Festival Filem Digital Pendidikan telah disempurnakan semalam. Abang berjaya sampai ke peringkat ini dengan ceritanya Aiman Boleh.
Sungguhpun aku gagal melayakkan diri ke mana-mana peringkat, tapi aku bersyukur sebab aku tidak termasuk dalam golongan yang telah kusebut dalam entry ini.
Apapun, sekali lagi, tahniah untuk abang
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
Ada sesuatu berlaku hari ini yang menggoyah minda bawah sedarku lalu menggoncangnya supaya membawa kesedaran itu ke permukaan yang benar-ben...
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
My best freind Aning@Ernie Mahmud yang comel dan gebu kulitnya, yang jelita dan selalu menawan hati dengan keletahnya yang lucu, kini sudah ...
-
Ketika entry ini kutulis, aku baru saja menyudahkan empat kali pusingan menonton drama JUVANA dari episod 1-3 melalui youtube. Anehnya, aku ...
-
Perasaan bersalah adalah hukuman paling besar buat si pesalah. Lebih teruk dari penjara, lebih derita dari mati. Perasaan bersalah mampu m...
-
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengedarkan 1,844 komputer netbook kepada pelajar-pelajar yang layak dari selur...
-
Inilah saat yang sukar; untukku letakkan rasa kecewaku pada seorang sahabat yang di mulutnya ada besi berkarat. Kecewa beratkah aku? ...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
Powered by Blogger.
Ratu manipulasi
Umi balik-balik pesan dari kecil kalau setiap perkataan yang keluar dair mulut kita, itu bukan kita punya lagi. Terserah orang dia nak jadikan apa. Kalau dia nak jadikan benda tu baik, maka baiklah dia. Kalau dia nak manipulasikan benda tu jadi benda buruk, maka celakalah hidup kita.
Itulah yang sering aku alami dan sedang aku alami sekarang.
Kalaulah masa boleh diputar semula, for sure aku akan lebih berhati-hati. Tapi jauh di sudut hati, aku betul-betul tak faham dengan sikap manusia yang suka memanipulasi keadaan. Hebat sangatkah menjadi center of attention hingga sanggup mengeksploitasi keadaan? Keghairahan untuk menjadi penglipulara telah menjadikan keadaan yang aman menjadi sialan. Akibatnya, dua manusia yang bersilaturrahim bertelagah sesama sendiri. Semuanya disebabkan oleh genre cerita yang diubah mengikut persepsi sendiri.
kalau aku boleh menyumpah, aku akan kata; I spit on your grave!
Sarkastik dunia pendidikan
Sistem Pendidikan di Malaysia tercatat sebagai sistem yang tercorot di dunia.
Well...aku rasa bukan saja sistem pendidikan, tapi juga the way kita mendidik anak bangsa kita sendiri. Jauh dari berdiri atas kaki sendiri, yang pastinya, anak bangsa kita dibiarkan menjadi manja. Lebih dari itu, kita tidak pernah sudi membiarkan anak didik kita berkarya tanpa dipimpin. Hakikatnya, istilah fasilatator tidak wujud sebab kita takut sangat anak kita terbuat silap dan diketawakan. Biarpun terpaksa menipu, kita sanggup. Asalkan manusia terkesan kagum dan anak didik kita dinilai hebat.
Sarkastiknya, kita juga dengan rela hatinya membiarkan anak didik kita mengaku hasil kerja orang lain sebagai hasil kerja sendiri. Si emak sanggup buatkan kerja rumah si anak; si students sanggup mengupah orang lain buatkan assignment dan kemudiannya berbangga-bangga dengan nilai gred tinggi yang diperolehi. Tidak hairanlah kalau Malaysia menjadi salah satu gedung cetak rompak terbesar di dunia. Sebabnya, dari kecil sudah diasuh untuk mencetak rompak kerja orang sebagai kerja sendiri.
Sarkastiknya, kita juga dengan rela hatinya membiarkan anak didik kita mengaku hasil kerja orang lain sebagai hasil kerja sendiri. Si emak sanggup buatkan kerja rumah si anak; si students sanggup mengupah orang lain buatkan assignment dan kemudiannya berbangga-bangga dengan nilai gred tinggi yang diperolehi. Tidak hairanlah kalau Malaysia menjadi salah satu gedung cetak rompak terbesar di dunia. Sebabnya, dari kecil sudah diasuh untuk mencetak rompak kerja orang sebagai kerja sendiri.
