Setiap pasangan itu selalu punya aspirasi berbeza. Punya ideologi yang jauh bertentang, juga cara pendekatan dalam menangani sesuatu permasalahan. Selalunya, keduanya akan saling mempertahankan bahawa ideologinya lebih mapan, lebih terkesan rasional dan jauh lebih waras berbanding pasangannya. Bagi aku, kompromi penting di sini. Selain itu, menjangka kemungkinan juga sangat penting. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Maka kerana itu setiap manusia itu berbeza caranya menghadapi sesuatu situasi kerana dia seharusnya lebih tahu ukuran baju yang dipakainya sendiri.
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
Ada sesuatu berlaku hari ini yang menggoyah minda bawah sedarku lalu menggoncangnya supaya membawa kesedaran itu ke permukaan yang benar-ben...
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
My best freind Aning@Ernie Mahmud yang comel dan gebu kulitnya, yang jelita dan selalu menawan hati dengan keletahnya yang lucu, kini sudah ...
-
Ketika entry ini kutulis, aku baru saja menyudahkan empat kali pusingan menonton drama JUVANA dari episod 1-3 melalui youtube. Anehnya, aku ...
-
Perasaan bersalah adalah hukuman paling besar buat si pesalah. Lebih teruk dari penjara, lebih derita dari mati. Perasaan bersalah mampu m...
-
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengedarkan 1,844 komputer netbook kepada pelajar-pelajar yang layak dari selur...
-
Inilah saat yang sukar; untukku letakkan rasa kecewaku pada seorang sahabat yang di mulutnya ada besi berkarat. Kecewa beratkah aku? ...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
Powered by Blogger.
Sukar
Abang pernah mengatakan bahawa menjadi lelaki itu sukar.
Dan aku mengatakan bahawa menjadi perempuan itu jauh lebih sukar.
Setelah kedewasaan menapak di usia kami, aku sedar, bahawa persoalan siapa yang jauh lebih sukar bukanlah persoalan utama. Hakikatnya, menjadi orang tua kepada enam anak adalah sebuah kesukaran yang mutlak.
Hari ini abang telah mengorbankan sesuatu yang sangat disayanginya, dan yang didapatinya dengan segala susah-payah demi mereka yang bergelar anak. Aku melihat hatinya sengsara dengan bebat tanggungan yang selalu berusaha dipuaskannya. Kami pula cuba untuk tidak terlalu memikirkannya dengan menyangkalkan segala kegusaran. Ketenangannya hapus dan dia cuba meminjam kebahagiaan dari tawa anak-anak yang naif dan tak pernah mengerti. Aku tak habis menuduh diriku punca pada semua ketenaran ini. Aku menyesali kegagalanku yang gagal menjadi juru arah yang bijaksana hinggakan si juru kemudi kesasar tidak menentu. Apa yang dapat kulakukan untuk menebus semua kesilapan ini?
Ya Tuhan,
Sesungguhnya Kau maha tahu, maha sempurna, maha bijaksana, maha perancang, maha pengasih lagi maha penyayang. Jadikanlah aku seorang isteri yang menjadi penyejuk damai hati suami tatkala jiwanya gelisah ditimpa ujianMu.
Amin.
Amin.
sarkastik melankolia
Tak bolehkah sekali dalam hidup mak sediakan makanan abah tanpa rasa marah walau apapun alasannya dan tanpa menghiraukan apapun benda yang bakal mencetuskan rasa marah?
Tak bolehkah sekali dalam hidup mak, dia hidangkan makanan atas meja dan panggil bah dengan kasih sayang seperti yang abah lakukan, walaupun abah tau masakan abah tak sesedap mana?
Tapi bak kata abah, tak kira sebanyak mana aku memberi, jesteru yang kudapat itu-itu juga...
Mak tetap selalu cari alasan untuk marah dan jadikan semua benda sebagai alasan untuk marah. Mak tak sedar agaknya, hal2 makan ni sensitif sifatnya. Makanan juga adalah satu hadiah terbesar yang seorang pasangab boleh bagi pada pasangannya setelah semua hadiah tak mampu diberi kerana ketidakmampuan dari segi materi. Menyiapkan makanan adalah suatu cara untuk mengekspresi cinta. Tak perlu nak bawa ke restoran mahal2, setakat masak nasi goreng dan telur mata pun, kalau dimasak dan dihidang dengan cinta, akan terasa sedapnya.
Tapi mak tak pernah sedar.
Tak bolehkah sekali dalam hidup mak, dia hidangkan makanan atas meja dan panggil bah dengan kasih sayang seperti yang abah lakukan, walaupun abah tau masakan abah tak sesedap mana?
