Tuesday, October 16, 2012 | By: Luna Biru

Teori cinta Umi

Umi bilang, dalam hati perempuan itu ada suatu ruang yang sangat gelap yang di dalamnya ada nama bekas kekasih. 

Ruang itu adalah kawasan larangan yang sama sekali tidak dibenarkan untuk tersentuhkan; samada untuk dibersihkan atau disitakan; baik oleh orang lain, mahupun oleh kita sendiri. Kata umi lagi, ruang yang gelap itu adalah sebenarnya cahaya dalam hidup kita; yang membuat kita selalu merasa kuat saat diri kita dihempap kecewa oleh kehidupan hari ini. 

Cinta barangkali sangat misterius sifatnya. Kita barangkali tidak diberi kuasa untuk memiliki manusia yang kita cintai. Tapi kita sentiasa punya kuasa untuk terus merasa bahagia dengan cinta yang kita miliki; meskipun kita harus terus menipu diri dengan bahagia-bahagia palsu antara kelam harapan masa lalu. 



  p/s : rindu umi malam-malam begini...

Twilight VS Balan-Balan

http://mandarox.wordpress.com/2012/05/17/twilight-saga-book-review/

Kisah Bella dan cinta keramatnya bersama vampire dan serigala jadian adalah lagenda orang barat yang klise. Sejak kecil kita sudah disogok dengan kisah begini hingga kita sudah hafal benar hantu jenis ini lebih dari hantu di negara kita sendiri. 

Istimewanya Stephenie Meyer ialah bila dia mampu menghuraikan kisah ini dalam bentuk yang sebegitu indah.

Lalu aku pun terfikir untuk membuat kisah cinta antara manusia dan hantu dalam bentuk yang paling romantik dan penuh tragedi. Satu-satunya 'hantu' yang muncul di kepala aku adalah balan-balan (walaupun sebenarnya balan-balan bukan hantu tapi keturunan).
Friday, October 12, 2012 | By: Luna Biru

Berani Punya Budak

gambar di sini
Afdlin dan 'air tangannya' memang selalu aku tunggu. Meskipun agak terkecewa dengan beberapa filemnya sebelum ini, namun Afdlin sudah meletakkan satu standard dalam diri aku untuk wajib menonton filemnya. 

Dan, 
Filem Berani Punya Budak nyatanya masih terkeluar dari sasaran filem kegemaranku. Mungkin aku buta seni sebab bila aku baca review, kebanyakkannya memberikan komen positif terhadap filem ini. Mungkin aku juga bukan jenis manusia yang akan tergelak besar dalam komedi berbentuk lip sync. Tapi terus-terang bagi aku, filem ini sangat membosankan. Padahal ia bermula dengan sangat baik, hinggalah pada saat adegan imbas kembali bermula. Pemainan dubbing yang berpanjangan hanya meletihkan aura pendengaran sebab kita mulai berperang dengan keaslian suara dan mimik muka. 

Man Sewel Datang KL

Gambar di sini
Mulanya aku fikir cerita ni macam kisah si Ampal datang KK.

Ada persamaannya juga sebab si Ampal dan Man sama-sama sewel dan lurus bendul. 

Terus-terang, aku rasa filem ini lebih layak dipanggil telemovie yang ditayangkan pada waktu-waktu prima. Secara keseluruhannya, aku dapat terima jalan cerita tapi ada beberapa babak yang menimbulkan keraguan sampaikan aku terpaksa rewind balik takut kalau aku sudah terlepas babak yang terkait ke babak yang membingungkan tu. Tapi rupanya tidak. Nyatanya, si pengarah filem memang ter'skip' beberapa adegan mungkin dengan harapan penonton tak perasan. Tapi maaflah...memang tak boleh nak elak sebab babak tu penting. Kita pun sebenarnya tertunggu-tunggu bila adegan tu mahu dikupas tapi malangnya, pengarah mengambil jalan mudah untuk menghabiskan cerita.  

Hantu Air

Gambar dari sin
Maaf cakap. Tapi aku sememangnya terkejut kalau filem sebegini masih wujud di zaman 2012 ini. 

Filem ini memaparkan kisah Hantu Air, iaitu sejenis hantu yang rasanya belum pernah dijadikan pilihan oleh mana-mana penerbit di Malaysia. Murali mungkin cuba menampilkan kelainan. Namun malangnya, seperti kesilapan mana-mana 'pemfilem' lainnya, kajian dan homework yang kurang menjadikan filem ini cacat dari serba-serbinya. Terumbang-ambing tanpa tahu kemana hala tuju meskipun pada mulanya ianya bermula agak baik. 

29 Februari

Harap pix ni tak dideletkan lagi oleh admin

Sekali lagi KRU mencabar diri mencipta fenomenan baru dalam filem 29 Februari. Kuasa sentuhan Edry benar-benar menjanji sebuah kelainan. Mengulang kejayaan dalam filem Magika, Edry sekali lagi memilih tema muzikal dalam meringankan beban kisah cinta antara dua bangsa utama yang hebat ini. 

Budi, lakonan Remy Ishak, yang lahir pada 29 Februari, dikurnia satu anugerah untuk kekal muda walau zaman berlalu pergi. Kehebatan Edry terserlah di sini apabila beliau berani mengambil risiko dalam mempersembahkan peredaran zaman ini yang nyatanya berlangsung selama 120 tahun. Bermula dari zaman jajahan British, taklukan Jepun, zaman yankee ke hippies, lalu ke zaman Brorey Marantika hinggalah ke tahun 2012. Edry begitu teliti pada setiap detail hinggakan kita benar-benar merasa melihat filem sezaman itu.
Monday, October 1, 2012 | By: Luna Biru

Kesanggupan setinggi galah

Sudah pernah kukatakan bahawa kemampuan manusia itu berkorban adalah bergantung kepada kekuatan empatinya. Sudah pernah juga kukatakan bahawa kesanggupan manusia itu untuk membantu adalah bergantung pada keikhlasannya. Tak semua manusia sanggup untuk berkorban dan tidak ramai pula manusia yang dilahirkan untuk menjadi lilin membakar diri demi kepentingan orang lain.

Manusia itu sifatnya ala kadarnya.Kerana itu bila memberi atau membantu pun mereka cuma sekadar adanya. Sebab itu wujud pepatah melepas batuk di tepi tangga. Buat apa memaksa manusia berjalan cepat kalau mereka hanya memakai tongkat? Oh..shame on you lah Luna...


Ingatlah, kasih sayang ibu setinggi langit, kasih sayang anak setinggi galah. Inikan pula kita yang tiada berkait darah, hanya bergantung pada ikatan silaturahmi hablum-minannas...