Tuesday, July 31, 2012 | By: Luna Biru

Shopping oh shopping II


Dua hari berturut bawa bebudak bershopping. So, hari Minggu, giliran umi dan abah pula. Best...tapi satu pun pix aku tak ambil. Sayang...

Then, kelmarin, misi pencarian mencari baju raya diteruskan lagi. Kali ini untuk aku dan abang. So, this is just about the two of us...

By the end, aku masih belum berjumpa dengan apa yang dicari....something silver, menepati tema pilihan abang. Baju yang ada terlalu cantik, penuh manik dan tone warna yang melampau-lampau. Karang tak tahu mana tabir mana aku...Oh, agaknya inilah perasaan Anis waktu mencari baju kurungnya...

"I want something simple but adorable. Look grunge but still in manner. Something me..." (Anis)

Jari-jari sebuah keluarga

Keluarga itu macam jari-jari tangan. Setiap satunya saling memerlukan. Setiap satunya punya peran. Tak kira sekecil mana. Tak kira di kedudukan apa. 

Luka satu jari, maka rosaklah rutin kehidupan. Mungkin kita tak sedar betapa pentingnya peranan setiap satu, hinggalah salah satu dari jari kita terluka. 

Begitupun setiap ahli dalam keluarga. 
Monday, July 30, 2012 | By: Luna Biru

Shopping oh shopping

Dua hari berturut membawa anak-anak bershopping. Tak boleh bawa semua sekali. Kena bahagi dua...3X3. Itupun kecoh juga mulut...

Trip pertama bawa Anis, Abe & Mizan shopping di Wisma. Sampai ke pulang tak jumpa baju kurung untuk Anis. Dia ni memang cerewet sikit. Tak mahu cari baju kurung yang cantik dan bersulam-sulam sebab tak rock. Dia mahu cari baju kurung dari jenis kain cotton yang simple dan nampak grunge. Ade ke baju kurung macam tu? 

Trip kedua bawa Arin, Acik dan Ade. Kali ni bawa ke Suria. Tak susah cari baju lelaki. Tapi susah juga akhirnya bila aku baru perasan yang Arin dan Acik ni macam aku juga, tak boleh silap pilih baju. Kalau silap saja, kompom jadi hodoh. Seolah-olah kecantikan kami ni bergantung pada baju. Tak kisahlah baju tu mahal ke murah, yang penting, ngam di badan. Malangnya Acik mesti kena baju mahal baru nampak lawa sikit. Kopak duit beli baju jenama Soda Kids...

Arin pula masih dalam krisis memilih identiti samada mahu nampak regge, GQ ataupun Nuts. Oh...ada siapa-siapa boleh temankan aku jadi pakar perunding imej untuk remaja?

Janji ditepati, ini masa balas budi

Aku tak mau komen keras-keras pasal logo merdeka 2012 ni sebabnya semua blogger sudah mewakilkannya untuk aku. Hehe...

Namun, secara peribadinya, logo yang lebih berbentuk seperti poster ini memang amat mengasihankan. Kalau dibincang dari segi teori seni pun memang sudah sememangnya keluar dari prinsip logo. Tapi mungkin sebab pencipta logo ni tak ada ijazah seni ataupun tak ambil langsug subjek seni waktu form 5, maka dia pun tak faham apa-apa pasal teori seni. Tapi, kalau pun si pencipta logo ni tiada langsung ilmu pasal seni, takkanlah manusia yang meluluskan logo ni pun sama juga tak berilmu macam dia,kan? 
Monday, July 23, 2012 | By: Luna Biru

Perjuangan di Ramadhan

Cuaca yang panas menyengat di hari ketiga di bulan Ramadhan. Bukan merungut. Tapi benar. Cuaca yang panas ini benar-benar menguras seluruh tenaga zahir dan batin. Kagum dengan murid-murid yang masih steady lagi siap boleh main kejar-kejar. Bila ditanya puasa ke tidak, jawab dorang puasa. Aku mahu naik tangga ke tingkat dua pun sudah macam hidrasi kronik. Oh, terimalah hakikat bahawa diri sudah tua dan uzur. 

Aku ingat hari terakhir di Syabaan, hujan turun mencurah-curah. Agaknya itulah petanda hari penuh perjuangan bakal tiba. Yalah juga. Kalau hujan turun di bulan Ramadhan, macamana peniaga bazaar nak cari rezeki, kan? Ramadhan adalah bulan ibadah untuk setengah manusia. Manakala setengahnya lagi adalah bulan mencari rezeki. Teringat lagi mi kari dan laksa berserta bubur ayam dan bubur kacang yang diberikan oleh sepupuku semalam, hasil jualannya yang tidak habis di bazaar. Kasihan peniaga. Aku pernah lalui musim sedih begitu dan aku faham apa rasanya pilu. 

