Saturday, April 6, 2013 | By: Luna Biru

Sabar-sabar kau bro....

Sabar-sabar kau bro....

Begitulah bisikan yang membisik di hati aku yang teringin sangat aku nak bisikkan ke telinga kawan aku sorang ni. (Berapa banyak bisik da...)

Haha...

Sebenarnya kawan aku ni sangat giat menggunakan laman fbnya untuk berpolitik membantah kerajaan BN. Semua update statusnya sibuk mengutuk BN. PKR sajalah yang paling mulia di matanya. 

Aku tak kisah siapa yang dia nak pilih. Itu hak dia. Tapi melakukan kempen di FB dengan lantunan emosi yang melampau-lampau terlihat sangat janggal. Ya, tentu saja aku boleh block, unfriend atau unsuscribe. Aku juga tahu itu laman sosial dia. Mungkin dia nak gunakan sepenuh hak demokrasi kebebasan bersuara. Tapi dia juga kena ingat bahawa hak demokrasi di negara kita ni tak sama macam di negara barat.

Lebih dari itu, kebanyakan benda yang di'share'nya tidaklah dapat disahkan kebenarannya. Lebih banyak mengarut dari yang betul. Nak contoh ke? 

Janganlah....nanti dia tahu yang aku tengah kutuk dia. Huhu....

Diskriminasi

Kursus Kejurulatihan Futsal Peringkat Negeri Sabah sudah pun berakhir tengahari tadi dengan jayanya. Alhamdulillah...banyak input baru yang dipelajari. Sekarang ni hati tengah membuak-buak untuk menggubal satu sistem baru yang boleh diaplikasikan dalam pasukan sekolah aku. 

Sebenarnya, jauh di sudut hati ada rasa lain macam sikit sepanjang tempoh kursus sebab cuma ada dua peserta wanita. Kewujudan kami di situ kelihatan sangat janggal dan teramatlah kecil. Maka wujudlah beberapa isu diskriminasi jantina meskipun ia dibicarakan lewat lawak-lawak spontan. 

Aku tak rasa isu ini perlu diketengahkan sangat. Hakikatnya, dunia sukan di peringkat sekolah adalah terbuka kepada dua jantina ini kecuali bagi sukan bola sepak. Oleh kerana setiap sekolah selalunya menghantar dua pasukan yang berlainan jantina maka sudah tentulah dua jurulatih yang berlainan jantina juga diperlukan di sini. 
Wednesday, April 3, 2013 | By: Luna Biru

Berat mulut

Kadang-kadang mulut berat nak minta tolong dari orang lain bukan sebab kita perfectionist atau perasan bagus. Tapi semuanya berpunca dari kesan sedikit trauma pada penolakan demi penolakan dengan alasan yang bagai-bagai. Akhirnya, mulut yang ringan pada awalnya jadi berat pada detik kemudiannya. 


 
Tuesday, April 2, 2013 | By: Luna Biru

JUN Futsal

Hasrat hati untuk terlibat aktif dalam bidang sukan tercapai pada darjah yang sedikit selesa. Segalanya bermula bila aku menerima surat untuk menjadi JU Negeri bagi sukan 1M 1S Senamrobik. 

Aku macam nak tergelak bagai. 

Senamrobik? 

Menari poco-poco pun aku boleh sumbang inikan pula nak jadi JU Senamrobik. 

Setelah diusahakan dengan segala upaya, maka jawatan itu pun ditukar kepada JUN futsal. 

Syukur....

Pemandatan akan dijalankan pada 4 - 6 April 2013, somewhere in KK Hotel. 
Monday, April 1, 2013 | By: Luna Biru

Anies Azreena is on the News!



Rindunya aku pada Anies!

Aku cuba alihkan rindu itu dengan segala kesibukan dan kecelaruan sebab aku takut rinduku sampai ke dalam hatinya. Takut kalau rindu itu nanti menyeksa jiwa kami hingga jadi Home Sick yang menyeksa jiwa. 

Setiap hari kami tidak pernah lupa menonton tinjauan khas 1MCC di channel 801. Sayang dia bukan sasaran manis oleh lensa sang kamera menyebabkan acara tontonan terasa sia-sia sedikit. Hanya sesekali wajahnya muncul mencuri itupun secara tidak sengaja. Tidakkah sang editor tahu betapa ibubapa di sini teringin benar menatap anak di perantauan orang? Malahan, murid-murid aku pun selalu tertanya kenapa muka Anies langsung tidak muncul di kaca TV?

Pertandingan Futsal Piala YB Rosnah, Papar

Cuti sekolah dah berakhir ke?

Biar betul?

Jom flash back balik things yang sudah rampas makna cuti sekolah yang sangat berharga buat aku dalam seminggu ni....

Oh...maaf. Rupanya cuma ada satu perkara saja iaitu : 

Pertandingan Futsal Piala YB Rosnah anjuran Puteri UMNO Papar. 

Padan muka aku. Besar hati sangat hantar 3 kumpulan. Alih-alih jurulatih yang merangkap pengurus sekaligus driver ini terdampar kepenatan. 

Huhu...semua dilakukan demi cinta pada kerjaya dan demi sebuah harapan di mata anak-anak. 

Menyesal? Tidaklah. Cuma kepenatan ini mengurangkan sedikit arus kenormalan otak. Bila lagi sedar tup-tup cuti tinggal sehari. Lepas ni pula menyambung kembali perjuangan melatih budak untuk Pertandingan Action Song. 

Jadi guru memang awesome!
Saturday, March 30, 2013 | By: Luna Biru

Resah

Selain lelah sebenarnya ada resah. 

Resah yang sangat menggelisahkan sampaikan aku tak sanggup mahu bangun dari tidur lagi. Kalaulah aku boleh pejam mata aku lama-lama atau selama-lamanya. Bukan mati. Tapi mungkin tidur yang panjang macam Puteri Snow White. 

Seminggu aku cuba kaburkan diri dengan kesibukan yang akhirnya melelahkan. Isnin nanti aku tidak akan pernah mampu mengelak lagi. Apapun keputusannya, aku terpaksalah terima segalanya dengan redha. Yang baik datang dari Allah. Yang buruk juga datang dari aku. 

Wallahuaklam