We all have a different definition and consideration about tolerant.
Dan aku tak boleh langsung nak bertoleransi dengan manusia yang pelidut.
Tau apa itu lidut?
Menurut kamus dialek tempatan Sabah, lidut membawa maksud sikap yang terlalu lambat dalam membuat pekerjaan, suka melengah-lengahkan waktu dan lalai dengan masa. Siput Babi adalah sinonim bagi si pelidut untuk menggambarkan sikap mereka. Aku tak tahu apa makna kata ni dalam bahasa Malaysia. Tak jumpa di kamus dewan.
Bagi aku, manusia pelidut ni sangat mementingkan diri, tidak tahu menghargai masa apatah lagi perasaan orang lain. Dorang macam hidup dalam dunia dorang sendiri. Tak takut dengan date line dan tak pula merasa bersalah kerana dah banyak buang masa orang lain yang menunggu.
Pengalaman hidup bersama manusias ('s' for plural) pelidut benar-benar mencabar makna toleransi dalam diri aku. Aku tak kata aku ni well management punya orang. Tapi at least kita ada limit keterlambatan yang perlu kita respect. Lebih2 lagi bila kita sedang berurusan dengan masa yang dimiliki oleh orang lain.