Wednesday, October 29, 2014 | By: Luna Biru

itu bukan kau

Its nothing to do with u, Melati.

Nothing.

Not a single thing.

Aku dah agak benda ni boleh jadi salah faham yang besar.

Tak apalah. Benda dah nak jadi...


So cik Melati,

Aku pun tak faham arah tuju persahabatan kita. Aku cuba nak perbaiki selepas sekian lama tapi by the end it came into bullshit. Lebih teruk dari sebelumnya. Kita mmg tak ditakdirkan jadi kawan kali. Dulu dan sekarang berbeza.


Sekali lagi aku tegaskan.

Itu bukan  kau.

Bukan.

Bukan.

Bukan.

Penilaian

Manusia itu sifatnya suka menilai dan menghukum. 

Tak kisahlah. 

Kalau dah memang jenis perasan bagus dan tak ingat dosa sendiri, memang begitulah gayanya, ye tak? 

Di saat dosa disulam bersama, tak nampak pula aku ni jahat. Tapi saat aku menyimpul dosa sendiri, maka kau pun lupa pada kisah silam; lalu merasa berhak untuk menilai dan menjatuhkan hukum pada aku.

Perlukah aku kisah dengan penilaian berat sebelah kau? 

Purely bangang

Betul bilang seorang sahabat...

Kita harus selalu bijak memilih rakan untuk mengongsi rasa. Sebaik manapun sahabat, mereka tetap individu berbeza; punya persepsi beza; punya pemikiran beza. Kita harus bersifat lebih selective. Harus tahu mengongsi apa dan dengan siapa.

Jadi hari ini aku sudah salah memilih sahabat untuk mengongsi perasaan aku. Perasaan aku yang demikian mahal harganya...ceriteraku yang begitu tinggi nilai kerahsiaannya; yang dengan blog aku pun aku tak share....akhirnya jatuh terkulai di tangan dan di pemikiran manusia yang kupikir telah benar untuk dipilih.

Aku menyumpah-nyumpah dalam hati. Mencerca keterlanjuran diri. Aku tidak minta untuk difahami; tidak juga dihukum; apalagi dinilai; aku cuma minta didengar...Anis yang umur 14 tahun saja lebih mampu menerima apa yang berlaku ini dengan baik sekali. Tapi mereka yang telah terlanjur kupilih, ternyata hanya tua dari segi usia; sementelah pemikiran masih tertutup...hinggakan apa yang cuba aku sampaikan hanya dilihat dan dinilai dari satu sudut yang kecil skopnya. Seberusaha apa pun aku cuba meluaskan skop itu, tapi mereka tetap mengecilkannya...hingga akhirnya ia bertemu pada titik akhir bahawa aku ini jahat dan mencurangi makna sebuah mandat.

Aku memang bangang.

Purely bangang.


Tuesday, October 28, 2014 | By: Luna Biru

Sila - tur - rahim

Lagi-lagi ungkit pasal silaturahim.

...siap kasi poster hadis bagai, kasi nasihat, sindir-sindir sayang (konon)...

semak tau tak?

Ko makanlah itu silaturahim. Kalau ko fikir aku sengaja nak putuskan, memang ko silap besar dalam membuat penilaian. Dan aku dah tak kisah apa benda pun yang kau nak nilai pada aku. Penilaian dan pendapat kau dah tak de makna lagi dalam hidup aku.

Teruskanlah menuduh aku punca gelas keluarga ni retak. Aku tak malas nak bela diri.

...dan kau...tak payahlah nak berlagak polos, macam gadis suci tak berdosa dan macam mangsa aniaya dengan mempost2 hadis. Orang lain ko boleh tipu tapi tak perlulah nak ambil hati Allah dengan berlagak baik. Kita semua adalah pendosa. Dosa kau, dosa aku, semua ada dalam perhitunganNya...


 




Selamat menyelfiekan diri

Ok. Terus-terang saja aku kata aku menyampah betul dengan aktiviti tag-men tag yang friend aku di fb selalu buat untuk aku.

Asal selfie je tag aku.

Ko pehal?

Nak kasitau aku yang ko lawa sangat?

Bah...iyalah bah...lawalah bah itu. So? Ada aku kesah ko lawa?

Susah penyakit attention seeker ni, Bawa2lah mengucap. Umur kita bukan muda lagi. Kejap gi dah nak masuk senior. Syukurlah Allah bagi ko muka lawa bah. Tapi jangan kaitkan aku dengan hobi menyelfie kau. Aku bengang tau tak. Semak wall aku!

Sekian. Harap maklum.


p/s : Ini hanya umpatan dalam hati aku, Nak bagitau tak berani. Huhu...
Monday, October 27, 2014 | By: Luna Biru

Personafikasi

I feel much better now.

Dan aku harap segala confession akan buat kami berdua jadi lebih lega lepas ni.

Semoga segala rasa yang tidak enak sebelum ini akan segera enyah.

Syuh! Syuh!

# tajuk tiada kaitan dengan isi
Wednesday, October 22, 2014 | By: Luna Biru

behind the scene



Ni projek filem si Luqman dan groupnya sebagai tanda kasih di Surati. Skrip, jalan cerita, watak dan tema semuanya dorang buat sendiri. Aku hanya bertugas jadi penasihat dan penyibuk. Boleh juga digelar sebagai Fauziah Nawi, iaitu guru seni lakon.

Sejak mula lagi aku dah bagitau budak2 ni yang skrip dorang ni akan ada masalah sikit sebab dorang bawa watak atok. Siapa nak berlakon jadi atok? Kalau dia nak suruh jadi mak, banyak cikgu di atas sanggup nak turun bantu. Tapi Luqman pertahankan juga ideanya. So untuk menghormati hasil kerjanya, aku gagahkan juga bantu dorang.