Sunday, May 15, 2011 | By: Luna Biru

Sumandak Sabahan


Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. 


Sumandak @ Tondu adalah bahasa Kadazan dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" kalo dalam bahasa shortform urang kami panggil mandak saja. Gadis dusun yang dimasksudkan di sini termasuklah suku KadazanDusun. Masyarakat KadazanDusun ni kebanyakannya menganut agama Kristian. Tapi ada juga sebahagian yang sudah memeluk agama Islam. 


Saturday, May 14, 2011 | By: Luna Biru

Bego

Namanya Bego. Eh, bukan nama betul tentu saja. Itu cuma nama panggilan yang diberikan oleh ayahnya sejak kecil. Bego bermaksud bodoh. Entah dalam bahasa apa. Tapi begitulah kira-kira ertinya. Aku juga tidak tahu kenapa dia dipanggil sebegitu kerana bagiku Bego adalah teman yang pintar. Di sekolah, dia juara kelas selama dua tahun berturut-turut. Kalau pun dia jatuh, hanya di tempat kedua. Itu pun baru sekali. Bego juga merupakan juara acara padang. Dia boleh berlari dengan laju dan mengalahkan lawan yang lebih tua dan berbadan besar darinya. Orangnya tinggi dan lurus dengan kulit hitam manis. Rambutnya cuma satu sentimeter dari kulit kepala dan kadang-kadang malah botak terus.

Amir Maharajalawak...



Syukurlah akhirnya tersingkir jua Amir si calon Maharaja Lawak.

Eh, bolehkah bersyukur dengan kesedihan orang lain?

Bukanlah maksudnya begitu. Cuma, namanya pun pertandingan,kan? Jadi, biarlah adil timbangannya..

Yalah, kalau nak dibandingkan dengan shortlist perserta Maharaja Lawak tu, rasanya memang sudah sampai masanya Amir mengundurkan diri. Lepas ni, boleh tolong keluarkan Man dan Balas pulak tak? Biar tinggal pakar komedi berentap merangkul mahkota seorang Maharaja. Barulah sengit dan hebat saingannya.

Jangan jadi macam AF9 tu...

Nera AF9 : Suatu perhiasan



Tercenung panjang aku saat nama Kay diumumkan sebagai mangsa sebuah pengadilan yang tidak pernah mahu matang.

Kasihan Kay.

Kenapa bukan Nera? Si genit yang manis dan berkulit putih gebu itu? Sumandak seorang ini tidak lebih hanya seperti perhiasan di pentas AF. Tanpanya, sunyilah AF dari siulan nakal mengiring liuk lentok kerling manjanya.

Senjakala....


Senjakala....
               Senjakala?
                              Senjakala.

Apa yang dapat kuperkatakan?
Ah...It's AHMAD IDHAM.
Dia yang sudah membuatku kecewa dengan Damping Malamnya.

Aku lupa.

Aku terlalu teruja ingin menonton si kacak penuh berseni Zahiril Adzim.

Apa yang dapat kuperkatakan?
Kukira filem ini terlalu buta rasa. Tawar dan tidak mampu menyengat nafsu untuk terus pekun di dada layar. Ini bukan persoalan samada ia seram atau tidak. Tapi ini adalah satu persoalan tentang  kekuataan penceritaan yang gagal dipersembahankan dengan berkesan. Pengarah gagal membawa penonton merasai jiwa filem itu sendiri. Saat-saat penting dilepaskan begitu saja tanpa satu genggaman yang mampu membuatkan penonton terus terpaku.

Pantai Manis....lagi dan lagi!

Kujenguk lagi Pantai Manis hari ini bersama 9 orang bebudak kecik yang tak pernah mahu dewasa. Haha...entah kenapa indah benar rasanya hari ini. Luar biasa indahnya. Seperti ada sesuatu sudah terlepas di laut sana. Segalanya sempurna. Laut yang tenang. Langit yang biru. Matahari yang jingga. Bulan juga ada. Sempurna sekali. Aku mahu kecap nikmat ini lagi.
Friday, May 13, 2011 | By: Luna Biru

Sakastik


Saat kupost entry-entry sakastik mengenai 'persahabatan', aku menemukan gambar ini. Sebuah trauma menyusul menyentap sadarku.

Seorang sahabat* pernah memberikan gambar ini untukku dulu. Dia berkeras mengatakan aku seorang penipu, meski tak ku tahu dari sudut apa kutipu dia. Tapi yah...wajarlah dia berkata begitu. Kerana semuanya tiba-tiba punya saksi dan wali. Dia cuma mansuia biasa. Dia berhak memilih apa yang dia mahu percaya. Kalau aku di posisi dia, aku pun mungkin akan menjadi dia.