Wednesday, July 3, 2013 | By: Luna Biru

Sukantara Sk. Surati


Sukantara pun berlangsung dengan mood ku yang ke laut...

Dipaksa-paksa pun aku tak mampu nak jadi tukang sorak macam dulu-dulu. Mungkin sebab hati aku sudah jatuh pada hobi baru...

Atau...aku sememangnya benar-benar diserang sakit kepala kronik!

Growing the Plant


Sejujurnya, KSSR adalah satu pendokumentasian yang hebat sekiranya ia dijalankan setelus perencanaan. Aku akui agak terkial-kial saat pertama kali memegang kelas KSSR tahun ini. Dokument Standard yang menggantikan istilah sukatan pelajaran benar-benar mencabar kemampuan untuk menjadi guru yang berinovatif. 

Majlis Penyampaian Hadiah MSS Surati 2013

I love green!

Majlis Penyampaian Hadiah MSS Surati pun dijalankan mengikut ketetapan. 

Suasana tepu dan kaku menyelebungi sepanjang tempoh anugerah ini. Kenapa ya? Mungkin keterujan itu sudah lenyap setelah dua hari bercuti. Tajuk entry ni pun agaknya tak sesuai dengan isi sebab aku langsung tak sempat nak rakam gambar budak-budak ni terima pingat. 

Latihan kilat Miza untuk Science Story Telling

Penat bertugas di padang masih bersisa di atas badan. 

Aku sumpah mahu tidur puas-puas dan telan ubat piriton. 

Namun sumpah itu batal bila aku baru teringat kalau aku perlu datang ke sekolah jam 2.00 petang untuk melatih seorang peserta ke Pertandingan Bercerita Sains sempena KASTEK 2013 peringkat negeri Sabah. 

Hampeh...
Tuesday, July 2, 2013 | By: Luna Biru

MSS SK. SURATI 2013

Kenangan Temasya MSS tahun  2012

Tiga tahun berada di sekolah ini bermakna sudah tiga kali temasya MSS aku lalui. 

Setiap tahun itu pula aku menyaksikan anak-anakku beraksi di padang. Aku jadi penyorak utama, pencipta yell-yell yang manis dan menyebalkan. 

Tapi nampaknya tahun ini, aku hanya mampu jadi pemerhati. Tanpa rasa, tanpa nafsu, aku hanya jadi tukang ketik kamera. Entah kerana aku masih terbayang Anis dan Abe atau kerana sakit di kepala yang masih tidak mahu mengalah pergi. Atau mungkin juga sebab aku keliru dalam masa yang kian menghimpit. Saat ini aku perlu melatih seorang lagi peserta untuk wakil ke peringkat negeri dalam pertandingan bercerita. Kalut. Minda dan otakku bagai rambut yang terkulut-kulut. 

Karnival PPDa Daerah Papar

Meski ini adalah acara wajib setiap tahun, tapi aku tetap selalu lalai menyiapkan diri untuk menghadapinya...

Masa adalah musuh utama kalau kita adalah manusia yang tidak bijak menguruskannya dengan baik. Masa juga adalah kambing hitam yang selalu dipersalahkan bila kita gagal menyempurnakan tugas. Kesian encik Masa...Patut kalau dah tahu dia salah, kita lapor saja pada polis biar dia kena tangkap. 

Jadi, seperti tahun-tahun sudah, aku masih terus terjerut antara keinginan mahu menghantar peserta atau tidak. Sekal lagi masa jadi masalah utama di sini. Sepatutnya aku melatih murid sejak awal tahun dan  menuai hasilnya pada masa ia sudah masak. Tapi aku gunakan kaedah seperti menyuntik ayam dara untuk segera bertelur. 

Penerima Anugerah Kokum Terbilang


Jadi akhirnya anak gadisku yang satu ini pun diiktiraf juga oleh pihak sekolah atas pencapaian terbilangnya dalam bidang kokum. 

Tahun lalu, harapannya hancur bila ternyata dia bukanlah pilihan pihak sekolah untuk menerima anugerah ini. 
Dan betapa sampai sekarang pun aku masih ingat betapa kecewanya dia...