Wednesday, October 31, 2012 | By: Luna Biru

Anis & Kain biru muda

Sedari kelmarin sibuk mengurus kemasukan Anis ke tingkatan 1. 

Oh, seorang lagi anak naik sekolah menengah. Mesti pelik rasanya tahun depan aku tak nampak bayang Anis lagi di Sk.Surati. Tiada lagi tempat aku nak curi-curi mengadu tepi pintu macam selalu. For sure Anis juga akan rindu beli aiskrim di Petronas habis jam sekolah macam yang hari-hari kami buat. Apa yang pastinya, tempat duduk Anis di kereta akan digantikan pula dengan Ade yang akan masuk tadika tahun depan. 

Aku pasti akan rindukan masa-masa indah yang kami lalui bersama di sekolah yang penuh kenangan ini. Esok, kami akan ke pendaftaran tingkatan 1 di SMK Takis. Bah, Anis. Kain warna biru tua kena tukar ke warna muda sudah. Kasut warna putih akan ditukar ke warna hitam. Lencana Surati akan ditukar ke lencana Takis. Kain hijau muda sekolah agama pula tak akan dipakai lagi. Hmm...besar sudah anak mama ni kan?  If you said; mama, someday I'll make you proud; my answer is, I am always proud of you, my princess...(uppss....tak boleh lebih-lebih nanti Anis terharu dan minta di'backdated'kan tarikh lahirnya dalam surat beranak)

Selamat menempuh dunia pra baru esok, my princess....


p/s : Anis sudah lebih tinggi dari aku.


Sunday, October 28, 2012 | By: Luna Biru

Pertemuan dengan pemilik Borneo Chocolatier

Berita penuh di sini
Namanya Jcyanty Jamaludin. Orangnya manis dan sangat ramah. Dia membahasakan dirinya Dayang. Anak kelahiran Sarawak ini sebenarnya adalah pemilik Borneo Chocolatier yang sudah bertapak di Miri, Sarawak.   

Petemuan dengannya adalah satu rahmat. Dayang tidak sahaja manis dalam tutur katanya, tapi juga sangat tidak kedekut berkongsi ilmu. Melaluinya aku belajar lebih dari sekadar dunia coklat. Seperti sebuah kotak coklat yang tertutup dan indah, Dayang bagiku juga sangat bermisteri. Diamnya berisi. Senyumnya yang tak pernah lekang dari bibir membuat kita merasa betah menjadi sahabatnya. Dia adalah lambang wanita berani dan tabah. Dia begitu berani keluar dari kotak tradisional kek lapis untuk mencipta sebuah ambisi baru dalam bidang coklat yang kiranya mempunyai peminat minimal di tempatnya. 

Kontra pelengkap

Pagi tadi saat terjaga, satu lintasan baru muncul bagai ilham diberi Tuhan sebagai jawapan pada resahku. 

Lalu sebuah kesedaran pun menyentap jiwa. 

Mungkin, 

Tuhan sengaja mewujudkan dia dalam hidup aku untuk memberikan kontra dalam warna hidupku. Tanpa dia, hidupku pasti akan aman-aman saja. Hidup yang aman menjadikan kita selalu lupa untuk menangis dan mengadu pada Tuhan. Lalu di sinilah peranannya. Melalui kesakitan yang diberikannya padaku, maka aku pun menginsafi diri dan lebih mendekatkan diri pada Tuhanku. 

Kalau itu hikmahnya, maka aku terima dengan redha. 

Soalnya, apakah pula perananku dalam hidupnya? Adakah aku juga wujud sebagai pelengkap warna yang menjadikannya lebih mendekati Tuhan? Kalau tidak, maka barangkali aku sudah tersilap menafsir hikmah. 

Wallahuaklam. 

p/s : entry ini ditaip dengan iringan lagu Another You, Cromox.
Saturday, October 27, 2012 | By: Luna Biru

Hidup adalah tentang prinsip

Hidup adalah tentang prinsip. Itu kata abah. 

