Thursday, May 1, 2014 | By: Luna Biru

diam selalu lebih baik

Kadang-kadang, bila idea kita ditolak, itu bukan bermakna yang idea kita tu teruk. 

Mungkin saja aspirasi kita dan keperluan kita dengan orang lain berbeza hinggakan apa yang kelihatannya baik di mata kita tak semestinya baik juga di mata orang lain. Lebih daripada itu, kita juga kena sedar yang masalah yang mungkin tak pernah terlintas di kepala kita saat merancang sesuatu itu, sudah bergaris di kepala orang lain yang sebenarnya sudah melalui fasa-fasa berfikir yang sedang kita lalui. 

Idea yang baik perlu diselenggara dengan baik. Tanpa pasukan penyelenggara yang baik, sebaik mana pun idea takkan ke mana. Percayalah, aku pernah melalui semua ini dulu. Kesilapan besar yang aku lakukan ialah bila aku terlalu merasa yakin bahawa ideaku benar tanpa memikirkan kebenaran idea itu dari kaca mata orang lain. Keghairahan merealisasikan sebuah idea menjadikan aku kurang prihatin pada keperluan dan hak orang lain.Waktu tu aku cuma rasa betapa hebatnya ideaku hingga aku lupa bahawa orang lain sebenarnya punya masalah lain yang membuatkan mereka tak mampu nak bantu aku menggapai mimpi ideaku. 

Ah...sebenarnya aku tak perlu susah-susah bersuara. Si tua rambut putih itu betul, mulutku ada busur panah. Menyuruhku diam lebih baik dari mendengar pendapatku. Srikandi, konon. Bagus kau ambil gam gajah dan palit atas bibir kau, Luna woi!

p/s : maaf kalau tersinggung. 

0 comments:

Post a Comment