Thursday, May 29, 2014 | By: Luna Biru

Kalam Ilahi

Mataku tak memejam lagi. 

Ia kini sudah terbuka luas-luas dan membelalak menatap langit-langit rumah. Kipas siling yang berputar laju telah menyejat lembap di mataku sampai kering. 

Ah. 

Kenapa mesti menangis? Pengorbanan bukanlah berupa penawar untuk menjadi tenang. Tapi ia adalah sebuah kemenangan mutlak yang hasilnya akan kau rasai dalam tempoh yang panjang. Apalagi bila kau berkorban untuk orang yang begitu kau sayang dan menyayangimu. Asal saja kau ikhlas, Tuhan pasti akan memberi segala cara untuk membayarnya kembali. Bukankah sudah kau jual jiwamu pada, Tuhan? Ya, Atie betul. Barangkali Tuhan sudah membelinya. Tiba-tiba aku menjadi bangga dengan pengorbanan ini. Bukankah hidup itu adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya? Rasulullah sendiri telah bersabda bahawa sebaik-baik manusia itu adalah memberi manfaat kepada orang lain. 

Kepada hati,

kudengar rengekmu menempuh sedih saban malam.
biar kurengkuh dukamu dalam dakap kalam Ilahi.
agar kau tahu bahawa tak ada luka yang tak akan sembuh.


0 comments:

Post a Comment