Hari ini, 23 Mac 2013, seawal jam 6.30 pagi aku bergegas bawa Anis ke Likas untuk ambil tempahan baju tradisional Murutnya untuk dibawa ke London. Sempat lagi singgah ke sekolah sebab Anis berkeras mau jumpa Abe yang terlibat dalam Kem Motivasi sebelum bertolak. Bila bercakap pasal Kem Motivasi ni, aku ada rasa segan yang banyak sebab sejak kelmarin aku belum sesaat pun muncul untuk menjalankan tugas aku sebagai urusetia. Terlalu banyak perlanggaran jadual dan keketatan masa yang sangat padat membuatkan aku terpaksa mengorbankan tugasku di situ.
Petang kelmarin aku bertugas iring Abe dan Syazwi yang terpilih untuk ke pemilihan peserta Bola Baling ke peringkat Bahagian. Syukurlah dorang terpilih untuk ke pemilihan kedua. Balik saja dari padang aku terus bawa Anis ke KK untuk beli baju sejuk yang lebih tebal. Petugas Astro baru call bagitau yang cuaca di London di bawah 6 darjah celcius. OMG! Boleh beku tu....Jam 9.00 baru sampai rumah sebab jammed teruk sepanjang jalan KK-Papar. Sampai saja rumah, tanpa memperdulikan migrain yang menyerang, aku bantu Anis packing barang-barang keperluannya. Entah jam berapa baru kami siap. Jauh di sudut hati ada macam-macam kekalutan terutamanya bila Acik bagitau ada update terbaru dari Rindianna mengenai gambar-gambar di Kem Motivasi. Rasa bersalah makin mencengkam. Aku pun kirim sms pada Rin dan Cikgu Bas untuk minta maaf. Aku cuma harap agar rakan-rakan setugas sudi untuk memaafkan dan mengexcusekan diriku.
Oya, thanks to Ibu sebab sponsor baju sejuk Anis.
Berbalik pada cerita pagi ini.
Aku target sampai Likas jam 7.30 dengan harapan tiada jammed berlaku di mana-mana. Rancangannya, jam 9.00 aku sudah berada di Papar semula untuk ambil Umi dan anak-anak supaya kami sama-sama hantar Anis ke airport. Sungguhpun penerbangan Anis akan berlepas pada jam 1.20 p.m., tapi dorang kena berkumpul di airport pada jam 11.00a.m. untuk sesi taklimat. Abang yang bertugas hantar Arin ke Liga Remaja KK di SUKMA akan menyusul sebaik saja pertandingan Arin tamat.
Syukurlah segala berjalan sebaik perancangan. Aku tiba lebih awal dari jangkaan dan sempat juga sarapan di McD. Terima kasih untuk Abang Was sekeluarga yang sudi sponsor baju Murut Anis. Alhamdulillah...save budget lagi di situ. Mak Long Anis pun bagi duit poket.
Jam 10.10 minit, kami bertolak semula ke Airport dan tiba di sana tepat jam 11.00.
Then, banyak pula borang yang perlu diisi sebab kontinjen Sabah yang cuma dua orang ini tidak ditemani oleh pengiring. Mereka diistilahkan FLYING ALONE. So, banyak prosedur perlu dibuat. Setelah ini dan itu maka berlepaslah Anis ku untuk berjuang dengan cita dan impiannya ke KL. Tiga hari lepas tu dia akan terbang pula ke UK. Terus-terang aku tak sempat nak geladah seluruh perasaan aku sama ada aku sedih, haru atau lega. Terlalu banyak kecelaruan masa yang buat aku tidak mampu fokus pada suatu emosi.
Balik saja hantar Anis, kami jemput Arin di SUKMA. Arin bagitau yang pukul 4.00 nanti dorang semua diminta berkumpul semula di Perdana Park untuk acara selanjutnya. Waktu tu aku rasa kepala abang sama mcam kepala aku yang tiba-tiba jadi beku. Sepatutnya sekarang ini kami berada di Padang Pekan untuk urus team futsal. Cabutan undi akan dijalankan pada jam 2.00 petang. Piahk urusetia Parlimen sudah berkali-kali menelefon mencari kami yang hilang.
