Monday, June 30, 2014 | By: Luna Biru

tanpa tajuk

Ramadhan sudah menjengul buat hari kedua, saat entry ini kutaip.

Tak ada perubahan mutlak dan aku pun tidak mengharapkannya. Semuanya sama saja seperti tahun-tahun lalu. Dan aku pun sudah lelah nak meluahkan perasaan aku. Aku kena terima hakikat bahawa itulah hidup yang aku akan hadapi sepanjang musim Ramadhan berlangsung. Hidup ini tak pernah sunyi dengan dugaan. Maka, ini adalah bahagian kepada dugaanku. Inilah perangku, inilah jihadku. Perang dan jihadmu, kau fikirlah sendiri.

Cuma, yang aku harapkan hanya satu :

Kalau tak tahu mengurangkan beban, jangan pula menambahkan sakit kepala. Enyahlah jauh-jauh. Janganlah mendekat sampai masa sungkai tiba. 

It's done


It's done. 

In one hour, it's done. 





Thanks to Rindianna for helping me more than I ever imagine!

APC-ku

Akhirnya ada juga GB yang sanggup nak bagi aku APC. Terima kasih banyak-banyak wahai GBku...walaupun kita sering bertelagah pendapat dan saling suka berdebat-debat tapi aku tak sangka kalau dia masih menilai aku dari sudut mata seorang penilai rasional. 

Sekurang-kurangnya dia berani nak pertahankan aku dan tak ceroboh merampas apa yang dah jadi hak orang lain macam GB sebelum ni. 

Buat kali-3

Saat menatap surat pemberitahuan bahawa aku adalah penerima APC bagi sesi 2013, aku termangu tanpa rasa. Tak ada suprise. Tak ada keterujaan. Malang sungguh PK 1 aku yang begitu antusias memberitahuku perkara ini dengan harapan aku akan melonjak penuh syukur.

Ini adalah surat pemberitahuan buat kali ke-3 yang aku terima. 

Aku ulang. 

Ini adalah surat pemberitahuan buat kali ke-3 yang aku terima. 
Maksudnya, bukan kali-3 aku menerima anugerah ini. Dua sebelumnya aku hanya menerima surat pemberitahuan. GB sekadar memaklumkan dan tidak berniat pula memanjangkannya. Jadi untuk kali ke-3 ini, aku hanya menanti sampai masa itu tiba untuk mempercayainya.

Musykil? 

Tak apalah. Bukan apa-apa. Semua sudah berlalu membawa gemilang dan nilai persahabatan. 

So, 26 Jun 2014, temujanji di Beringis Resort...aku tunggu. 


Thursday, June 19, 2014 | By: Luna Biru

why

Why you get me wrong?

Why you turned me into a bad person?

Why manipulating the words?

Come on, babe!
Wednesday, June 18, 2014 | By: Luna Biru

Sanah Helwah, Abe Haiqal

13 tahun selepas kelahirannya di dunia aku...anak harapan dunia akhirat aku ni ternyata sengaja buat aku lupa dengan sakit tounsilnya.

Abe punya sejarahnya sendiri. Sejarah yang terlalu pedih untuk aku ingat. Aku sayang dia lebih dari aku sayang nyawa aku. Melihat jauh ke dalam matanya yang gelap dan likat itu, aku tahu...dialah yang akan menjaga keluarga ini suatu hari nanti. 

Abe tak kenal putus asa dalam menjaga kami. Betul, dia nakal bukan main. Tapi dia manusia yang kaya dengan tanggungjawab. Dia melaksanakan amanah yang tergalas di bahunya dengan sepenuh jiwa raganya. Jauh dari sikap mementingkan kerja yang ada pada Arin, dan sikap acuh tak acuh pada tanggungjawab yang ada pada Anis, Abe muncul sebagai ikon yang boleh aku harapkan. Dia tidak pernah putus asa menjadi pemandu meski kredibilitnya ditolak oleh sang abang yang kononnya kepala keluarga dan merasa tidak layak untuk ditegur. 

Fobia

Kau harus faham bahawa kita bukanlah berada di medan perang dalam mencari siapa betul, siapa salah, siapa menang, siapa kalah, siapa pandai, siapa bodoh, siapa yang terbaik dan siapa yang terbalik. 

Kau dan aku bukanlah musuh dan aku tak perlu melayanmu seperti banduan dan kau tak perlu juga menghakimiku seperti pesalah. 

Kalau kau masih ingat, empayar yang sedang kita duduki hari ini adalah apa yang telah kita bina bersama. Kita mulakannya dengan membina sebuah istana pasir di tepi pantai. Beribu kali istana kita roboh dihujam ombak. Kita saling menyalahkan hinggalah akhirnya kita sama-sama menemukan cara terbaik untuk menyelamatkan istana itu.