Wednesday, February 13, 2013 | By: Luna Biru

Silap percaturan

Mungkin aku tersilap menggunakan bahasa beraras tinggi dengan manusia berotak aras rendah. Sepatutnya aku kena konsider dulu dengan siapa aku bercakap. Kesilapan memilih jurgon hanya mendatangkan impak yang fatal total. Professionalisme bermesyuarat entah ke mana, penyelesaian tak dapat, natijahnya, maruah diri pula dicalar-calar depan orang. Lebih buruk dari itu, konsekuensi ini melibatkan pihak ketiga yang tidak sepatutnya campur tangan dalam permasalahan yang sedang dihadapi ini. 

Mungkin aku kena buang prinsip hidup aku yang memegang pada pepatah "Tarik rambut dalam tepung. Tepung tak berhambur, rambut pula tak putus," Prinsip ini lebih banyak memakan diri aku dan lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. Manusia itu sifatnya suka betul melayan nafsu amarah tanpa memikirkan kesan sampingan pada manusia lain. Rugi betul kalau dibiar perasaan marah tu berlalu sia-sia begitu saja (agaknya?). Entahlah. Mungkin kali ni aku kena reshuffle prinsip hidup aku betul-betul dan sesuaikan dengan keadaan sekeliling. 

Tapi aku nak buat macamana? Soalnya, aku tak rasa yang aku sedang buat salah atau berada dalam kondisi yang salah. Yang salah tentang pilihan hidup aku adalah kerana aku di kelilingi oleh manusia-manusia yang cetek pemikiran dan kurang mahir bersikap rasional. Perlukah kuubah semua itu supaya aku berada dalam taraf yang sama macam dorang? 

Entahlah kan....
Tuesday, February 12, 2013 | By: Luna Biru

Kisah murid aku & Sepasang kasut highheel 4 inci



Sudah lama aku berhajat mahu apungkan cerita ni di udara. Malangnya selalu saja ada yang membantutkan niat. Harap kali ni hajat aku tercapai. 

Baiklah. 

Sepasang kasut di atas adalah pemberian dari seorang ayah murid aku. Ia bukanlah bersempena dengan Hari Guru mahupun hadiah hari lahir. Hadiah ini diberikan sebagai salam kemaafannya kerana anaknya telah terlanjur buat Teacher Zue marah!

Wah....macam best ceritanya, kan? 
Monday, February 11, 2013 | By: Luna Biru

Guru pemberi paling setia : Maklumbalas untuk mantan pelajar-pelajarku...sesi 2012


Agak terkejut menerima sepucuk surat dari seorang bekas murid tahun 6 sesi 2012. Nechfina Felicia, namanya. Pelik rasanya menerima surat di dunia gajet begini. Nyatanya cara tradisional ini lebih mendatangkan impak besar dan tidak akan pernah kehilangan bisanya. 

Antara isi surat Nech mengatakan tentang kemelut perasaan yang dihadapi saat berhadapan dengan transformasi antara dunia sekolah rendah dan sekolah menengah. Sementalah pula Nech bersekolah di SMK Kinarut yang  mempunyai jumlah populasi pelajar melebihi 1000 orang! Berbanding dengan Sk.Surati yang jumlahnya jauh dari kecil dari itu, jauh lebih aman dan kurang tekanan, perubahan ini nyata memberi impak dalam kehidupannya sebagai pelajar. Mungkin Nech tidak punya teman bicara yang dapat memahami gelodak perasaannya sebab itu akhirnya dia memilih aku....seperti yang pernah dilakukannya di tahun lalu...
Friday, February 8, 2013 | By: Luna Biru

MSS Zon Pekan, Papar


Berakhirlah temasya MSS Zon Pekan yang telah berlangsung selama dua hari sejak kelmarin. Buat pertama kali aku dipanggil bertugas menjadi Hakim Penamat. Che....gembira betul nih. Selama ni aku ditegah daripada bertugas di padang sebab takut murid-murid aku bakal rindukan aku. Itu sarkastiknya. Hakikatnya, masa mengajar aku yang lebih banyak berbanding yang lain menyebabkan sedikit kesulitan mencari guru ganti sepanjang ketiadaan aku. Lagipun, guru besar selalunya tak lepaskan guru tahun 6 untuk bertugas luar. Takut murid ketinggalan pelajaran. Masalahnya, bila masa musim sukan-menyukan ni, murid di tahun 6 cuma tinggal beberapa kerat saja. Selebihnya jadi atlit ataupun ikut perbarisan. 
Thursday, February 7, 2013 | By: Luna Biru

A day with Jared Abdul Rahman, The Amades

A day with Jared Abdul Rahman was a wonderful experience in my life.

Who is Jared Abdul Rahman? Do you know him? Well, I'm asking you because I don't knew him at all. It's all started when Abang so excited to participate in the International KK Film Festival competition, in which, I was not so keen to join with. Jared and his team, The Amades, is organizing a film workshop where they will guide us until we are able to produce one short film to be compete at the international level.

I don't think that I can compete on the world stage.  I was not even able to compete in the state level. So to dream that far would probably need extra courage. Making movie is out of my ability. 

But then Abang explained that making a film may be beyond my jurisdiction. But, the relationship between movie and me is I can write a good story. Let me convey your stories with my camera, he said. 


Tuesday, February 5, 2013 | By: Luna Biru

Why am I nothing like you, mama?


I still remember that moment, when she was still a little young girl.

She asked me, why her face much different to me?

Then I said, because she probably follows her father’s face (which I think is really not!). Or perhaps it also because her face is a combination between me and her father.  The Ancestors face, the environment during pregnancy were also the reason that can affect a child's face. (well, I still remember I was obsessed with Shah Rukh Khan when I was pregnant Abe ... haha​​). After all, it is not necessarily a child will inherit their parents face, right?

She nodded her head slowly showed that she was satisfied with my answer.
Friday, February 1, 2013 | By: Luna Biru

Sebuah kekeliruan

Tinggal lagi kurang satu minggu sebelum pembukaan dessert corner aku. 

Naifnya, aku betul-betul berharap agar ada keajaiban yang mampu menghalang aku dari meneruskannya. Errr....misalnya duit turun dari langit tiap-tiap bulan supaya aku tak perlu susah-payah buat kerja extra (?). Atau ada peluang bisnes lain yang lebih bijak dan tidak memerlukan kerahan tenaga yang begitu melelahkan. 

Aku sama sekali tidak ikhlas. Apalagi bersedia. 
Ini satu fasa dan petunjuk paling bahaya. 

Agh...aku tak sanggup nak mengulang semua yang telah aku tinggalkan itu. Melalui kehidupan itu sekali lagi umpama menyerah diri ke mulut naga. 

Entahlah....