Wednesday, November 27, 2013 | By: Luna Biru

Pantai Manis, Papar

Pantai Manisku sudah cantik macam dulu....dan aku merasa kembali manisnya di sini...
Tak sabar menanti sampai pantai ini siap sepenuhnya.


We are sixteenth

Secara hukumnya, usia kami kini sudah menjangkau 16 tahun. Great! Salah satu pencapaian besar dalam sejarah hidup manusia adalah mengekalkan perkahwinan yang mencantumkan dua manusia yang berbeza dari segala sudut kepada suatu hubungan yang membawa kepada syurga.

Happy sixteenth, my dear husband.
Tuesday, November 26, 2013 | By: Luna Biru

kalau saja suprise mungil itu berlaku...

Perkara terbaik saat bangun pagi adalah mendapati telah tersedia hidangan sarapan pagi di meja makan. Itu adalah impian semua orang. Kesenangan semua orang tak kira apa jantina, status, jawatan bahkan gelarannya di rumah itu. Dan orang itu tentu saja termasuk aku. 

Tapi mungkin agak malang menjadi seorang ibu yang tidak berkemampuan untuk mengupah seorang pembantu rumah menyediakan sarapan di awal pagi. Maka meski dia sendiri lapar, maka terpaksa jugalah dia menyisihkan rasa lapar itu dan menyediakan sarapan untuk ahli rumah. Malangnya lagi, ahli rumah tidak pernah pula mahu tahu kalau di dapur sudah tiada apa-apa lagi yang boleh dimasak, tidak pernah pula peduli kalau kantung si ibu sudah kosong semuanya, tidak pernah pula bertanya kalau-kalau si ibu kekurangan apa-apa untuk penyediaan sarapan. Tidak pernah pula mengadakan kejutan menyediakan sarapan untuk si ibu walaupun cuma sekadar merebus telur setengah masak seperti sinetron-sinetron barat yang bukan main bikin cemburunya. Mereka cuma tahu bahawa tanggungjawab mengisi meja makan itu adalah bagian dari tugas si ibu. Bukan salah mereka. Masyarakat Melayu tipikal kita yang telah menetapkannya begitu, meski dalam Islam ia bukanlah suatu tanggungjawab yang mandatori untuk digalas oleh si ibu. 

Aku mungkin berada di kategori sedikit lapang kerana masih ada umi yang mahu berganti tugas. Meskipun mulutnya ampun2 bisingnya setiap kali menyediakan sarapan, namun ia banyak membantu meringankan beban. Dan sebulan penuh cuti sekolah ini barangkali adalah hukuman termutlak untukku untuk melaksanakan tugas itu. Tiada pilihan. Sebab umi sudah menaikkan bendera kemalasannya.  

Saat kau depani kemelut

Setiap dari kita punya pelbagai tindak balas saat menghadapi kemelut dalam hidup:

  • Ada yang membentak-bentak dan merungut sepanjang hari;
  • Ada yang menangis sendirian di kamar;
  • Ada yang suka berbahagi rasa dengan orang lain;
  • Ada yang dua kali lebih kuat merengus dari biasa;
  • Ada yang cuba memindahkan kemelut itu dengan membuat kerja-kerja yang memenatkan seluruh fizikalnya;
  • Ada yang tidur;
  • Ada yang marah-marah;
  • Ada yang mendadak jadi pendiam;
  • Ada yang menulis di diari;
  • Ada yang ke disko;
  • Ada yang mengadukannya pada Tuhan;
Kamu, bagaimana?

Monday, November 25, 2013 | By: Luna Biru

berburuk sangka itu menghitamkan hati

Abah selalu mengajar tentang kebaikan berbaik sangka dan berfikir positif. Meskipun aku tidaklah hidup dalam persekitaran yang memungkinkan aku untuk menuju ke arah itu kerana budaya melayu kita memang sudah terkenal brengsek; iaitu buruk sangka adalah satu cara hidup yang normal.

Jadi atas nasihat dan didikan yang begitu ditekankan abah, ditambah pula dengan sebuah hadis dari Rasulullah yang membincangkan tentang kebaikan berbaik sangka, maka aku pun terus memeras diriku untuk menuju ke sifat luhur itu. Pelaziman itu menjadikan jarak antara buruk sangka dan rasionalku begitu jauh...jauh sekali hingga aku cenderung membutakan mataku pada kesalahan orang lain. Anggap saja mereka tidak sengaja. Atau, anggap saja mereka sedang melalui krisis emosi, atau anggap saja mereka sedang jahil, anggap sajalah tiada manusia sempurna...itu pujukan yang biasa kukatakan untuk membelai hati.

Saat dia genggam tanganku

Setelah seminggu terdampar di katil hospital yang dingin, baru hari ini aku punya masa melawat Anjangku yang begitu menyayangiku ini. Itupun setelah puas dimarahi dan diteriak abah. Hari ini, anehnya abah tidak menjerit padaku lagi. Dia hanya merenungku tajam dan mengucapkan sebuah kata-kata yang cukup membuatku tersentap;

"Lawatlah anjangmu Cil...lawatlah. Jangan nanti kau menyesal kalau sampai tak terlawat hanya kerana alasan sibuk. Kerja boleh menunggu. Tapi nyawa?"

bila kau selalu betul

Hari ini aku ingin mengongsikan kejengkelan perasaanku pada beberapa puak manusia yang mempunyai satu sikap yang sangat membuatku muak. Sikap itu adalah terlalu yakin pada pendapat sendiri dan selalu merasa bahawa pilihan mereka adalah sesuatu yang sangat tepat, berintegriti tinggi dan punya 100% kebolehpercayaan tanpa ragu.

Berkomunikasi dengan manusia seperti ini memaksa kita untuk bertindak lebih baik diam daripada berkata-kata. Membantah ertinya harus berdebat dan mendengar hujah-hujah yang kedengarannya hanya rasional dari sudut perspektif mereka sendiri. Manusia seperti ini tidak pernah menganggap bahawa pendapat dan perasaan kita penting. Ridicilous, itulah hukuman buat kita kalau ternyata bercanggah pendapat dengan mereka.