Friday, September 28, 2012 | By: Luna Biru

Diorama (wildlife)


Kepada cikgu-cikgu PSV yang tercari-cari ilham untuk membuat diorama, mungkin idea ini boleh membantu.  Sila ke web ini untuk mencetak gambar haiwan dan setelah itu, bolehlah terus berkarya bersama murid-murid anda. 

Pada pendapat saya, adalah lebih mudah sekiranya kita menyediakan bahan untuk murid. Ia memudahkan kerja dan sangat menjimatkan masa. Mungkin terpaksa berkorban catridge dan kertas tapi kalau hasilnya sebaik ini, kita pasti akan rasa ianya berbaloi. 

Selamat mencuba.

p/s : Diorama ini dihasilkan oleh Abe Haiqal, murid tahun 5. 





Thursday, September 27, 2012 | By: Luna Biru

Copy Paste : The typical Malay Man

sedang-sedang googling, aku terjumpa entry ni. Sangat menarik rasanya. Jom baca....http://ezreenemira.blogspot.com/2009/01/atemma-typical-egoistic-malay-man.html

Errr....dah baca ke? Kalau belum, korang kena juga klik sebab entry aku ni berkaitan dengan artikel tersebut. 

Haha...terserahlah apa komen anda. Tapi bak kata suami aku, setiap lelaki ada egonya. Dia balik-balik cakap benda ni sambil gurau-gurau atau sambil selit-selit waktu mengumpat hal rumahtangga oranng lain. Entahkan serampang dua mata, atau dia saja cakap sebab nak ingatkan aku.

Tapi bagi aku, tak perlulah wujudkan diskriminasi antara ego lelaki dengan perempuan. Apa yang penting, semua manusia itu ada harga diri dan maruahnya. Kita sama-sama ada daya sabar dan tahap kesabaran kita adalah bergantung pada iman. Tebal atau tipis iman pula tak terjumud oleh 5 kali sehari semalam membaca syahadah. 

Ego adalah milik semua manusia. Kita dibenarkan untuk memilikinya dan berhak memilikinya. Tapi, bak aku kata dulu dalam entry Ego-ego bodoh, kita sebenarnya punya pilihan untuk menghentikannya, atau meneruskannya. 

Jangan diwujudkan istilah diskriminasi lagi. Selagi kita manusia, kita tetap terbuat dari segumpal daging yang sama. Busuk daging, busuklah semua. 

Sama-samalah kita bermuhasabah dan memperbaiki diri. Yang baik datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kita juga...

Wallahuaklam. 

p/s : batu pun kalau dimetamorfosiskan akan berubah, apalagi manusia....

S - M - C ku...

Sayangku,
Kalau suatu hari kutegur salahmu
bukanlah bermakna aku mencari kelemahanmu
melainkan kerana aku ingin kau menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Manjaku,
Kalau suatu hari aku meninggikan suara padamu
bukanlah bermakna bahawa aku derhaka padamu
melainkan kerana aku sudah jenuh memendam suara itu dibalik lakumu

Cintaku,
Kalau suatu hari aku tidak menyapamu
bukanlah bermakna aku sudah mati untukmu
melainkan kerana aku ingin memberimu waktu
agar kita mampu bermuhasabah dan menggali dewasa ke rantai usia.

Sayangku, Manjaku, Cintaku,
kau nyawaku
nadi jiwaku.

Harga sebuah bantuan

Seorang kawan menghulur tangan untuk membantu pada beberapa urusan yang tidak mahir untuk aku selesaikan.

Kukira dia benar-benar ikhlas dan mahu membantuku seadanya.

Tiba pada suatu waktu baru aku mengerti bahawa, apapun, manusia itu tetap ada sarang iblis dalam hatinya. Bodohnya aku percaya bahawa masih ada tersisa manusia di dunia ini yang tidak mengharapkan apa-apa balasan selain persahabatan yang kekal.

Memang bodoh. Aku lupa bahawa tidak ada yang percuma dalam dunia. Bahkan senyum yang kusedekahkan hari-hari pun aku tetap mengharapkan balasan. Kalau senyumku tidak dibalas, aku pasti akan marah-marah sendiri dan mengatakan bahawa orang itu sombong. Belum pernah aku redha kalau senyumku tidak dibalas. Itu baru senyum.

Apalagi budi, kan?

Karnival PPDa Daerah Papar 2012 (Keputusan)

Ini adalah keputusan penuh (tapi tak penuh sangat sebab aku tiada senarai nama pemenang) Karnival Minggu PPDa Daerah Papar 2012.

PERTANDINGAN POSTER MENENGAH ATAS

Ketiga (SMK Kinarut)

Karnival PPDa Daerah Papar


27 September 2012 berlangsunglah acara Karnival PPDa bertempat di Sk.Nyaris-Nyaris, Bongawan. Acara ini merupakan acara tahunan dan tentunya menjadi acara yang paling ditunggu-tunggu. Objektif utama karnival ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai bahaya penyalahgunaan dadah. Namun agak malang apabila pengisian karnival ini hanya lebih menumpukan kepada pertandingan melukis poster dan deklamasi puisi sahaja. Seharusnya pihak yang bertanggungjawab terhadap bahaya najis dadah seperti AADK, PUSPEN dan pihak berkuasa terlibat sama dalam menjayakan program ini. Satu-satunya penganjuran PPDa yang sangat berprestij yang pernah aku hadiri ialah di sekolah aku sendiri, iaitu Sk.Surati. Tiba-tiba rasa kagum pula pada pasukan kerja PPDa di sekolah aku yang diterujui oleh Teacher Noy. 

Karnival PPDa Daerah Papar (Koleksi Poster)

Beberapa koleksi poster PPDa bertemakan 1 Malaysia Membanteras Dadah sempena Karnival PPDa Daerah Papar pada 27 Sept 2012 bertempat di Sk. Nyaris-Nyaris Bongawan. Khas untuk cikgu-cikgu dan para pelajar yang tercari-cari idea dan sumber ilham.
(TANPA CAPTION)

SEKOLAH MENENGAH