
Saturday, November 5, 2011 | By: Luna Biru

Celebrating Aizat's Birthday

Petang tadi kami g celebrate birthday si Aiezat, anak buah aku yang paling cute, skema dan sangat beretika orangnya di First Beach, Tanjung Aru,KK.

Hajat hati mau jalan-jalan lagi ke Perdana Park lepas acara makan-makan dan mandi-manda di pantai. Tapi tetiba saja hujan lebat berserta angin ribut melanda dengan kuatnya. Sebenarnya bukan pun tiba-tiba sebab memang dari awal pagi lagi langit sudah mendung betul. Cuma tak sangka pula awan yang berat tu terus tumpahkan airnya secara drastik tanpa bagi klu hujan renyai-renyai dulu. Waktu balik lagi kantoi habis bila jalan raya jammed gila dengan langit yang sudah gelap gulita walaupun baru pukul 5p.m. Lebih sejam baru sampai rumah. Waktu tengok bumbung rumah barulah sedar makna rumahku syurgaku. Lega betul...

Maybe celebration Aizat tak seperti impiannya. Aku pun memang tiada mood mau beraksi meriah bila memikirkan esok hari raya haji. Oh, malam ni pasti kalut isi rumah dengan aksi kelam-kabut umi yang bingung memikirkan persiapan raya besok. And, as usual, aku jugalah yang makan hati.

Selamat hari ulang tahun Aiezat...

Selamat hari raya Aidil Adha untuk semua...

Teka ni siapa? 
Friday, November 4, 2011 | By: Luna Biru

Pertandingan Nasyid Peringkat Sekolah Sempena Aidil Adha anjuran Panitia PAI & J-Qaf

Tahniah kepada Panitia PAI dan J-Qaf di atas penganjuran Pertandingan Nasyid peringkat sekolah yang begitu meriah. Aku rasa cara ini amat berkesan dalam penyebaran dakwah di kalangan murid sekolah. Apa yang menariknya, kerjasama dari guru-guru telah menjadikan acara ini sebagai satu acara yang paling berprestij tahun ini. 

Tahniah juga kepada Johan tahap 1 iaitu kelas 1 Intelek dan Johan tahap 2 pula kelas 6 Intelek. They deserve it!


Kelas 3 Cemerlang yang macam baca sajak. hehe

Donatian vs Sponsor

Penerimaan Anugerah Johan Negeri sempena Pertandingan OPenOffice.org 2011 akan diadakan pada 10 November 2011 di Auditorium Kompleks E, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, KL. Kami akan berangkat ke KL pada 9 Nov nanti dan dijangka pulang pada 11 Nov 2011.

Masalahnya, satu sponsor pun belum masuk lagi. Melilau sudah aku mencari sponsor sampai ngeluh ketis kaki merata cari siapa-siapa yang sudi sponsor perbelanjaan perjalanan kami. Kalau sorang atau satu organisasi kasi RM100 pun kira jadik juga. Kumpul2 kalau 10 orang, boleh juga cecah RM1000. Tapi ni sepuluh hengget pun belum ada masuk, asyik duit aku juga yang keluar. Tadi baru saja beli manik Sabah untuk dipakai pada acara tersebut, genap RM100.

Gini ke jadi cikgu? Tak kisah kalau tengah kaya-raya. Tapi ni tengah kayap, kantoi juga aku dibuatnya. Macamanalah aku nak setelkan benda ni. Ada sesiapa sudi donate RM100 sorang tak?

Mesej untuk kawan aku

Ada kawan inbox tanya kenapa lama tak dengar khabar. 

Aku tak balas sebab tak tahu mau bagitau apa. Soalnya, semua perkhabaran aku, aku dah report dalam blog aku ni. Mungkin kawan aku tu bakal2 kecik hati sebab aku tak balas mesej dia. Tapi aku memang tak tau mau cakap apa. Kalau aku bagitau juga, samalah macam aku ulang2 cerita macam dalam blog aku ni. Mungkin dia tak baca blog aku. Atau mungkin juga dia mau tau cerita yang lebih personal sebab bukan semua juga perkara aku report di sini. Oh, kalau sudah memang aku tak catat di sini maknanya personal sangatlah tu dan tak mungkin aku akan share ngan sesiapa dengan mudahnya. Atau dia saja2 tanya sebab dah rindu mau chat ngan aku. Entah yang mana satu. 

Aku harap kawan aku baca ni dan faham kenapa aku tak balas mesej dia. 

Maaf ya kawan. 
Wednesday, November 2, 2011 | By: Luna Biru

Susulan Rindu? Maaf, aku tidak.

Ini adalah susulan dari kisah Rindu? Maaf, aku tidak.

Seperti yang aku rancang, maka aku sudah membalas si pengirim mesej rindu itu dengan kemarahan yang beradab mithali. Apa maksudnya dengan kemarahan yang beradab mithali? Maksudnya ialah, aku marah tanpa memaki dan melimitkan ayat-ayat yang berbentuk marah. Aku gantikan dengan kata-kata yang mungkin nampak cantik kalau dibaca tapi tentu saja bisa membuat si pengirim mesej itu terasa disindir.

Prejudisme

Bosan aku dengan manusia prejudis. Menghukum manusia hanya dengan separa dengar lalu menghujam dengan sepenuh lidah tanpa memikirkan soal kewajaran.

Kasihan Anisku. Puteri tunggalku satu-satunya....
Tuesday, November 1, 2011 | By: Luna Biru

Baghban


Have you watched BAGHBAN?

Aku tak sengaja tertengok filem ni kelmarin malam di B4U, pakej Mustika. The word 'tak sengaja' sebab remote control yang aku tengah pegang tidak dapat berfungsi dengan baik. Lain nombor yang aku 'pisit', lain pulak yang keluar. Lepas tu, bila mau di'pisit' balik, nda dapat pulak. Sudahnya, aku malas mau berjalan ke decoder untuk tukar secara manual. Akhirnya, aku layan sajalah filem hindi ni. Why not? Lagipun lama sudah nda tengok filem hindi,kan? The last time aku tengok filem My name is Khan. Pelakon filem ni pun bukan calang-calang orangnya. Mereka adalah lagenda filem hindi iaitu Amitabh Bachchan dan Hema Melanie.