Suatu masa dulu aku ada tegur kawan aku ni supaya tak terlebih update di laman sosialnya pasal perasaannya.
Mungkin diam-diam dia tersinggung dengan teguran aku walaupun waktu depan-depan aku dia buat selamba.
Kenapa aku tahu dia tersinggung? Sebab sejak hari tu, updatenya mula macam budak baru belajar adab sopan. Lepas tu, bila dia nak update, mesti ada kata-kata 'excuse' yang buat kening aku jadi berkerut.
Adaih....bukan itulah maksud aku, kawanku....
Kenapalah susah sangat nak fahamkan kau?
Ah, lantak kaulah....
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
Ada sesuatu berlaku hari ini yang menggoyah minda bawah sedarku lalu menggoncangnya supaya membawa kesedaran itu ke permukaan yang benar-ben...
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
My best freind Aning@Ernie Mahmud yang comel dan gebu kulitnya, yang jelita dan selalu menawan hati dengan keletahnya yang lucu, kini sudah ...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Ketika entry ini kutulis, aku baru saja menyudahkan empat kali pusingan menonton drama JUVANA dari episod 1-3 melalui youtube. Anehnya, aku ...
-
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengedarkan 1,844 komputer netbook kepada pelajar-pelajar yang layak dari selur...
-
Perasaan bersalah adalah hukuman paling besar buat si pesalah. Lebih teruk dari penjara, lebih derita dari mati. Perasaan bersalah mampu m...
-
Inilah saat yang sukar; untukku letakkan rasa kecewaku pada seorang sahabat yang di mulutnya ada besi berkarat. Kecewa beratkah aku? ...
Powered by Blogger.
Akukah yang buta konsep? (The Action Song story glory)
![]() |
Pertandingan Action Song Peringkat Daerah Papar sudah pun berlangsung pada 17 April yang lalu. Tahun ni aku gagal meraih sebarang anugerah.
Kecewa?
Tidaklah sangat. Cuma sedikit hairan dengan sistem pengadilan yang buat aku rasa aku ni buta konsep. Lebih menyendatkan jiwa bila dalam kertas pengadilan, nombor kami di tempat ke tiga diubah ke nombor yang lain.
Well...hal yang sama berlaku lagi macam tahun lepas.
Kisah Murid aku
Dulu Zakwan.
Sekarang Hafizam pula.
Tahun lepas, bapa Zakwan sampai ugut nak bunuh aku bila anak kesayangannya tak pulang rumah sampai jam 9 malam selepas perlawanan futsal tamat jam 1.00 tengahari.
Tahun ni, mummy si Hafizam pula buat aduan ke sekolah. Katanya, budak sorang ni pulang ke rumah jam 6.00 petang berjalan kaki dari Papar ke Pengalat Kecil selepas latihan bola baling diadakan. Malangnya, latihan yang dikatakannya tu tak wujud langsung pun. Dei...MSSD Bola Baling dah habis sejak bulan March pun makcik woi....sekarang orang tengah bersiap berlatih nak ke negeri.
Haih....Tak habis-habis kisah murid yang mempergunakan aku untuk kepentingan sendiri.
teruntuk kamu
Aku tak dapat.
Betul aku tak dapat nak berlakon meski pun aku memang seorang pelakon. Bakat lakonan aku habis buntu begitu terpandang muka kau, atau sekadar ingat tentang kau.
Aku memang sudah tak boleh nak saja-saja buat tak tahu yang sebenarnya tiada apa-apa berlaku antara kita.
Aku tak boleh. Aku minta maaf sangat-sangat.
Bukan aku tak cuba. Tapi memang aku tak dapat. Sudah puas aku rayu Allah untuk kembalikan rasa hormat aku dan sayang aku pada kau.
Tapi betul, memang tak dapat. Hati aku mendadak mati bila fikirkan pasal kau.
Katalah apa saja.
Katalah aku ni hati hitam atau kepala batu atau hati syaitan atau jiwa berkarat penuh dosa atau pendendam tegar. Katalah apa saja. Labellah sesuka hatimu.
Tiada satupun dari label-label itu yang mampu mengubah perasaan aku.
Titik.
Betul aku tak dapat nak berlakon meski pun aku memang seorang pelakon. Bakat lakonan aku habis buntu begitu terpandang muka kau, atau sekadar ingat tentang kau.
Aku memang sudah tak boleh nak saja-saja buat tak tahu yang sebenarnya tiada apa-apa berlaku antara kita.
Aku tak boleh. Aku minta maaf sangat-sangat.
Bukan aku tak cuba. Tapi memang aku tak dapat. Sudah puas aku rayu Allah untuk kembalikan rasa hormat aku dan sayang aku pada kau.
Tapi betul, memang tak dapat. Hati aku mendadak mati bila fikirkan pasal kau.
Katalah apa saja.
Katalah aku ni hati hitam atau kepala batu atau hati syaitan atau jiwa berkarat penuh dosa atau pendendam tegar. Katalah apa saja. Labellah sesuka hatimu.
Tiada satupun dari label-label itu yang mampu mengubah perasaan aku.
Titik.
Puas
Aku tak bangga untuk jadi manusia kurang ajar.
Aku juga bukan jenis manusia yang akan bagi amaran pada orang lain supaya berhati-hati dengan aku.
Lebih dari itu, aku adalah manusia yang sangat malu nak biarkan orang lain tahu yang aku sakit hati.
Tapi untuk pertama kalinya aku bangga menjadi kontras pada semua prinsip yang aku pegang selama ni...
Tanpa diselubungi oleh rasa bersalah macam selalu, aku macam nak tergelak-gelak besar bila memikirkan betapa aku sudah berjaya jadi manusia yang paling kurang ajar.
Bila kelucahan menjadi senjata PRU13
Sedikit keliru menghadapi PRU13 ini bilamana kelucahan menjadi senjata ampuh untuk saling menumpaskan lawan.
Keghairahan parti-parti yang tampil dengan semangat nasionalis dan cuba membakar ideologi patriotisme dengan cara sebegini sememangnya sangat menjijikkan. Sudah tentu kita yang hanya melihat tidak tahu menahu mengenai kesahihan duduk benar perkara ini. Namun sedemikian waktu kita terus didesak untuk percaya hingga setiap satu kita mulai berbantah-bantah tentang siapa yang lebih mulia. Lalu kita pun bertindak menjadi hakim dan pakar gencat.
Sambutan Ulang Tahun Berjemaah
![]() |
| Mizan & Ade |
Sejak awal tahun sampailah ke bulan April, sudah 4 orang ahli jemaah rumah ni sambut hari lahir yang tak pernah sempat dirai. Bermula dengan Mizan pada bulan Januari, aku dan Anies di bulan March dan kemudian Ade pada bulan ini.
Kesibukan masa dan kekurangan dana menjadi halangan utama.
Waktu Anies di UK, aku janji akan buat sambutan birthday beramai-ramai dan sekaligus buat kenduri kesyukuran bila dia pulang nanti.
Alhamdulillah....hajat itu tercapai hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.

