Sejak pencerobohan tentera Sulu di Sabah, Malaysiana macam kena hentak oleh satu soalan:
KENAPA MUDAH BENAR PERAIRAN SABAH DITEMBUS?
Soalan ini kemudianya mencetuskan beberapa ideologi politik yang tidak memihak kepada Kerajaan kita sendiri.
Hakikatnya, kami rakyat Sabah paling tahu bahawa isu ini adalah isu lapuk yang sudah lelah ditepuk dan dijerit. Isu penembusan perairan Sabah bukanlah hal baru malah ia sudah sering diungkit dan dirayu untuk ditangani segera.
Untuk pengetahuan korang semua, laluan perairan dari mana-mana pulau di Philippines ke Pantai Timur Sabah adalah laluan yang telah digunakan semenjak beratus tahun dahulu. Laluan ini masih digunakan sehingga hari ini. Mereka dengan mudahnya berulang-alik setiap hari macam kita yang naik kereta dari Papar ke Tuaran. Mereka cuma gunakan sampan kecil bukan hanya sebab nak mengelak dari tertangkap. Tapi ia juga untuk memudahkan pendaratan kerana mereka akan berlabuh di sungai-sungai kecil di mana-mana kampung. Laluan yang mereka gunakan pula bukanlah laluan utama tempat pihak Maritim berkawal. Mereka menggunakan lengkungan yang jauh tetapi sebenarnya lebih dekat kalau dikira dari jarak masa. Kira macam short cut la....Dan korang juga kena ingat bahawa mereka hanya menggunakan sampan atau dalam bahasa dorang dikenali sebagai 'Lepa-lepa'. Saiz sampan yang kecil ini memudahkan laluan di kawasan denai.
Pernah suatu masa dulu waktu aku kerja di Tawau, kawan aku si suluk kata dia nak balik pagi tu ke 'pulau'. So aku pun bagilah kata-kata ucapan perpisahan ingatkan dia akan pergi lama. Alih-alih, esok petang, dia sudah ada balik muncul depan mata aku. Ha...lebih kurang macam tu lah senarionya. So, korang bayangkanlah betapa mudahnya dorang ni keluar masuk negeri Sabah.
Pernah juga suatu hari kawan aku si Suluk ni bawa aku balik ke 'pulau'nya. Aku memang nak ikut sebab teringin sangat 'melancong ke negara luar'. Tapi memandangkan yang aku ni selalu mabuk laut, so aku cepat-cepat tarik diri.
Aku pernah tanya dengan member aku ni kenapa dorang boleh tak pernah kedapatan oleh pihak kastam atau marin sewaktu berlayar? Dia cakap, bukannya tak pernah tapi kalau terserempak, dorang akan segera terjun ke laut dan tinggalkan tuan punya sampan yang punya dokumen sah. Tuan punya sampan ni biasanya terdiri dari kaum nelayan jadi tidak ada sebablah dia nak ditahan oleh pihak berkuasa. Bila pihak berkuasa jalan, dorang pun akan datang balik naik sampan tu. Oya, lupa aku nak bagitau yang dorang ni mempunyai kemampuan untuk berenang dan menyelam dalam tempoh yang lama. So, sekali lagi korang bayangkanlah senario ini untuk mengaitkan mengapa dengan mudahnya perairan Sabah ditembusi.
Bila baca update entry para bloggers yang cukup mahir mempolitikkan isu ini termasuk dalam mempertikaikan bidang kerja pihak maritim, aku cuma mampu geleng kepala. Jauh di sudut hati aku berkata; korang apa tahu? Korang bukan duduk Sabah. Korang tak tahu macamana susahnya pihak berkuasa ni nak mengesan mereka yang sudah mempunyai laluan khas yang sudah dorang lalui sejak beratus tahun dulu. Bukan sedikit jumlah yang telah ditahan tapi ianya tidak pernah menghalang manusia-manusia PTI ini untuk datang semula keesokan harinya tanpa dikesan. Kehandalan mereka dalam menggunakan ilmu laut juga sukar ditandingi dan merupakan suatu ancaman yang perlu ditangani segera.
Agaknya pihak maritim kena belajar ilmu laut juga, kot?
Apapun, aku harap dengan terjadinya tragedi di Sabah ni, pihak berkuasa akan semakin lebih mengetatkan sistem kawalan. Do more than just a traditional way. Kepada yang ingin mengetahui senario sebenar di Sabah, silalah lawat Pantai Timur Sabah. Aku cadangkan korang pergi ke Pulau Mabul atau Pulau Sebatik. Lepas lawatan ke sana, korang bolehlah buat interpretasi tentang tugas pihak maritim dan isu PTI ini. Jangan main hentam pihak berkuasa saja. Buat apalah korang jadi penganalisis kalau kaki sendiri tak pernah jejak ke sini?
Wallahuaklam.
0 comments:
Post a Comment