Prinsip itu pula katanya, adalah berdiri atas rasional dan kebenaran, bukan keegoan. Prinsip yang berdiri atas dasar ego tidak akan dihormati, tapi prinsip yang berdiri kerana kebenaran akan menjadikan kita lebih berharga dari sebutir berlian sekalipun. 

Prinsip adalah petunjuk arah layaknya kompas. Ia merupakan satu guideline atau penunjuk arah. Ia berfungsi sebagai penyuluh jalan, agar kita mampu menjalani kehidupan dengan kadar kebingungan yang paling minimal. Ia adalah bahagian yang paling hakiki yang menjadi dasar pada setiap tindakan dan tingkahlakumu. Manusia yang hidup tanpa prinsip adalah ibarat lalang yang akan tunduk merunduk bumi setiap kali angin meniup.

Nilai persahabatan

Sahabatku yang cantik dan mulus itu sekali lagi menuntut pengertianku hari ini. 

Sama seperti yang selalu dimintanya dariku sejak awal perkenalan kami. 

Selalunya kuberi saja pengertian itu padanya tanpa sebarang penawaran. Tapi hari ini kurasa permintaanya yang sudah banyak kali itu mulai menginjak kepalaku. 

Maaflah sahabat manisku. 

Kita cuma manusia biasa yang punya batas-batas yang sudah kita tetapkan dalam hidup. Aku sudah membiarkanmu cukup lama melewati batas itu. Mana mungkin kubiarkan kau mengambil semuanya dariku hingga nanti aku tidak punya suatu apapun untuk aku banggakan. Aku sudah memberimu segala yang kau perlukan. Hanya yang ada padaku kini hanyalah secebis prinsip yang berdiri atas selembar harga diri yang masih tersisa di sudut manusiawiku. Kalau benar kau sahabatku, fahamilah aku sekali ini. 

Cuma sekali ini. 

Cuma sekali ini.

Cuma sekali ini. 

Pertahankanlah aku sekali ini. 

Itupun kalau kau benar kau menganggap aku sahabatmu. 

Ku ketuk mimpimu

Aku cuba lupa, tapi tak dapat. 
Aku marah, itu hakikat. 

Aku cuma terfikir-fikir kalau dia tahu yang aku sangat kesal dengan sikapnya. Atau dia tahu bahawa aku tidak berniat untuk merampas glory yang berusaha dibinanya dengan sungguh-sungguh. 

Ya Allah...bukalah hatinya untuk memahami perasaanku. Sampaikanlah salamku padanya. Ketuklah mimpinya agar dia dengar jeritan di relung batinku yang menyumpahmaki keterlanjuran yang sialan ini. 

Hilangkanlah segala kebencian ini, Tuhan. 

Maha suci Engkau.
Thursday, October 25, 2012 | By: Luna Biru

Uninvited

Terasa macam diri diperbodohkan. 

Terasa macam aku ni muka tak tahu malu.

Terasa macam aku ni terhegeh-hegeh menumpang bahagia orang.

Terasa sangat macam aku ni sedang menyorong-nyorong muka sebab aku tahu hidung aku ni tak mancung.

Fuh....itulah pengalaman hidup,kan?

Manusia sifatnya sukar ditelah. Hatinya sukar diduga. Kita tak boleh nak expect hati orang mulus macam keinginan kita. Tapi yang menjadi persoalannya sekarang, ini semua bukan idea aku! Aku disuruh dan aku dijemput. Kenapa pada akhirnya aku pula yang dipersalahkan? 

Apapun, aku minta maaf banyak-banyak pada mereka yang merasa bahawa aku sudah melanggar batas. Sungguh, aku tak berniat untuk merampas hak. Aku hanya manusia bodoh yang terlanjur percaya pada sebuah undangan. Hakikatnya, I was UNINVITED!


Oh...malunya!


P/S : The slot is just takes 6 minutes ok......

Wallahuaklam. 

...yang baik itu dariMu...