Marhaban ya Ramadhan. Kalau Rasulullah berperang suhud di bulan ini menentang penjahil demi syahid, alangkah lemahnya iman kami yang sudah lelah menentang malas dan kantuk hanya kerana sebuah panas yang terik. 

Petang ni masak apa lagi ya? 
Saturday, July 21, 2012 | By: Luna Biru

Hari pertama di bulan Ramadhan

Saat entry ini kutaip, rumah sunyi dan lengang sebab semua umatnya pergi menunaikan ibadah berterawih di masjid As-Sobirin, Takis. 

Syukurlah...4 anak sudah berjaya melaksanakan ibadah puasa pada hari pertama di tahun 2012. Dua orang sudah pegang pahala sendiri. Manakala yang dua lagi tu aku yang punya...ngeh...seronok jadi ibu. 


Tahun ni aku berazam mahu bersungkai sesimple yang mungkin dan tak mahu paksa diri lagi untuk buat grand2 macam tahun-tahun sudah. Petang tadi masak spagethi, burger ayam dan ayam kuzi sebagai menu utama. Manakala puding strawbery dan air bandung pula sebagai pembuka selera. Err...kira simple ka itu? 

Filem 8 Jam


Terus-terang aku katakan filem ini memang sangat aku tunggu sejak tahun lalu. 

Lakonan mantap Shaheizy telah mengembalikan aura Shaheizy seperti waktu dia masih aktif dalam drama tv dulu-dulu. Itulah Shaheizy yang mula-mula aku kenal dan tahu. Bukan Shaheizy yang berlakon watak yang membengangkan otak macam Aku Ada, Kau ada? atau pun Bini-biniku gangster. 

Filem ni sepatutnya boleh menjadi lebih mantap kalau skrip dan jalan cerita diadun dengan lebih teliti. Kronologi cerita sudah cukup menarik. Teknik imbasan yang digunakan mampu membuat kita terus betah bertahan dengan segala macam persoalan. Aksi pergaduhan juga tidak mengecewakan. Penulis punya kecenderungan untuk teknik sebab dan akibat. Tapi sayang, sebab kepada akibat itu tidak ditulis dengan begitu teliti hinggakan kita mulai merasai ketidaklogikan yang mengakibatkan kepada pergaduhan-pergaduhan yang hebat itu. 
Friday, July 20, 2012 | By: Luna Biru

BFF vs Best Friend

Ini adalah entry personal rentetan entry sebelum ini. 

Persoalan pagi tadi tiba-tiba menjadikan aku berfikir sendiri. Kemudiannya, aku mulai menyedari sesuatu bahawa aku sememangnya tidak mempunyai girlfriend yang hidup bersama-sama denganku di alam nyata. Maksudnya di sini, girlfriend yang sama-sama outing tiap hujung bulan untuk pergi facial atau shopping atau girlfriend yang sentiasa menungguku di sekolah dengan hati yang berbunga. Ini termasuklah yang sentiasa menanyakan kenapa aku tidak hadir atau sekadar menanya samada aku sihat atau tidak. 

Kalaulah teacher punya kuasa....(entry khas untuk murid-muridku)


Pagi tadi sewaktu dalam kelas tahun 5, terjadi satu peristiwa yang membuatkan aku jadi berleter panjang. 

Ianya bermula bila aku membahagikan kumpulan untuk membuat projek khas sempena tema The World of Stories. Pelajar lelaki memang tiada masalah kalau bergabung dengan mana-mana kumpulan. Lain halnya dengan pelajar perempuan. Mereka lazimnya enggan memberikan kerjasama dengan ahli kumpulan yang bukan dari kalangan BFF mereka sendiri. 

Maka marahku pun bermula. Tapi jangan silap ya. Bukan marah yang berapi-api tapi marah yang ala-ala penceramah kaunseling untuk terapi self-esteem. Intipati isi ceramahku menjurus kepada konsep BFF yang diamalkan yang sudah agak lari dari istilah sebenar rakan karib. 
Thursday, July 19, 2012 | By: Luna Biru

Ramadhan ya Ramadhan


Setelah puas bergelut dengan seksa gastrik beberapa hari yang lepas, dan sejak pula kelmarin penyakit tu macam tiba-tiba hilang, maka aku rasa Allah sudah membuka ruang untuk aku menyambut Ramdhan kali ini dengan redha dan mubarak. Amin. 
Wednesday, July 18, 2012 | By: Luna Biru

