Kalaulah aku mampu memaksamu berbuat sesuatu untukku, maka inilah harinya. Padamu aku melutut merayu menuntut sedikit belas ehsan atas segala yang telah kuberi maka berilah aku sedikit pengertian hari ini.
Tolonglah lakukan sesuatu untukku sepertimana aku melakukan segalanya untukmu.
Tolonglah ringankan bebanku sepertimana aku meringankan bebanmu selama ini.
Tolonglah usahakan sedaya mampumu sepertimana aku yang tak pernah leka mencukupi kamu.
Tolonglah selamatkan maruahku ini kerana maruah itu bergantung pada selembar wang seratus ringgit yang kuminta darimu...
Sungguh menyakitkan permainanmu, Tuhan
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
Ada sesuatu berlaku hari ini yang menggoyah minda bawah sedarku lalu menggoncangnya supaya membawa kesedaran itu ke permukaan yang benar-ben...
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
My best freind Aning@Ernie Mahmud yang comel dan gebu kulitnya, yang jelita dan selalu menawan hati dengan keletahnya yang lucu, kini sudah ...
-
Ketika entry ini kutulis, aku baru saja menyudahkan empat kali pusingan menonton drama JUVANA dari episod 1-3 melalui youtube. Anehnya, aku ...
-
Perasaan bersalah adalah hukuman paling besar buat si pesalah. Lebih teruk dari penjara, lebih derita dari mati. Perasaan bersalah mampu m...
-
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengedarkan 1,844 komputer netbook kepada pelajar-pelajar yang layak dari selur...
-
Inilah saat yang sukar; untukku letakkan rasa kecewaku pada seorang sahabat yang di mulutnya ada besi berkarat. Kecewa beratkah aku? ...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
Powered by Blogger.
Kata hati
Terus-terang saja, kadang tugas memasak itu seakan membebankan. Lebih lagi bila kau bertarung dengan kepentingan kerja dan kehendak hati yang begitu meronta-ronta mahu menyiapkan tugas rasmi yang dibawa balik ke rumah. Tak kisahlah kalau tugas (memasak) yang maha mulia itu adalah pahala percuma dari sang suami ataupun reward dari Tuhan yang menyamai pahala jihad. Hakikatnya, fitrah manusia yang berupa perasaan itu tidak dapat dinafi-nafikan begitu saja.
penakut
Sekali lagi aku merancang untuk berhijrah besar-besaran.
Kenapa ya orang kita takut sangat nak berhijrah? Kalau Christopher Columbus itu punya cara fikiran seperti orang kita, tidaklah sampai sekarang kita tahu bahawa bumi ini sebenarnya bulat.
Ketakutan telah menjadi penghalang besar untuk kita berjaya. Sejak kecil aku sudah dilatih untuk merasa takut dalam membuat keputusan. Kita terus-terusan menjadikan ketakutan pada bayang-bayang menjadi taboo dalam hidup kita. Padahal, bukankah bumi Allah itu luas? Adakah Allah sengaja melahirkan aku di bumi ini semata-mata untuk hidup dan mati di Takis dan kemudiannya berkubur di Kuala? That's it? Untuk itu saja kepentinganku di dunia ni?
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubahnya.
Jadi sekali lagi aku mahu menjual nasibku. Kenapa kalian tak berani membelinya?
pathetic-nya dia
Aku tak pernah jumpa manusia yang begitu dahagakan perhatian lebih dari dia.
Aku tak pernah jumpa manusia yang begitu obses dengan penyakit, selain dia.
Aku tak pernah jumpa manusia yang tak pernah rasa bahagia, kecuali dia.
Aku juga tak pernah jumpa manusia yang begitu sukar untuk digembirakan, juga dia.
Malang benar menjadi dia.
Tuhan, berikanlah dia sedikit cahaya gembira agar dia sedar betapa beruntungnya dia hidup di bumiMu ini.
Sungguh-sungguh aku meminta padaMu di bulan Rejab ini.
Amin.
Aku tak pernah jumpa manusia yang begitu obses dengan penyakit, selain dia.
Aku tak pernah jumpa manusia yang tak pernah rasa bahagia, kecuali dia.