Racun dan penawar (cerpen)
Ada angin yang mendesir di hujung cuping
telingaku menjadikan bulu roma di tengkukku berdiri semuanya. Entah dari mana
angin itu datang kerana satu-satunya tingkap yang berada di bilikku ini sudah
pun kututup sejak petang tadi.
Aku duduk di birai katil di tengah kegelapan.
Kepalaku berdenyut laju. Angin yang datang entah dari mana itu menimbulkan rasa
dingin di sekujur tubuhku. Perutku mulai mual dan meronta-ronta minta
dikeluarkan segala isi yang ada di dalamnya.
Aku terus terpekur dan berusaha memujuk perutku
agar mahu bertahan. Kupejam mataku rapat-rapat hingga gelap pekat semuanya.
Sesaat kemudian, telingaku memainkan bunyi desing yang membuat aku merasa
terawang. Aku cuba menelan liur. Pahit. Cairan yang cuba kutahan itu terhenti
di tengah dadaku. Panas. Kurasa sebentar lagi dadaku akan terbakar.
Mungkin, sekaranglah masanya.
Masa untuk aku mati.
Refleksi diri
Then I can blame the whole world for the failure I get or for the mistake I made.
Tapi aku kena ingat bahawa satu jari telunjuk yang kutudingkan ke muka orang, sebenarnya ada empat jari lagi yang menuding ke mukaku sendiri.
Damn! Aku sepatutnya lebih melihat kesilapan dan kelemahan diri sebelum aku berani menyalak-nyalak macam anjing kelaparan.
Memang sialan jadi aku!
Hakikatnya, apapun yang terjadi, semuanya adalah bergantung pada diri kita sendiri. Kita tidak seharusnya membiarkan orang lain berkuasa kepada kita apalagi membiarkan mereka membuat keputusan untuk sesuatu yang penting dalam hidup kita. Pilihan di tangan kita sendiri. Kitalah yang berhak menentukan hitam putih kehidupan kita. Menjadikan orang lain alasan untuk gagal hanya akan menjerat diri dalam keterdukaan yang lebih jauh lagi. Manusia hanya mampu memberikan pendapat, mengacaukan pemikiran atau memberi gangguan emosi. Namun pada hujungnya, keputusan tetap berada di tangan kita sendiri.
Gelodak jiwa kacau
Ada rasa kesal yang menggigit-gigit tangkai jantung. Sudah ku usir nyah tapi tetap hinggap bagai lalat yang kepala batu. Ataukah aku yang sebenarnya berhati batu?
Selamanya aku percaya pada keadilan. Meski sering tersudut oleh takdir yang jarang menyebelahi perancangan, tapi aku tidak pernah gagal untuk terus merasa yakin. Namun sekali ini perancangan Tuhan kelihatan sangat menduga iman. Tawakkalku hilang entah ke mana dan imanku pun berterbangan bagai puin-puin buih yang bergemawang di atas angin. Bukan kupertikai hukum Tuhan tapi tolonglah beri aku sedikit penjelasan berupa hikmah atau secebis sisa senyuman sebagai memujuk jiwaku yang sudah dikacau syaitan.
Ya Tuhan. Ampunilah aku kalau hari ini kutanyakan padamu di manakah keadilan itu?
Manual membuat nescafe (Ilham Abe)
Mungkin sebab terlampau boring asyik kena minta buatkan nescafe oleh adiknya, Abe pun bertindak untuk menyediakan manual membuat nescafe untuk panduan si Acik.
Rasa macam mau tersembur ketawaku waktu aku jumpa manual ni di dapur tadi. Bagus idea ni sebenarnya. Mungkin juga sebab petang tadi aku asyik marah-marah dorang pasal sikap 'spoonfeeding' maka idea ini pun tercetus oleh si Abe. Jawapan si Abe untuk semua ini pun agak menarik. Katanya, 'Mama yang suruh jangan terlampau bagi orang ikan. Na...sekarang Abe ajarlah Acik memancing...'
Hmmm....nampaknya leteran aku tidaklah sia-sia selama ni, kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.