Tapi bak kata abah, tak kira sebanyak mana aku memberi, jesteru yang kudapat itu-itu juga...
Mak tetap selalu cari alasan untuk marah dan jadikan semua benda sebagai alasan untuk marah. Mak tak sedar agaknya, hal2 makan ni sensitif sifatnya. Makanan juga adalah satu hadiah terbesar yang seorang pasangab boleh bagi pada pasangannya setelah semua hadiah tak mampu diberi kerana ketidakmampuan dari segi materi. Menyiapkan makanan adalah suatu cara untuk mengekspresi cinta. Tak perlu nak bawa ke restoran mahal2, setakat masak nasi goreng dan telur mata pun, kalau dimasak dan dihidang dengan cinta, akan terasa sedapnya.
Tapi mak tak pernah sedar.
sirna
Aku punya sekecil-kecil harapan. Tak banyak sebenarnya,
dan tidak besar. Betapa aku ingin harapan itu tersempurnakan, walaupun cuma sekali seumur hidupku.
Sudah belasan tahun aku menyimpan harapan itu . Beginilah barangkali perasaan kawan halimunanku yang mengharapkan ucapan ulang tahun untuknya saban tahun. Dan ketika segala yang diharapkan itu tiada, kita jaid sebal, kesal, sedih, kecewa dan marah.
Tapi mungkin aku harus melupakan harapan itu mulai sekarang. Kebetulan yang berlaku pagi tadi sudah cukup membuktikan bahawa harapan yang kusimpan itu sia-sia adanya. Ia tidak seharusnya tumbuh dalam hatiku. Aku malah tidak layak bermimpi untuk memilikinya sama sekali. Siapalah aku untuk mengharapkan itu semua....
Kebetulan
Kebetulan itu memang selalu terjadi. Anehnya ia sentiasa berlaku dalam tempoh yang sangat lama, berulang-ulang sampai berbelas tahun.
Contohnya, kebetulan sekali kalau aku lambat bangun, umi juga tak buat sarapan. Tapi kalau aku awal bangun dan siapkan pelbagai jenis sarapan, umi pasti juga sudah tercongok di dapur jauh lebih awal dariku. Kebetulan lagi kalau aku tak siapkan sarapan, cuaca di rumah akan mendung sekali. Anehnya, bila meja penuh dengan juadah, cuaca mendung tu tak pernah pula terjadi.
Jadi ini namanya kebetulan.
Aku kena terima kebetulan ini dengan dada lapang dan positif sekali.
Amin.
Janjiku
Aku melihat kerinduan dalam matanya. Juga kekhuatiran dan ketakutan. Aku tahu hatinya getir. Melihatnya gembira buat aku akur pada kesialan diriku. Aku telah merosakkan segala keindahan hidupnya. Aku telah merampas satu-satunya harta yang paling dijaganya selama ini. Aku telah memutuskan ikatan yang begitu dibanggainya. Betapa aku ingin memulangkan semua itu kembali padanya...
Kenapalah aku tidak mampu jadi seperti mereka yang lain? Selalu saja keberadaanku jadi beban dan saingan. Kehadiran tidak mampu diterima dan keberadaanku tidak mampu disyukuri. Mereka begitu menikmati perasaan untuk membenci aku. Hanya mereka yang kuat cintanya saja yang sanggup bertahan di sisiku. Dan malangnya, manusia seperti itu jumlahnya sangat sedikit. Sebelah jariku pun tak habis membilang. Lebih malang lagi kalau jumlah yang sedikit itu pula harus menerima risiko untuk kehilangan segalanya hanya kerana mempertahan aku!
Membuatnya kehilangan segalanya adalah hutang terbesar aku padanya. Tidak ada satu harta pun di dunia yang mampu kugunakan untuk membayar dan menebus hutang-piutang itu. Aku hanya mampu menawarkan khidmat baktiku, ketaatan, kesetiaanku dan seluruh cintaku.
Selamat Ulang Tahun, Ibu
Darinya, lahirnya seorang lelaki yang menjadi imamku.
Aku menghormatinya, menyayanginya sama seperti aku mencintai keluarga yang sedarah denganku. Maka kerana itu, pergolakan sentiasa berlaku. Bukankah keluarga sememangnya begitu? Kita berselisih pendapat dengan ibu kita sendiri lebih seratus kali dalam sebulan. Tapi bila kemarahan hilang, kita mencantumkan kasih itu kembali, sebaik saat ia bermula...dan kalau besok, kasih itu kita koyak kembali, kita tahu bahawa ia akan bercantum lagi, seperti teratai-teratai di dalam kolam.
Selamat Ulang Tahun, Ibu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.