Thursday, May 26, 2011 | By: Luna Biru

Peranakan jatuh : Punca dan Cara rawatan




Ni aku nak share entry penting khusus untuk kaum ibu, terutamanya yang dah beranak pinak macam aku ni. Sedar tak sedar, kita sering mengalami masalah jatuh peranakan atau peranakan terturun. Mungkin cara hidup yang kita amalkan seharian menjadikan masalah ini sering melanda kita. Aku sendiri selalu mengalami masalah ni. Biasanya aku pergi berurut di bidan kampung saja. Tapi semenjak dua menjak ni, bidan kampung pun bukan main susah lagi dicari. Hal seperti ini jangan dipandang remeh sebab kesannya akan menjadi sangat fatal di kemudian hari. Banyak cara untuk mengubat sebenarnya. Tapi apa yang penting ialah mencegah agar perkara begini tidak berlaku. Buat setakat ni, aku amalakan produk Bidadari dari keluaran DCL dan minum air kencur buatan asli dan tradisional.

Jadi, kepada kaum ibu di luar sana, jangan abaikan kesihatan anda ya. Jom share info yang aku dapat dari http://anggunbistari.blogspot.com/2007/01/rahim-jatuh-atau-prolapse-rahim.html.

Rawatan Tradisional di Tirani Beauty and Body Care

Kepada yang berada di kawasan Papar dan yang sewaktu dengannya, jom singgah sebentar di TIRANI BEAUTY AND BODY CARE. Bertempat di Melingsung Summer Bay, Tingkat 1, Shoplot, Melinsung, Papar, kedai ini menyediakan perkhidmatan khusus untuk rawatan kecantikan dan kesihatan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah :
Rawatan Tradisional, rawatan resdung, ear candle, sauna, facial and shaping dan refleksologi. Harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan dan boleh disesuaikan dengan bajet kita.

KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SK.SURATI KALI KE-6 2011

Selesai saja peperiksaan semester satu minggu lepas, sekolah kami mengadakan KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SK.SURATI KALI KE-6 2011. Best betul temasya sukan kali ni. Memang meriah gilak! Tapi aku tak dapatlah nak aktif sangat sebab tak brapa sihat. Lagipun, tahun ni rumah Kuning Satria Perkasa aku tu tak menyerlah langsung macam tahun lepas. Huhu...
Thursday, May 19, 2011 | By: Luna Biru

Jerawat...Cegah dari dalam!

Kedudukan jerawat dan info

DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup
dan minum air banyak

HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin
bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan
sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh
dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan
dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu
mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang
bermasalah.

PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang
sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin
tersingkir dengan lebih baik.

Berhati-hati melawat orang meninggal


Kisah ni aku dapat di FB. Saja kongsi untuk pengajaran kita bersama.

Sharing is Sexy!

Ni aku dapat dari email. Ada orang email aku, aku rasa aku patut share. Nak forwardkan email tu balik, tak larat ramai sangat. So, bacalah ni. Sama-sama kita ingat-mengingatkan.


Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.

Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.

Zahiril Adzim: the invigilator


Zahiril Adzim: the invigilator:
Aku kongsikan amanat pelakon yang berjiwa halus dan penuh seni ni untuk tatapan kita semua. Ia adalah sebuah filem cereka pendek yang penuh makna. Rugi kalau korang tak klik. Klik ya!




Short Synopsis:



An idealistic trainee teacher decides to quit teaching after an embarrassing argument in class. Her experienced and unconventional counterpart attempts to convince her otherwise.



Ingatlah aku...

Besok,
kalau sempat kau jejak tanah Rasulullah,
sampaikan salamku,
bersaksilah di depannya
bahawa di sini,
masih ada aku
aku yang telah kau sakiti
dengan busa dusta dan fitnah.

Besok,
saat Malaikal Maut menjemputmu,
ingatlah aku juga bakal menyusulmu.
Kiranya aku yang pergi dulu,
ingatlah,
bahawa di sana ada aku
yang setia menanti hadirmu.

Besok,
tika mentari sejengkal di kepala,
tika syurga dan neraka hanya sedepa,
Ingatlah,
bahawa di situ ada aku,
yang masih menunggu penjelasanmu,
yang masih menuntut hutang fitnahmu.
Mohon jangan kau masuk dulu ke mana-mana pintu
sebelum kau perdengarkan aku
pengakuan bohongmu.

Hari ini,
waktu kau sujud mencium sejadah lima kali,
atau saat kau menadah ke hadrat Ilahi,
Ingatlah,
bahawa di sini ada aku 
yang sujud di bumi yang sama
yang menyembah Tuhan yang sama.
Tuhan yang telah kau bawa bersaksi
atas sebuah dusta yang kau telah kau zalimi.

Ingatlah aku,
saat kau bangun bahkan kau tidur
kerana aku tak pernah melupakanmu.