Saturday, July 6, 2013 | By: Luna Biru

Hari Guru Daerah Papar


Hari Guru Daerah Papar pun berjalan dengan jayanya, meski kerusi-kerusi di dewan sedikit lengang dari tahun-tahun-tahun sebelumnya....

Abang yang sepatutnya menikmati hasil kerjanya pun terkantoi atas katil disebabkan ketidakmampuannya menangani kepenatan dan mengantuk. Nasib baiklah aku pulang awal sedikit semalam jadi bolehlah aku mengatasi rasa penat yang menyeksakan ini. 

Sedikit kecewa dengan persembahan gimik pelancaran yang agak kaku dan statik. Jauh berbeza dengan hasilan yang pernah dibuat oleh team kami, nyatanya gimik tersebut sama sekali tidak mampu mencuri tumpuan. Rata-rata membilang kekecewaan. Ya...apalagi yang indah di hari guru selain koir dan gimik? Selebihnya hanyalah majlis penganugerahan yang sama sekali tiada berkait dengan istilah 'sambutan' itu sendiri. Sayang sekali tayangan multimedia bercorak drama yang pernah kami siarkan pada tahun 2011 tidak diberi kelulusan lagi. 

kelam kabut lagi! : Di hari Guru



Setelah berehat tahun lepas dari kesibukan di hari guru daerah, kali ini aku dipanggil semula. Tugas kami kali ni agak mudah dan ringan saja, iaitu menyediakan profail dan montaj untuk tokoh guru saja. Semua tugas sudah dibahagi dengan adil agar team multimedia ni tidaklah terlalu dibebani dengan tanggungjawab yang menggila-gila. 

Hari Sukan Sekolah Ade & Mizan


Gembira betul Ade dan Mizan sebab sekolah dorang akan anjurkan sukan sekolah sempena MSS Sk. Kuala. Dari malam lagi sudah bersiap menyediakan pakaian. Balik-balik dia tanya aku kalau-kalau aku sempat jenguk dia beraksi di padang. It seems that hari tu sangat penting bagi dia...

So aku pun sempat jugalah curi masa pergi lawat dorang ni di sekolah. Waktu aku sampai, encik perasmi tengah berucap. Tunggu punya tunggu, tak habis-habis juga ucapannya. Akhirnya, aku terpaksalah balik dengan tangan kosong sebab masa free aku sudah tamat.

Pelancaran Program Saya Seronok Datang ke Sekolah



back dated.

Aku lupa tarikh program ini.

Objektifnya adalah untuk membanteras gelaja ponteng hingga ke sifar.

Tak banyak info yang aku dapat kecuali aku berpakaian agak menjolok mata hari ini, di mata merekalah....



Science Story Telling on KASTEK


Entry ini adalah berkesinambungan daripada tajuk ini. 

Karnival  Sains Dan Teknologi Peringkat Negeri Sabah pun bermula selama tiga hari bermula dari 28 Jun - 30 Jun. 

Ini adalah penglibatan pertama aku. 

Setelah jenuh menyiapkan costume grand si burung kakak tua ini, kami pun melangkah masuk ke dewan pertandingan dengan segala harapan di dada. Deep in my heart, aku mengharapkan keajaiban berlaku agar Miza mampu menyudahkan tugasnya sebaik mungkin. Menurut pengalaman yang lepas, Miza jenis yang cepat kalut atas pentas. Lagipun, waktu latihan kelmarin, dia belum steady lagi...
Wednesday, July 3, 2013 | By: Luna Biru

Hari Bahagia untuk Umi

Event ini diadakan sudah lama sekali...somewhere di bulan May saat dunia bergabung menyambut hari ibu. Menolak pada keraguan tentang 'kehalalan' sambutan ini, aku berpegang pada sunnah yang mengatakan bahawa setiap pekerjaan anak Adam itu bergantung pada niat dan keikhlasannya.

Jadi niatku cuma satu; ingin membahagiakan hati Umi yang sudah lama terpinggir kerana kesibukanku. Rencananya sangat mudah, dan terlalu sederhana sebenarnya. Aku dan Along akan meraikan Umi di sebuah restoran ekslusif dan kemudiannya bawa Umi pergi shopping. Sangat sederhana, kan? Tanpa abah, tanpa adik-beradik yang lain. Hanya kami bertiga.

Sebenarnya aku agak ragu dan kaku dengan semua ini. Terus-terang, Umi adalah wanita yang sulit untuk gembira dan puas. Umi juga tidak mempunyai kemahiran untuk menyembunyikan kejengkelannya. Sikapnya inilah yang telah membuat aku menutup ruang untuk menikmati hari-hari sebegini. Tanpa sedar, aku sudah menutup pintu itu terlalu lama...sampai akhirnya rajuk itu bertukar menjadi keselesaan yang ampuh. 

Kunjungan dari Brunei

Saudara yang satu in ditemukan macam program Jejak Kasih oleh Laman Buku. 

Semenjak itu, talian yang telah lama terpisah itu terjahit rapat bagai sulaman benang emas di atas kain sutera. 

Entah bila dapat membalas kunjungan mereka yang telah tiga kali menziarahi kami di Sabah. 

Ada apa ya di negara Brunei?