Tuesday, October 4, 2011 | By: Luna Biru

Family Trip : Tagal Kg.Luanti


Hari Minggu, lepas saja check out di Lohan Rest House, kami bergerak menuju ke Kg.Luanti,Ranau. Kg.Luanti terkenal dengan dua pusat tarikan pelancong. Satu, ladang Sabah teh dan kedua, inilah dia....

Terapi ikan Kelah@Pelian!

Family Trip : Poring Hotspring

Yah...inilah aktiviti yang paling ditunggu oleh budak-budak ni, iaitu acara berendam-rendam di Hotspring,Ranau. Sebenarnya, dorang ni tidaklah teruja sangat dengan kewujudan kolam air panas ni. Dorang lebih excited dengan kolam renang yang ada roller coaster di sebelah kolam air panas. Na...cakap banyak pun nda guna. Tengoklah gambar ni. 
Oya, tiket untuk masuk ke kawasan ni ialah RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Bawah 6 tahun boleh masuk free. 

Aizat membuat slide terbalik

Family Trip : Kundasang War Memorial



 Destinasi seterusnya, kami melawat War Memorial Garden yang terletak berdepan dengan Nabalu Lodge, di Pekan Kundasang. Kalau mau tau lebih banyak sejarah tentang tempat ni, bolehlah google di sini. Sebenarnya, ini kali kedua aku ke tempat ni. Dan rasanya, aku masih suka dengan suasana dan keaslian sejarah yang masih tinggal di sini. Aku suka dengan keindahan garden yang dijaga rapi membuat aku rasa roh-roh yang ada di sini pasti akan lebih aman, jadi dorang tak kan kacau orang. Hehe...tapi rupanya, lepas tu baru aku tau rupanya tempat ni cuma dijadikan kubu British sebagai ibu pejabat. Tak ada satu kubur pun di sini. Kalau mau lawat kubur dorang, boleh pergi ke War Memorial Park.

Family Trip : Lohan Rest House


Akhirnya, kami pun sampailah juga ke Lohan Rest House, Ranau. Fuh...lega weh...Dapat juga merehatkan badan sekejap sebelum ke aktiviti seterusnya. Abang pula sudah mula diserang migrain. Aku pun rasa macam loya tekak tapi bila tengok budak-budak ni happy semacam, aku cuba juga untuk bertahan. 

Family Trip : Dairy Farm (New Zealand Sabah)



Berfikir mau naik ka tidak....?
Destinasi seterusnya, kami mempertaruhkan kemampuan kereta kami untuk memanjat bukit yang agak tinggi ke Dairy Farm, Kundasang. Tempat ni juga dikenali sebagai New Zealand Sabah. Kalau mau tengok penternakan lembu susu,bolehlah melawat tempat ni yang terletak di Mesilau, Kundasang. Memang agak jauh ke pedalaman. Kalau jalan ke depan sikit, boleh jumpa Padang Golf dan Dream World Resort yang bertaraf 3 bintang. Tapi kami tak beranilah mau ke sana sebab takut kereta tak mampu mau daki ke kawasan yang lebih tinggi. 

Family Trip : Nabalu Lodge,Kundasang

Selepas saja dari Pekan Nabalu, kami pun singgah makan di Pekan Kundasang. Along bawa makan di Nabalu Lodge, yang terletak betul-betul di tepi jalan. Restoran ni nama saja Nabalu Lodge tapi sebenarnya terletak di Pekan Kundasang, berpuluh km dari Pekan Nabalu. 

Memang sedap makanan yang disediakan oleh pihak restoran Nabalu Lodge. Selain sedap, ia juga sangat variety. Cuma harga saja agak mahal. Kalau mau singgah sini beramai-ramai, kena sediakan wang lebih. Nabalu Lodge juga menyediakan lodge dan chalet untuk penginapan. Rate satu malam sekitar RM250. 

Cheese Cake RM11.80? Lebih mahal dari Secret Recipe oooo.....

Family Trip : Pekan Nabalu

Jadi juga rupanya family trip kami ke Ranau. Inilah kali pertama mengadakan rombongan lawatan Cik Kiah beramai-ramai. Seronok betul rasanya bila jalan ramai-ramai macam ni. 

Ini adalah destinasi pertama kami dalam perjalanan ke Ranau, iaitu Pekan Nabalu. Pekan ni kecil saja tapi merupakan tempat shopping barangan Sabah. Harganya jauh lebih  murah daripada Pasar Pelipin di KK tu. Tapii hati-hati sikit, kena survey berul-betul sebelum beli. 

Abe bergambar bersana nanas terbesar yang pernah dilihatnya.