![]() |
| Gambar dan informasi lanjut di sini |
Rafflesia Information Center atau nama melayunya Pusat Informasi Rafflesia terletak betul-betul di tepi jalan di lereng Banjaran Crocker. Ia merupakan pintu masuk ke hutan
lindung dara disini. Pusat ini menawarkan pelbagai informasi mengenai bunga Rafflesia yang merupakan bunga terbesar di dunia. Namun, jangan silap ya, bunga rafflesia jenis besar tidak terdapat di kawasan ini kerana suhunya tidak sesuai untuk pertumbuhan rafflesia gergasi. Hanya rafflesia kecil saja yang ada di sini dan itu pun terletak jauh ke dalam hutan. Mereka yang berhajat untuk melihat sendiri bunga ini perlu ditemani oleh pegawai yang bertugas. Dan kalau nak tengok bunga bersaiz sebenar, bolehlah daki Gunung Kinabalu.