Akhirnya kami pun sampai di padang pekan sekitar jam 2.00 petang. Agak malang bila team futsal aku dikira kalah tanpa bertanding sebab tiga pasukan yang aku hantar tidak dapat hadir kerana terlibat dalam Kem Motivasi. Rayuanku agar pertandingan ditangguhkan tidak diterima. Rule is rule.
Belum pun sempat bengang sebab rayuan ditolak, kami kena bergegas pula ke KK semula sebab hantar Arin ke Perdana Park. Sampai di sana tepat-tepat jam 4.00p.m. Huh...cun betul kami ni dalam menepati masa. Waktu ni aku rasa kepala otak aku berpinar-pinar. Ingatkan acara penting sangat. Rupanya dorang terlibat meramai-ramaikan majlis perasmian Senamrobik 1 Malaysia. Ces.....kalau aku tahu tidaklah aku sanggup hantar Arin. Arin ni pun satu tak dapatkan maklumat yang betul. Tapi bagus juga datang ke sini sebab akhirnya aku terjumpa balik dengan adik aku si Saiful yang sudah lebih 10 tahun tidak balik rumah sebab merajuk.
Balik dari KK, singgah kejap di RKK sebab nak tanya proseding bawa keluar seorang murid RKK ke pertandingan futsal besok. Segalanya berjalan baik sampailah puan warden sampai. Dia menolak salam hormat aku dengan bahasa paling judes dan tidak beretika. Orang datang baik-baik tanya prosedur tapi dilayan pula dengan bahasa sebegitu. Aku tahulah budak2 ni dibawah perintah mahkamah tapi aku bukannya nak minta izin untuk keluarkan murid. Aku cuma nak tanya prosedur. Apadaaaaaaaaaaaa............Tebal muka aku kena jerit-jerit begitu. Kalau tak ingatkan ada abang, for sure aku pun melenting balik.
Jam 6.00 p.m cun-cun kami sampai rumah. Benda pertama yang aku cari di rumah ialah Abe. Aku hairan kenapa dia tidak lapor diri dengan menelefon aku sejak pulang jam 4.30 tadi. Abah yang bertugas untuk jemput dia di sekolah. Aku sudah tetapkan peraturan bahawa kalau dorang dijemput oleh orang lain selain aku atau abang, maka dorang perlu memaklumkan ketibaan dorang di rumah. Mungkin sebab terlampau penat, aku marah dia kaw-kaw. Kesian....menangis betul dia....then aku dapat tahu yang dia menangis bukan sebab kena marah tapi memang sebab dia sendiri tengah jiwa kacau. Dia kesal sebab tidak dapat hantar Anis ke airport tadi sebab terlibat dengan Kem Motivasi. Oh...kesiannya dia....
Belum pun sempat penatku hilang, Acik pula menuntut haknya untuk diajar buat poster untuk ke Pertandingan daerah.
Dan sekarang....waktu entry ini kutaip sejak setengah jam yang lalu, rumah sudah sunyi sepi. Yang terdengar hanyalah bunyi suara TV Al-Hijrah Ayang yang tonton Program Cinta Rasul dengan kadar volume sesedap hatinya. Mata aku sudah mengantuk betul tapi aku paksa juga buat entry ni sebab aku sudah banyak terlepas merakam peristiwa2 penting semenjak dua menjak ni kerana kesibukan.
Sebelum entry ini kututup, aku mahu ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat YB Rosnah, Datuk Ainal dan Datuk Zaini yang bermurah hati memberi sumbangan untuk Anis. Duit RM500 dari Datuk Zaini sudah kutukar ke mata wang PS dengan kadar 100PS. Oh...sikitnya nilai duit RM!
Terima kasih juga buat rakan-rakan yang memahami ketenatan diriku.
Terima kasih buat Dida dan Bay yang sudi mengganti tugasku menjadi pengurus futsal sepanjang ketiadaanku. Esok latihan futsal akan diadakan jam 9.00 pagi di Sk.Surati dan lepas tu pertandingan jam 4.00 ptg. Aku tahu aku kena tanggung risiko besar sebab tak sempat nak hantar borang kebenaran untuk ibubapa. Ini kira main langgar. Aku serah sajalah sama Allah....
Ok...setakat ini dulu. Mungkin esok aku akan updatekan kronologi kegilaan kelmarin pula dengan lebih detail.
Assalamualaikum...
p/s : Aku harap hantu hitam yang suka menindih tu tak datang kacau aku malam ni. Amin....
0 comments:
Post a Comment