Saturday, November 24, 2012 | By: Luna Biru

Goodbye, Taman Pertanian Tenom


Maka berakhirlah lawatan percutian kami di Taman serba indah ini. Meski tidak sempat menjenguk ke taman haiwan kerana desakan masa yang teramat singkat. Kalau anda berhajat mahu ke sini, anda sebenarnya memerlukan masa dua hari penuh untuk melawat ke seluruh tempat. 

Aku menyukai tempat ini kerana keharmonian dan ketenangan yang dijanjikan untuk para pengunjungnya. Memang begitulah makna percutian bagiku. Jauh dari hiruk-pikuk dunia gajet dan shopping kompleks. Mungkin, makna percutian kita tidak sama bagi semua orang. Masing-masing punya keperluannya sendiri berbeza mengikut selera dan citarasa. 

Ini adalah aku dan duniaku. 

Taman oh Taman di Taman Pertanian Tenom


Taman Evolusi adalah sebuah taman replika yang mencatat sejarah hidupan di bumi Dari organisma awal tumbuhan dan unicellular sejak 3.5 bilon tahun yang lalu.  Dalam taman ini kita boleh mempelajari mengenai proses evolusi dan melihat bagaimana tumbuh-tumbuhan menyesuaikan diri dengan persekitaran, dari kolam kehidupan habitat separa gersang. Sebuah teratai air gergasi menakjubkan dari Amerika Selatan juga terdapat di sini.

Aku tidak ikut serta dalam rombongan ke bahagian ini sebab faktor umur (hahaha). Saat ini kepenatan sudah mulai menguasai lalu aku pun ambil keputusan untuk pulang ke chalet. Lebih baik aku masak untuk makan tengahari. Boleh berehat sekali. Lagipun kakak cleaner tu sudah sound awal-awal tadi supaya kalau boleh kami check-out awal sebab ada orang nak masuk ke chalet tu sebelum jam 12. Percaya kau, customer kena sound oleh cleaner? Hantamlah kau kakak oi....malaslah aku nak bertengkar. Apa-apapun, bagi aku, korang kenalah faham tentang hak pelanggan. Soal check out dan check in tu, biarlah ikut standard masa yang ditetapkan bukan ikut suka hati korang sebagai cleaner. Hampeh...

Taman Pertanian Tenom, Sabah

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama kaki menjejak ke tanah indah ini. Rasanya ini adalah lawatan ke lima sejak diri dimateri sebagai 'orang Tenom' sejak 15 tahun yang lalu. Namun tanah ini bagai punya seruan khusus untuk sering kembali. 

Sekiranya anda berpeluang untuk ke Sabah, carilah ruang untuk ke sini. Taman in merupakan salah satu tempat kunjungan orang awam. Dengan keluasan melebihi 500 ekar, taman ini menawarkan pelbagai kawasan menarik untuk dilihat. Laman rasmi untuk taman ini boleh diklik di sini. 

Cabin Wood Taman Pertanian, Tenom, Sabah

Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 12km dari pekan. Ianya juga dikenali sebagai Muziium Tanaman Hidup, Taman Orkid dan Lebah Madu. 

Kami tiba agak lewat petang meskipun sudah diingatkan oleh pegawai bertugas supaya kami sampai lebih awal. Pada mulanya kami menempah bilik asrama untuk dijadikan tempat penginapan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk pelajar. Tapi kami kemudiannya menukar keputusan apabila mengetahui bahawa sebuah lagi chalet masih kosong kerana penyewanya membatalkan tempahan pada saat-saat akhir. Akhirnya, chalet pun bertukar tuan dan menjadi milik kami untuk dua hari ini dengan kadar bayaran RM150 satu malam. 
Tuesday, November 20, 2012 | By: Luna Biru

Tugu Peringatan Datu Mat Salleh

Tugu Peringatan Datu Paduka Mat Salleh terletak sejauh 86KM dari bandaraya Kota Kinabalu, di Kg. Tibabar, Tambunan. Perjalanan ke sini mengambil masa 1 jam 30 minit. Pastikan anda tidak mengambil jalan pintas di Kg. Kinabaan kalau tidak mahu terlepas peluang untuk sampai ke tempat ini. Agak mudah menemukan tugu ini kerana sebuah tanda nama telah diletakkan di sebelah kanan sebagai panduan. Kita akan melalui sebuah kampung tradisional dengan keindahan alam semulajadi sebelum sampai ke tugu yang terletak betul-betul di hujung jalan. 
Monday, November 19, 2012 | By: Luna Biru

Rafflesia Information Center, Tambunan

Gambar dan informasi lanjut di sini
Rafflesia Information Center atau nama melayunya Pusat Informasi Rafflesia terletak betul-betul di tepi jalan di lereng Banjaran Crocker. Ia merupakan pintu masuk ke hutan lindung dara disini. Pusat ini menawarkan pelbagai informasi mengenai bunga Rafflesia yang merupakan bunga terbesar di dunia. Namun, jangan silap ya, bunga rafflesia jenis besar tidak terdapat di kawasan ini kerana suhunya tidak sesuai untuk pertumbuhan rafflesia gergasi. Hanya rafflesia kecil saja yang ada di sini dan itu pun terletak jauh ke dalam hutan. Mereka yang berhajat untuk melihat sendiri bunga ini perlu ditemani oleh pegawai yang bertugas. Dan kalau nak tengok bunga bersaiz sebenar, bolehlah daki Gunung Kinabalu.


Tenom Short Trip

Dan cuti sekolah pun bermula.

Ia adalah musim yang paling berharga dan sangat ditunggu-tunggu bukan saja oleh anak-anak, tapi juga oleh kami. Oh pleaselah....don't hate me because I'M a teacher ok...Inilah untungnya jadi cikgu. 

Oleh kerana kekangan kewangan yang agak kronik (tapi anak-anak pula ketagih menuntut janji), maka hanya satu trip pendek saja yang dapat dilakukan buat setakat ini, 

Untuk itu, Pedalaman Pantai Barat menjadi destinasi pilihan.