Tuesday, November 15, 2011 | By: Luna Biru

HAri Perisian Sumber Terbuka & Majlis Augerah Johan Negeri Pertandingan OpenOffice.org. 2011 peringkat Kebangsaan


Fuh...akhirnya berjaya juga aku upload kan gambar-gambar ni setelah berhempas-pulas selama 5 hari...Entah apa kenanya dengan line internet yang tak berapa bagus sejak akhir-akhir ni. Well...MAXIS....biasalah...

Baiklah.

Ini adalah hari yang paling kami tunggu-tunggu selama ni, iaitu hari kami dinobatkan menjadi Johan Negeri Sabah bagi Pertandingan OpenOffice.org 2011 Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh KPM dan MAMPU. Tapi nampaknya pemergian kami kali ini tidaklah seindah seperti kali pertama datang ke sini dulu. Kalau hari tu, kami datang lengkap satu kumpulan, bersama abang menjadi body guard. Tapi hari ini, cuma aku dan Anis yang datang ke sini. Sebabnya? JPN tak ada bajet mau support untuk semua ahli kumpulan, kecuali untuk guru penasihat. 
Saturday, November 5, 2011 | By: Luna Biru

Celebrating Aizat's Birthday

Petang tadi kami g celebrate birthday si Aiezat, anak buah aku yang paling cute, skema dan sangat beretika orangnya di First Beach, Tanjung Aru,KK.

Hajat hati mau jalan-jalan lagi ke Perdana Park lepas acara makan-makan dan mandi-manda di pantai. Tapi tetiba saja hujan lebat berserta angin ribut melanda dengan kuatnya. Sebenarnya bukan pun tiba-tiba sebab memang dari awal pagi lagi langit sudah mendung betul. Cuma tak sangka pula awan yang berat tu terus tumpahkan airnya secara drastik tanpa bagi klu hujan renyai-renyai dulu. Waktu balik lagi kantoi habis bila jalan raya jammed gila dengan langit yang sudah gelap gulita walaupun baru pukul 5p.m. Lebih sejam baru sampai rumah. Waktu tengok bumbung rumah barulah sedar makna rumahku syurgaku. Lega betul...

Maybe celebration Aizat tak seperti impiannya. Aku pun memang tiada mood mau beraksi meriah bila memikirkan esok hari raya haji. Oh, malam ni pasti kalut isi rumah dengan aksi kelam-kabut umi yang bingung memikirkan persiapan raya besok. And, as usual, aku jugalah yang makan hati.

Selamat hari ulang tahun Aiezat...

Selamat hari raya Aidil Adha untuk semua...

Teka ni siapa? 
Friday, November 4, 2011 | By: Luna Biru

Pertandingan Nasyid Peringkat Sekolah Sempena Aidil Adha anjuran Panitia PAI & J-Qaf

Tahniah kepada Panitia PAI dan J-Qaf di atas penganjuran Pertandingan Nasyid peringkat sekolah yang begitu meriah. Aku rasa cara ini amat berkesan dalam penyebaran dakwah di kalangan murid sekolah. Apa yang menariknya, kerjasama dari guru-guru telah menjadikan acara ini sebagai satu acara yang paling berprestij tahun ini. 

Tahniah juga kepada Johan tahap 1 iaitu kelas 1 Intelek dan Johan tahap 2 pula kelas 6 Intelek. They deserve it!


Kelas 3 Cemerlang yang macam baca sajak. hehe

Donatian vs Sponsor

Penerimaan Anugerah Johan Negeri sempena Pertandingan OPenOffice.org 2011 akan diadakan pada 10 November 2011 di Auditorium Kompleks E, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, KL. Kami akan berangkat ke KL pada 9 Nov nanti dan dijangka pulang pada 11 Nov 2011.

Masalahnya, satu sponsor pun belum masuk lagi. Melilau sudah aku mencari sponsor sampai ngeluh ketis kaki merata cari siapa-siapa yang sudi sponsor perbelanjaan perjalanan kami. Kalau sorang atau satu organisasi kasi RM100 pun kira jadik juga. Kumpul2 kalau 10 orang, boleh juga cecah RM1000. Tapi ni sepuluh hengget pun belum ada masuk, asyik duit aku juga yang keluar. Tadi baru saja beli manik Sabah untuk dipakai pada acara tersebut, genap RM100.

Gini ke jadi cikgu? Tak kisah kalau tengah kaya-raya. Tapi ni tengah kayap, kantoi juga aku dibuatnya. Macamanalah aku nak setelkan benda ni. Ada sesiapa sudi donate RM100 sorang tak?

Mesej untuk kawan aku

Ada kawan inbox tanya kenapa lama tak dengar khabar. 

Aku tak balas sebab tak tahu mau bagitau apa. Soalnya, semua perkhabaran aku, aku dah report dalam blog aku ni. Mungkin kawan aku tu bakal2 kecik hati sebab aku tak balas mesej dia. Tapi aku memang tak tau mau cakap apa. Kalau aku bagitau juga, samalah macam aku ulang2 cerita macam dalam blog aku ni. Mungkin dia tak baca blog aku. Atau mungkin juga dia mau tau cerita yang lebih personal sebab bukan semua juga perkara aku report di sini. Oh, kalau sudah memang aku tak catat di sini maknanya personal sangatlah tu dan tak mungkin aku akan share ngan sesiapa dengan mudahnya. Atau dia saja2 tanya sebab dah rindu mau chat ngan aku. Entah yang mana satu. 

Aku harap kawan aku baca ni dan faham kenapa aku tak balas mesej dia. 

Maaf ya kawan. 
Wednesday, November 2, 2011 | By: Luna Biru

Susulan Rindu? Maaf, aku tidak.

Ini adalah susulan dari kisah Rindu? Maaf, aku tidak.

Seperti yang aku rancang, maka aku sudah membalas si pengirim mesej rindu itu dengan kemarahan yang beradab mithali. Apa maksudnya dengan kemarahan yang beradab mithali? Maksudnya ialah, aku marah tanpa memaki dan melimitkan ayat-ayat yang berbentuk marah. Aku gantikan dengan kata-kata yang mungkin nampak cantik kalau dibaca tapi tentu saja bisa membuat si pengirim mesej itu terasa disindir.

Prejudisme

Bosan aku dengan manusia prejudis. Menghukum manusia hanya dengan separa dengar lalu menghujam dengan sepenuh lidah tanpa memikirkan soal kewajaran.

Kasihan Anisku. Puteri tunggalku satu-satunya....