Aku juga tak pernah jumpa manusia yang begitu sukar untuk digembirakan, juga dia.
Malang benar menjadi dia.
Tuhan, berikanlah dia sedikit cahaya gembira agar dia sedar betapa beruntungnya dia hidup di bumiMu ini.
Sungguh-sungguh aku meminta padaMu di bulan Rejab ini.
Amin.
khilaf
Sebenarnya aku bercadang nak marah-marah dan hampratkan rasa marah itu macam abah sembur racun rumput.
Tapi bila aku tengok dorang semua (the 6+1) tu makan dengan penuh gelojoh dan berselera (walaupun tak sedap), aku ketawa sendiri dalam hati.
Masya Allah...
Inilah keluargaku. Anak-anak aku, suami aku.
Tapi bila aku tengok dorang semua (the 6+1) tu makan dengan penuh gelojoh dan berselera (walaupun tak sedap), aku ketawa sendiri dalam hati.
Masya Allah...
Inilah keluargaku. Anak-anak aku, suami aku.
diam selalu lebih baik
Kadang-kadang, bila idea kita ditolak, itu bukan bermakna yang idea kita tu teruk.
Mungkin saja aspirasi kita dan keperluan kita dengan orang lain berbeza hinggakan apa yang kelihatannya baik di mata kita tak semestinya baik juga di mata orang lain. Lebih daripada itu, kita juga kena sedar yang masalah yang mungkin tak pernah terlintas di kepala kita saat merancang sesuatu itu, sudah bergaris di kepala orang lain yang sebenarnya sudah melalui fasa-fasa berfikir yang sedang kita lalui.
Idea yang baik perlu diselenggara dengan baik. Tanpa pasukan penyelenggara yang baik, sebaik mana pun idea takkan ke mana. Percayalah, aku pernah melalui semua ini dulu. Kesilapan besar yang aku lakukan ialah bila aku terlalu merasa yakin bahawa ideaku benar tanpa memikirkan kebenaran idea itu dari kaca mata orang lain. Keghairahan merealisasikan sebuah idea menjadikan aku kurang prihatin pada keperluan dan hak orang lain.Waktu tu aku cuma rasa betapa hebatnya ideaku hingga aku lupa bahawa orang lain sebenarnya punya masalah lain yang membuatkan mereka tak mampu nak bantu aku menggapai mimpi ideaku.
Ah...sebenarnya aku tak perlu susah-susah bersuara. Si tua rambut putih itu betul, mulutku ada busur panah. Menyuruhku diam lebih baik dari mendengar pendapatku. Srikandi, konon. Bagus kau ambil gam gajah dan palit atas bibir kau, Luna woi!
p/s : maaf kalau tersinggung.
Lung Infection berantai
Sepatutnya aku wariskan harta pada anak.
Malangnya belum mati pun aku sudah wariskan virus yang hidup subur dalam peparu aku untuk dorang. Soalnya sistem antibodi anak tak semua sama. Si Ade dan Acik yang daya tahan badannya sama keras macam kepalanya masih boleh ditipu-tipu sakitnya. Tapi Mizan yang lembik dan Abe yang berpenyakitan sudah pastilah menerima semua ini dengan cara yang lebih naif. Akibatnya, dua-dua sudah lunyai dengan mata terbelalak atas tilam macam filem pegun.
Bila sudah anak-anak sakit, mak macam biasa tiba-tiba sedar diri bahawa masa honeymoon sudah tamat. Baru pun sehari kena suap bubur atas tilam, kononnya nak bermanja lagi dua tiga hari, tapi apa kan daya....anak-anak dah macam customer who always be king. Kenalah selalu didahulukan daripada kepentingan diri sendiri. Serah sajalah semua sakit dan lemah di bahu Allah semoga dengan segala keikhlasan dan keredhaan, Allah akan beri rehat yang lebih baik selepas ini.
Amin.
Ah...apalah lagi yang aku nak? Dapat mc 5 hari + 1 hari Isnin depan pun kira sudah macam miracle.
P/S : Thanks to Susan dan Atie yang respon pasal sakit aku. dan Ros, yang the only one tanya khabar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.