Gastrik vs Super Bangang

Bagi aku, orang yang diserang gastrik adalah orang yang paling bangang sekali dalam dunia. Pertamanya sebab  penyakit ini adalah konsekuensi daripada kesilapan sendiri yang tidak pandai menjaga masa makan dengan baik. Keduanya sebab memang pandai-pandai mau atur diet sendiri tanpa nasihat pakar. Ketiganya sebab workoholic sangat sampai tidak ingat untuk makan. Seterusnya, sebab tak tahu berpantang atau mau pilih makanan jenis apa yang boleh menimbulkan kambuh penyakit.  Yang terakhir, no coment kalau ia berkaitan pasal terlampau miskin sampai tiada duit mau beli makanan (yang ni kes waktu study di kolej dulu). 
Saturday, July 14, 2012 | By: Luna Biru

Filem-filem


Cantik sentuhan Pierre dalam filem ni. Sungguhpun sesekali terganggu dengan ekspresi wajah si Mia yang on off penghayatannya, tapi aku kira filem ini punya satu kelainan dari filem-filem cinta klise. Macam satu kesinambungan dari salah satu uraian dalam filem Sepi. Filem ini menebus rasa menyampahku pada filem Chantek. Pierre mampu menyuntik rasa romantik dan nilai kasih sayang yang terombak sendiri tanpa perlu dipaksa-paksa. 

Aku suka kesimpulan yang diikat di akhir cerita;
"Allah tidak semestinya memberikan apa yang kita mahu. Tapi Dia pasti akan memberikan apa yang kita perlu,"

Tuesday, July 10, 2012 | By: Luna Biru

Program 1M 1S 1 Malaysia Sk.Surati 2012


Program tahunan 1M 1S 1M tahun ini dilancarkan pada tarikh 10 Julai 2012. Aktiviti tahun ni ialah senamtari yang diadakan serentak seluruh negara. Tahun lepas program yang sama berlangsung buat kali pertama pada 1 Julai 2011 dengan mengadakan larian serentak 1M. Waktu tu, acara terbuka kepada seluruh warga Malaysia di mana ibubapa/penjaga dan individu terlibat secara langsung. Tapi nampaknya tahun ini program ini lebih tertumpu kepada murid sahaja. 
Monday, July 9, 2012 | By: Luna Biru

Tahu lebih baik



Sudah buat pemeriksaan darah dan urine di Pathlab?

Kalau belum, baiklah pergi buat. Ianya penting untuk mengesan penyakit lebih awal. Bila dah tahu, senang buat tindakan susulan. Kalau ternyata tiada penyakit, Alhamdulillah.

Atau, bersedialah untuk menerima kejutan yang anda sama sekali tidak jangkakan.

Apapun, tiada penyakit yang tidak boleh diubati selain mati dan tua. Insya Allah, setiap penyakit ada penawarnya.

I'm with you. 
Friday, July 6, 2012 | By: Luna Biru

Anjakan yang tak teranjak


Kadang, ada satu sisi dalam diri kita yang susah mahu berubah. Apalagi kalau sisi itu sudah sebati betul dengan diri sendiri, tertanam dan dibaja sejak kecil hingga ia sudah jadi sebahagian dari diri kita. Sama ada kita sememangnya tidak sedar, atau sedar tapi belum mahu berubah, atau juga sebab belum merasa perlu untuk berubah sebab tidak merasa berkepentingan dalam hidup. 

Manusia itu tiada yang sempurna. Sebanyak manapun kegigihan untuk berubah, tetap saja ada antara sifat buruk kita yang terselit antara sisi tulang rusuk yang bersembunyi hingga kita selalu lupa akan kewujudannya. Seperti saki-baki nasi yang kita makan setiap hari, kita tidak mungkin dapat memastikan bahawa semuanya masuk ke perut kita. Tetap saja masih ada yang tertinggal, baik di celah jari mahupun di celah gigi. Begitupun sikap. Kita tidak boleh menghakis semuanya sekaligus apalagi kalau sifat itu sudah bersatu bagai urat di dalam daging. Syukur pada Tuhan kerana sentiasa memberi peluang pada hambaNya untuk memperbaiki diri meski harus bertatih merayap. 
Thursday, July 5, 2012 | By: Luna Biru

Kesian si Ade...

Itulah orang tua bilang "Curiosity Killed the Cat". 

Rasa teringin sangat tau pasal kegunaan dan kepanasan api, akhirnya kaki Ade jadi mangsanya test powernya sendiri. Kesian Ade. Teruk betul lecur di tapak kakinya. Dua pengajaran yang perlu Ade pelajari ialah; satu, mesti pakai selipar, dan kedua, jangan main api terutama waktu orang tengah bakar sampah. 

Hari ni masuk kali kedua luka Ade didressing. Memang teruk lecurnya. Ngilu rasa jantung waktu mendengar dia menangis menjerit waktu proses dressing dijalankan. 

Gambar? Oh, maaf. Wayar USB ku hilang. Huhu...

