Saturday, December 1, 2012 | By: Luna Biru

Muzium Marin, Labuan


Suatu hal yang memeranjatkan tentang Labuan adalah tidak terdapat bayaran masuk yang dikenakan di semua tempat lawatan. No admission fee cause it's all free! Jadi, sangat jimat bajet terutama jika anda membawa rombongan keluarga yang besar!

Muzium Marina Labuan diadakan sebagai satu langkah untuk memelihara warisan laut berharga Labuan. Ia bertujuan untuk member maklumat dan informasi mengenai kehidupan lautan pulau tersebut. Melangkah saja masuk muzium ini, ia membuka dunia lautan penuh warna dengan pemandangan panoramik ikan-ikan dan koral yang hanya terdapat di dasar laut. 

War Memorial II, Labuan

Alkisahnya, tahun 1986 abah bawa kami ke sini untuk menikmati hujung minggu yang sangat bermakna bagi abah. Abah jenis Family man jadi pantang masa terluang pasti dia akan bawa kami berlibur. Dulu abah takutkan kami dengan cerita kononnya di tempat ini tertanamnya seramai 3.908 mayat-mayat askar perang yang kebanyakannya Australia, British dan India di sini. Ada juga mangsa tahanan perang dari Borneo dan Philipins yang dikubur di sini. Selebihnya pula tidak diketuai (Known Unto God). Malam-malam, kata abah, roh-roh tersebut akan bangkit dan berkeliaran lalu bertempur balik macam waktu zaman perang dulu. Hi...takutnya. Aku membayangkan begitu banyaknya mayat tertanam di bawah tanah ini dalam keadaan yang penuh darah dan tidak sempurna. Sayang kalau tempat secantik ini sebenarnya berhantu. Serrrrreeeem deh. Tapi kemudiannya aku dapat tahu juga yang abah sebenarnya saja buat cerita untuk takutkan kami adik-beradik. 

Memorial ini merupakan the Malaysia's largest war grave. Saban tahun tempat ini menjadi tumpuan pelancong yang kebanyakannya adalah ahli keluarga mangsa perang tersebut. Rememberance Day diadakan pada 14 November setiap tahun bagi memperingati hari yang bersejarah ini.

Makan malam di Medan selera, Labuan


Malam pertama tiba di Labuan, kami memilih untuk menikmati makan malam di Medan Selera. Hujan renyai yang membawa ke agak lebat turun ketika ini menjadikan acara makan malam ini sukar dinikmati. Maklumlah kawasan terbuka begini menjadikan udara yang dingin menyusup-nyusup ke tulang. Mood mahu mengambil gambar pun tiada. 

Segalanya berakhir sepi sampailah pulang ke Beta. Anak-anak pun mulai bergila lagi dengan PS2 dan aku pula cuba untuk lelap seawal mungkin. 

Beta Service Apartment, Labuan

Terletak di Ujana Financial Park, Beta Service Apartment ternyata adalah satu pilihan yang sangat tepat kepada anda yang berminat untuk menginap di Pulau ini. Kita mempunyai pilihan untuk menginap di satu bilik, dua bilik atau tiga bilik dengan kadar harga yang amat berpatutan. Penginapan di apartment ini sangat selesa dengan segala kelengkapan peralatan dan kadar keluasan yang sesuai dengan jumlah ahli keluarga yang besar. 

Kami memilih apartment tiga bilik dengan kadar harga RM312 untuk gov rate. Paling menarik tempat ini ialah bilik mandi terdapat dalam semua bilik tidur dan dua lagi ada di bahagian dapur dan laundry. Dapur juga lengkap dengan segala keperluan jadi kalau berminat mahu memasak, silalah beli bahan mentah sendiri. Suatu hal yang paling aku suka ialah koridornya yang luas dan panjang berhadapan dengan Masjid Jamek. Seronok lepak di sana waktu malam. 

Kisah Anis di 1MCC

1 Dis 2012

Baru sekejap Astro Kasih updatekan gambar rombongan Sabah yang sudah selamat tiba di bumi KL. Alhamdulillah...

Baru sekejap tadi juga Anis telefon bagitau betapa nervousnya dia menghadapi dunia barunya yang sudah dimulai sejak kakinya menjejak di Pusat Pembangunan Agrobank di Bangi, Selangor. Nervous tapi seronok, katanya. Bahkan, waktu dia sedang bercakap dengan aku pun, dia masih lagi dalam mood bersenda-gurau dengan rakan sebiliknya, orang Johor. Seronok betul dengar suaranya yang sedang gembira. She deserves it.

Terbanglah Anis....

1 Dis 2012 (Sabtu).

Lalu hari ini pun tibalah. 

Anis pun kami lepaskan dengan segala doa dan restu menuju mimpi dan citanya untuk menjadi pemain bola sepak perempuan yang termahal di Malaysia (atau di dunia, katamya).

Air mata Abe di Hari Khatan

27 Dis 2012 (Selasa).
Abe di majlis sarakal berkhatan tahun 2009
Aku tak tahu kalau hari ini sangat bermakna dan menakutkan bagi Abe. Lebih dua jam memujuknya untuk jadi berani sampaikan si atok dipanggil untuk jadi motivator. Lucunya, dalam banyak-banyak cucu, cuma si Abe saja yang pernah dilahirkan atok. Hari ini, pun dalam banyak-banyak cucu, si Abe sekali lagi jadi  pemecah tradisi ditemankan atok untuk dikhatan. 

Ini adalah pengalaman baru bagi Abe. Sekaligus juga pengalaman baru bagi aku. Waktu Arin disunat tiga tahun dulu, aku tidak menemaninya sebab aku tahu Arin berjiwa kuat. Abe ternyata jauh berbeza dengan Arin. 

Hmmm....tiga lagi menyusul selepas ini. Harap tak seteruk Abe.