Friday, May 6, 2011 | By: Luna Biru

Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah (Hari Kedua-Memerhati Burung))

Awal pagi lagi kami sudah bertolak untuk aktiviti memerhati burung di yang aktif berkicau di awal dini. Selepas saja aktiviti ketatanegaraan, kami bergerak merentasi sungai Malangang menaiki jambatan gantung untuk aktiviti ini. Jambatan gantung ni merupakan alat perhubungan utama penduduk di sini. Inilah kali pertama aku naik jambatan gantung selain kanopi yang ada di Ranau tu. Best ooo...

Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah (Hari Kedua-Denai si Buta)

Aktiviti Denai si Buta ni merupakan kesinambungan kepada acara Sahabat Pokok yang diadakan sebelum ini. Aktiviti rasanya lebih mencabar lagi sebab setiap peserta dikehendaki menutup mata dan berjalan dalam kumpulan dengan memegang bahu. Susah jugalah nak kawal bebudak yang asyik terjerit-jerit ketakutan. Dalam aktiviti ni, peserta di bawa ke dalam hutan di sekitar kampung Malangang dan diarahkan untuk merentasi beberapa halangan yang disediakan.
Cakap banyak pun tak guna. Jom layan gambar yang aku share dari Liza. Thanks Liza.

Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah (Hari ketiga-Malam Hijau)

Malam ni merupakan aktivti Malam Hijau ataupun nama glemernya Malam Kebudayaan. Sebaik saja pulang dari lawatan petang tadi, kami diberikan tugasan untuk melatih peserta untuk aktiviti ni. Tema malam ni ialah puisi drama a.k.a pantomin. Aku ditempatkan di bawah jurulatih Tuan Richard untuk melatih kumpulan Monyet. Kami cuma ada lebih kurang dua jam saja untuk membuat persiapan. Kelam-kabut juga dibuatnya. Lebih-lebih lagi malam ni aku bercadang nak menghadiri Majlis Persaraan PK aku, Cikgu Salleh Tami di WindBell, Tanjung Aru.

Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah (Hari Pertama)

Akhirnya tiba juga kami di Kem Pusatko Malangang,Kiulu,Tamparuli untuk menghadiri Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah dengan selamatnya. Perkhemahan ni diadakan selama 4 hari 3 malam. Setiap sekolah dikehendaki membawa empat orang murid, iaitu dua lelaki dan dua perempuan.Namun malangnya, salah seorang peserta perempuan aku kena jangkitan paru-paru di saat-saat akhir. Jadi terpaksalah aku sumbatkan anak manja aku si Abe untuk cukupkan syarat walaupun dia bukan perempuan. Jadi, peserta yang ikut ialah Anis, Abe, Rex dan Syuib. 

Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah (Hari Penutupan)

Akhirnya, tibalah kami ke hari terakhir Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2011. Cepatnya masa berlalu. Kami berkumpul di dewan seawal jam 8.00 pagi untuk reharsel majlis penutupan dan perasmian. Beberapa orang peserta yang hebat telah dipilih untuk menjadi komandan, emcee dan pembaca doa. Memang berbakat budak-budak ni. 


Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah (Hari Ketiga-Lawatan)

Aktiviti hari ni merupakan acara yang paling ditunggu oleh budak-budak ni iaitu lawatan ke Taman Hidupan Liar Zoo Lokkawi dan shopping di City Mall. Kami diberikan tugasan untuk mengiringi setiap kumpulan. Aku dapat kumpulan Ular. Kami berangkat seawal jam 7.30 pagi ke destinasi pertama iaitu ke zoo. Jauh juga perjalanan dari Kiulu ke Lokkawi sampai semua kami tertidur dalam bas (kecuali pemandulah ye...hihi). Kami sampai ke destinasi sekitar jam 8.30 pagi. Selepas taklimat pendek dari pengurus zoo, iaitu Encik Ahmad Tajudin, kami pun memulakan eksplorasi ke dalam taman. Kami diberi masa sehingga jam 11.00pagi  saja sebelum menikmati persembahan haiwan yang merupakan acara wajib diadakan setiap hari.

Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah (Hari Kedua-Flying Fox)

Hari ni merupakan hari kedua perkhemahan ni diadakan. Aktiviti hari ni terbahagi kepada dua bahagian; pertama Kerubung Terbang (Flying Fox) dan kedua, Sayangi Sungai. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menjayakan aktiviti hari ini. Aku confirmlah ikut kumpulan anak aku. Mana dorang pergi, ke situlah aku ikut. Huhu...