Wednesday, May 28, 2014 | By: Luna Biru

aku tanpa akal

Aku dah kata aku akan menjual nasibku ke luar bumi.

Beberapa signal yang kuhantar sudah dibalas oleh penghuni luar angkasa sana. Saat Tuhan menunaikan segala hajat, kenapa masih ada yang membeku di hati? Kenapa tak bersorak gempita atau buat sujud syukur? Kenapa sekarang baru teringat nak buat solat iktiharah? Kenapa sebelum aku jadi keyboard warrior dulu?

Aku pejam mataku balik-balik.



Cuba nak berimaginasi bagaimana besok kalau aku benar-benar nekad tinggalkan bumi dan berpetualang di planet sana. Hidup tetap adalah sebuah kehidupan yang di mana pun tetap ada pahit dan manisnya, itu pasti. Persoalannya, fitrah manusia itu sukar mahu menanggung risiko lalu memilih untuk bertahan di zon selesa (walaupun sengsara). Jadi aku, si petualang yang berniat mengembara ini, bakal sudikah aku menghadapi semua yang tidak pasti di luar sana?

Aku harus ingat, sesengsara apapun di sini, aku ada keluarga.

Ah. Sudahlah. Jangan bunuh aku dengan soalan dan persoalan. Semuanya sudah jelas. Kalau bukan kerana keterdesakan yang sudah berada di luar limitasi kekuatan, aku takkan memilih jalan maha gila ini. Kau fikir aku kemaruk sangatkah dengan lembar-lembar pound sterling yang bakal jadi penghuni mesin ATM aku?

Ya Tuhan.

Aku mau menangis semahu-mahunya. Sudah dua kali kau hadapkan aku dengan ujian besar yang memerlukan aku membuat pilihan tanpa pilihan. Ini yang ketiga...Tahukah Kau betapa takutnya aku?

Kalau kau tepuk dadaku dan tanya seleraku, pasti ia takkan bersendawa.

0 comments:

Post a Comment