Friday, October 28, 2011 | By: Luna Biru

Surat untuk Allah

Baiklah.

Aku mengalah. Aku sudah tidak mampu menipu lagi. Aku bukan pakar. Aku betul-betul kantoi kali ni.

Dear Allah, barangkali Kau sudah rindu benar mendengar desah tangisku saban malam seperti dulu, saat aku menangisi nasib dan kedangkalan hidupku. Sudah lama benar aku tidak menghadapMu dengan kepasrahan seorang manusia setelah Kau beri aku ujian penuh nikmat ini. Barangkali sudah tiba masanya untuk aku menjadi pengisi sepertiga malamMu seperti yang pernah menjadi rutin hidupku bertahun-tahun dulu.

Ya Allah, sesungguhnya aku tidak pernah lupa padaMu, atau ngalih bersyukur pada nikmatMu meski Kau curahi aku dengan segala kemewahan dunia. Jangan biarkan aku hidup dalam dunia kalut yang pernah kulalui sebelum itu lagi. Aku tak sanggup! Cukuplah apa yang telah kulalui dulu. Aku mohon padaMu Tuhan...
Thursday, October 27, 2011 | By: Luna Biru

Bukan itu

Bukan kejar harta.

Bukan pangkat.

Bukan nama.

Bukan juga kemasyhuran.

Semua tu tak perlu dikejar-kejar.

Kerana ia datang bergolek ke kaki sendiri.

Tinggal pilih dan kutip mana-mana yang mahu.

Abah bilang, kejayaan tak perlu dikejar. Biar kita berjalan seiring dengannya.

Korang takkan faham. Sebab hidup korang macam loser.

Ah, yalah. Bukan semua manusia bertuah.
Wednesday, October 26, 2011 | By: Luna Biru

Cinta

"Jika cinta dalam diammu itu tidak memiliki kesempatan berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam. Kerana Allah punya rencana terbaik untukmu. Jika dia bukan milikmu, maka Allah akan menghapus cinta dalam diammu itu dengan memberi rasa yang lebih indah dengan orang yang lebih tepat. Jadi, biarkan cinta diammu itu menjadi memori tersendiri di sudut hatimu dan menjadi rahsia antara kau dan Sang Pemilik hatimu"

Kata-kata di atas kupetik begitu saja dari laman buku seorang kawan. Indah,kan? Entah dari mana dia dapat analogi seindah itu. 
Tuesday, October 25, 2011 | By: Luna Biru

Bukan laskarmu

Kukata berhentilah
kerana kau sedang sia-sia
mengincar laskar di langit
adalah terlalu jauh
dan kau tiada apa-apa.

Bukan kau tak bisa
bukan juga kau tak istimewa
hanya saja laskar itu tak tergaris untuk
senyummu.
mengertilah,
pelangi itu terlalu mahal.

Pandang ke bumi
di situ ada kolam jernih
lihat bayangmu
kau pasti tersenyum lagi.

Kebenaran itu pahit

Aku selalu percaya bahawa kawan yang baik itu adalah mereka yang berkata benar, bukannya yang sekadar membenarkan kata-kata dan perbuatanmu, walaupun kau sedang salah.

Tapi hakikatnya, sejauh mana kita mampu berkata benar sedangkan dalam hal yang sama kita perlu menjaga hati kawan kita? Bukan semua kebenaran itu sedap didengar dan senang dilafazkan. Ada ketikanya kita berhadapan dengan situasi yang menyebabkan kita berfikir dua kali untuk berterus-terang mengenai keburukan dan kelemahan kawan kita sendiri, apalagi kalau ia berkaitan dengan hal yang menyentuh sensitiviti.

Trip to KL : It's time to go home

23 Oktober 2011 (Ahad)

Kami sampai di KKIA tepat jam 8.25p.m., 20 minit lewat dari jangkaan awal pendaratan. Angin ribut dan hujan lebat sepanjang penerbangan telah membantutkan perjalanan. Pening dan mabuk udara yang dirasakan masih belum hilang meskipun kaki sudah mencecah ke lapangan. 

LIBAS


Well, aku tak kata cerita ni tak best. Permulaan cerita saja sudah cukup buat aku terpaut sampai mau tengok apa lanjutan filem ni. Dan, ia ternyata memang tidak menghampakan, hinggalah ke jam seterusnya yang mula membuat aku mula keliru dengan penceritaan asal filem ni.