Will be update soon

Tuesday, July 3, 2012 | By: Luna Biru

Perkongsian Butang 'share' : Pendapat aku

Semakin galak penyebaran dakwah berbentuk Islamiah di facebook. Sepatutnya ia satu perkara yang disyukurkan. Kalau dulu susah betul nak cari ilmu. Sekarang berlambak di internet dan boleh cari sesuka hati. Mereka yang mempunyai kemahiran boleh saja mengkreatifkan hadis-hadis untuk dijadikan JPG picture untuk memudahkan rakan-rakan share samada di fb mahupun di blog. 
Monday, July 2, 2012 | By: Luna Biru

...tanpa tajuk

Ia datang lagi.

Ulat itu. 

Apa maknanya?

Aku lebih suka kalau kukatakan bahawa semua itu adalah amaran dari Tuhan, bahawa aku sudah sangat jauh dariNya. 

Tapi kemudiannya aku sedar bahawa ia adalah penipuan yang murni. Hakikatnya, aku tahu, ia lebih dari sekadar itu. 

Oh, manusia. Maafkanlah aku kalau kusakiti hatimu sampai kau jadi begitu benci sekali padaku.  Jika benar aku berdosa padamu, maka janganlah kau juga turut menjerumuskan dirimu dalam dosa yang jauh lebih besar dan tak terampuni. Biarlah kita sama-sama memperbaiki diri. Semoga Allah segera mengutus malaikat ke jiwamu agar kau dapat memaafkan aku supaya kau segera lepas dari benci dan dendam yang hanya membawamu ke alam naif. 

Amin. 
Sunday, July 1, 2012 | By: Luna Biru

Panasnya dunia kita


Cuaca panas dan pengap melanda daerah Papar. Waktu pagi, matahari rakus menyinar seolah-olah ia tahu bahawa waktu petang nanti ia tidak dibenarkan lagi untuk berpesta di situ. Pagi kini sudah tidak sama macam pagi yang dulu-dulu. Mentari yang rakus seakan menguras seluruh kekuatan untuk akhirnya menjadi sangat lelah di waktu petang. 

Burungku belum bersedia untuk terbang

credit to : http://online-cerdas.blogspot.com/2012/03/bagaimana-anak-burung-memanggil.html
Esok sudah masuk bulan Julai.

Bermakna lagi kurang 3 bulan peperiksaan UPSR akan tiba menjenguk murid-muridku, dan anakku, Anis. 

Sampai setakat bulan Jun lepas, murid tahun 6 ku yang seramai 33 orang itu masih berada di bawah pengawasan yang betul-betul awas. Belum ada satupun yang bersayap kuat untuk kuterbangkan sendiri ke langit luas. Mereka adalah sekawanan anak burung yang setiap hari perlu kubawakan seekor cacing untuk kusuakan ke dalam mulut. Pancing yang aku beri pun dorang tak gunakan dengan betul. Kalau berpancing pun, perlu ku bawa juga segenggam umpan. 

Sebuah prasa kecil


"Ada manusia yang hidup, tapi layak mati.
Ada manusia yang mati, tapi layak hidup.
Kita selalu tertanya, kenapa? 
Kita tak tahu sebab itu semua bukan ketentuan kita. 
Untuk itu, jangan mudah menghukum atau menilai seseorang dengan hanya pandangan kasar. 
Kenali dulu dan fahami dia, nescaya kau akan dapati banyak rahsia-rahsia dunia yang tidak kau ketahui yang dapat kau pelajari dengan hanya mengenali dia". 

Petikan dialog dari filem LOTR, Gallaf. (Saat Frodo menilai Gollum)

Adakah ia bermakna apa-apa padamu?


,Keinsafan

Aku percaya pada keinsafan.

Keinsafan itu anugerah Allah. Dia boleh memberikan HidayahNya kepada sesiapa saja yang diinginkanNya. Dan ya, asal saja khalifah itu benar-benar jujur mahu berubah dan ikhlas untuk berasa insaf. 

Tapi ada kalanya kita kena akui bahawa ada manusia yang tak benar-benar insaf. Atau sebenarnya dia insaf tapi keinsafan itu tak kekal mana. Kadang-kadang, bila manusia itu tersepit antara musibah lalu diasak dengan beberapa faktor pendorong untuk insaf, maka Nur itu pun hadir dalam dirinya. Tapi sayang Nur itu pula tidak dizikir dengan baik maka dengan sekejap maka lenyaplah ia dari Qulbi hingga syaitan mula merajai kembali kursinya. 

Kita tidak dibenarkan untuk menilai manusia. Apalagi menjatuhkan hukum sedang sebaik-baik wali dan hakim itu adalah Dia, yang Maha Perkasa. Tapi Dia yang pengasih itu juga mengurniakan kita akal untuk berfikir dan hati untuk merasa sama ada keinsafan itu benar-benar ada atau ada, tapi tiada. 

Wallahuaklam. 

Hanya Engkaulah yang lebih mengetahui.