Wednesday, May 22, 2013 | By: Luna Biru

Perhimpunan Bulanan 1M 1S : Senamrobik

Perhimpunan Bulanan 1M 1S menjenguk lagi di bulan Mei ini. 

Jadi itu bermakna warga Sk. Surati akan berhimpun untuk bersenamrobik a.k.a berpoco-poco dan ber'chicken dance' lagi...!

Ke Majlis Gunting Rambut & Sambutan Hari Ibu

12 Mei 2013 (Ahad)

Oleh kerana kami tidak bercadang untuk menyambut hari kelahiran abang, maka tengahari itu pun kami berangkat menuju ke majlis Gunting Rambut anak pertama Encik Romzi Yusuff. Romzi ni anak buah aku yang sudah lama aku tak jumpa. Kali terakhir aku ingat, muka dia tak macam ni. Nasib baiklah jumpa di sini, kalau jumpa di Pekan, for sure aku tak tegur sebab muka dia memang sudah jauh berbeza dari dulu. Aku taklah rasa bersalah sangat tak kenal dia sebab rupanya dia sendiri pun sudah tak cam aku lagi...

Abah memotong rambut cicitnya

The Safety Campaign by Talisman

The Safety Campaign by the Talisman Group yang menjelajah seluruh Sabah kini singgah di Sk. Surati. Program ini bertujuan untuk memberi informasi umum mengenai semua jenis keselamatan termasuklah keselamatan di jalan raya, di rumah dan di tempat kerja/sekolah. 

Tuesday, May 21, 2013 | By: Luna Biru

12 Mei...Selamat Ulang Tahun, abang!

Aku sudah plan dari semalam untuk cium pipi abang pagi-pagi dan wish dia happy birthday. 

Tapi saat pagi menjelang, aku lupa semua tu bila aku disogokkan kes Arin yang pergi ke Stadium Likas sendiri tanpa pengetahuan aku. 

Err...aku memang pantang kalau mana-mana ahli keluarga yang jalan tanpa excuse. Bagi aku itu perbuatan biadap dan sangat mementingkan diri. 

Mungkin Allah nak uji aku, maka aku pun mulalah hilang kawalan. Nasib baik alarm di handphone berbunyi untuk ingatkan aku. Malangnya, encik handphone terlambat buat reminder sebab aku sudah terlanjur menyembur. Huhu....

Kepada abang, 

Maaf tiada apa-apa untuk tahun ini. Tiada kejutan, tiada ucapan yang manis-manis, tiada kek buatan sendiri, tiada masakan tengahari untuk kita semua berkumpul-kumpul dan makan walaupun cuma telur goreng dan sayur tumis. 

Kami sayang abang....

Wednesday, May 15, 2013 | By: Luna Biru

barua

Kadang, atas nama hidup dan kehidupan, manusia sanggup buat apa saja sekalipun jadi pengkhianat dan penipu. Bahkan, walau terpaksa menjilat ludah sendiri pun!

Dan aku, adalah antara manusia yang kurang beriman yang tabah menghadapi dugaan Tuhan. Kalau setakat jilat ludah, apalah sangat....(kan?) Lebih dari itu pun aku sanggup.

Agaknya kalau zaman Jepun dulu, akulah yang jadi barua dan tali barut Nippon!

Dan,

Kalau aku terpaksa jual Raja Sulu untuk Anwar Ibrahim pun aku sanggup. Why not? Prinsip hanyalah lembaran ilusi yang tidak nyata. Hidup dan kehidupan adalah sebuah kenyataan konkrit yang perlu dihadapi setiap hari. Kau perlu ingat bahawa darah penjahat mengalir dalam badan aku yang bercampur dengan naluri seorang anak, isteri dan ibu.

Cabarlah aku dengan sungutmu....
Tuesday, May 14, 2013 | By: Luna Biru

Sambutan Pra-Hari Guru (Episod 2 : Badminton Match)

Ini adalah episod kedua dalam aktiviti hari guru kami.


Barangkali dulu permainan badminton ini adalah makanan bagi aku. Ngeh...macam termberang bunyinya. Namun, kecederaan tragis hampir 18 tahun lalu sudah merenggut segala nikmat yang Allah pinjamkan pada aku selama itu. Kecederaan yang dipanggil ACL itu memberi impak sampai ke hari ini. Sejak hari tu, lutut aku sering terlepas dan bila masuk balik, lutut seakan terkunci. Dokter sudah berulang kali mengesyorkan untuk pembedahan tapi aku masih percaya pada rawatan tradisional. Tapi semenjak makin tua ni, masalah ni semakin menunjukkan ciri-ciri yang menakutkan. Mujur saja aku ni sememangnya berjiwa sukan, kalau tidak, aku lebih rela duduk tepi gelanggang dan buat air oren. 

Bila cikgu khilaf a.k.a Bila cikgu memang baran

Kisah cikgu pukul murid mungkin tajuk yang paling biasa kita dengar (aku cakap pukul, bukan rotan ok. Rotan dibenarkan dengan bersyarat). Jumlahnya barangkali sama dengan kes ibubapa dera anak. Bezanya cikgu tak lah sampai ke tahap mendera sebab mungkin tak banyak masa macam ibubapa yang hidup mati dengan anak. 

Tapi biasa atau tidak didengar, nyatanya kisah ini tetap menjadi duri yang menyakitkan dalam kehidupan masyarakat kita.