Thursday, July 5, 2012 | By: Luna Biru

Kesian si Ade...

Itulah orang tua bilang "Curiosity Killed the Cat". 

Rasa teringin sangat tau pasal kegunaan dan kepanasan api, akhirnya kaki Ade jadi mangsanya test powernya sendiri. Kesian Ade. Teruk betul lecur di tapak kakinya. Dua pengajaran yang perlu Ade pelajari ialah; satu, mesti pakai selipar, dan kedua, jangan main api terutama waktu orang tengah bakar sampah. 

Hari ni masuk kali kedua luka Ade didressing. Memang teruk lecurnya. Ngilu rasa jantung waktu mendengar dia menangis menjerit waktu proses dressing dijalankan. 

Gambar? Oh, maaf. Wayar USB ku hilang. Huhu...

Will be update soon

Tuesday, July 3, 2012 | By: Luna Biru

Perkongsian Butang 'share' : Pendapat aku

Semakin galak penyebaran dakwah berbentuk Islamiah di facebook. Sepatutnya ia satu perkara yang disyukurkan. Kalau dulu susah betul nak cari ilmu. Sekarang berlambak di internet dan boleh cari sesuka hati. Mereka yang mempunyai kemahiran boleh saja mengkreatifkan hadis-hadis untuk dijadikan JPG picture untuk memudahkan rakan-rakan share samada di fb mahupun di blog. 
Monday, July 2, 2012 | By: Luna Biru

...tanpa tajuk

Ia datang lagi.

Ulat itu. 

Apa maknanya?

Aku lebih suka kalau kukatakan bahawa semua itu adalah amaran dari Tuhan, bahawa aku sudah sangat jauh dariNya. 

Tapi kemudiannya aku sedar bahawa ia adalah penipuan yang murni. Hakikatnya, aku tahu, ia lebih dari sekadar itu. 

Oh, manusia. Maafkanlah aku kalau kusakiti hatimu sampai kau jadi begitu benci sekali padaku.  Jika benar aku berdosa padamu, maka janganlah kau juga turut menjerumuskan dirimu dalam dosa yang jauh lebih besar dan tak terampuni. Biarlah kita sama-sama memperbaiki diri. Semoga Allah segera mengutus malaikat ke jiwamu agar kau dapat memaafkan aku supaya kau segera lepas dari benci dan dendam yang hanya membawamu ke alam naif. 

Amin. 
Sunday, July 1, 2012 | By: Luna Biru

Panasnya dunia kita


Cuaca panas dan pengap melanda daerah Papar. Waktu pagi, matahari rakus menyinar seolah-olah ia tahu bahawa waktu petang nanti ia tidak dibenarkan lagi untuk berpesta di situ. Pagi kini sudah tidak sama macam pagi yang dulu-dulu. Mentari yang rakus seakan menguras seluruh kekuatan untuk akhirnya menjadi sangat lelah di waktu petang. 

Burungku belum bersedia untuk terbang

credit to : http://online-cerdas.blogspot.com/2012/03/bagaimana-anak-burung-memanggil.html
Esok sudah masuk bulan Julai.

Bermakna lagi kurang 3 bulan peperiksaan UPSR akan tiba menjenguk murid-muridku, dan anakku, Anis. 

Sampai setakat bulan Jun lepas, murid tahun 6 ku yang seramai 33 orang itu masih berada di bawah pengawasan yang betul-betul awas. Belum ada satupun yang bersayap kuat untuk kuterbangkan sendiri ke langit luas. Mereka adalah sekawanan anak burung yang setiap hari perlu kubawakan seekor cacing untuk kusuakan ke dalam mulut. Pancing yang aku beri pun dorang tak gunakan dengan betul. Kalau berpancing pun, perlu ku bawa juga segenggam umpan. 

Sebuah prasa kecil


"Ada manusia yang hidup, tapi layak mati.
Ada manusia yang mati, tapi layak hidup.
Kita selalu tertanya, kenapa? 
Kita tak tahu sebab itu semua bukan ketentuan kita. 
Untuk itu, jangan mudah menghukum atau menilai seseorang dengan hanya pandangan kasar. 
Kenali dulu dan fahami dia, nescaya kau akan dapati banyak rahsia-rahsia dunia yang tidak kau ketahui yang dapat kau pelajari dengan hanya mengenali dia". 

Petikan dialog dari filem LOTR, Gallaf. (Saat Frodo menilai Gollum)

Adakah ia bermakna apa-apa padamu?


,Keinsafan

Aku percaya pada keinsafan.

Keinsafan itu anugerah Allah. Dia boleh memberikan HidayahNya kepada sesiapa saja yang diinginkanNya. Dan ya, asal saja khalifah itu benar-benar jujur mahu berubah dan ikhlas untuk berasa insaf. 

Tapi ada kalanya kita kena akui bahawa ada manusia yang tak benar-benar insaf. Atau sebenarnya dia insaf tapi keinsafan itu tak kekal mana. Kadang-kadang, bila manusia itu tersepit antara musibah lalu diasak dengan beberapa faktor pendorong untuk insaf, maka Nur itu pun hadir dalam dirinya. Tapi sayang Nur itu pula tidak dizikir dengan baik maka dengan sekejap maka lenyaplah ia dari Qulbi hingga syaitan mula merajai kembali kursinya. 

Kita tidak dibenarkan untuk menilai manusia. Apalagi menjatuhkan hukum sedang sebaik-baik wali dan hakim itu adalah Dia, yang Maha Perkasa. Tapi Dia yang pengasih itu juga mengurniakan kita akal untuk berfikir dan hati untuk merasa sama ada keinsafan itu benar-benar ada atau ada, tapi tiada. 

Wallahuaklam. 

Hanya Engkaulah yang lebih mengetahui.