Friday, May 4, 2012 | By: Luna Biru

Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi

kita tak mungkin dapat puaskan hati semua orang. itu kenyataan klise. Tapi kita mampu mengurangkan risiko kepada konsekuensi keputusan kita dengan mengambilkira kontroversi yang bakal tercetus akibat perbuatan kita.

Aku tak kata aku betul. Dalam banyak hal, aku akui kelemahan aku. Aku juga akui kerakusanku yang selalu mengambil keputusan yang drastik sering mengundang padah untuk diri aku sendiri. Tapi suatu hal yang aku sangat tidak dapat terima ialah bila manusia-manusia di alam ini mudah mempropagandakan tindakanku dengan penamba han rekayaksa cerita yang hanya menyudutkan aku ke dunia mati.

Look, aku tak berniat mahu merampas hak siapa-siapa termasuk hak masa dan peluang. AKu hanya mencuri sedikit ruang yang kutahu bukan milik siapa-siapa ok. Aku hanya menggunakan 20min  masa rehat yang diperuntukan. Selebihnya, aku guna masaku sendiri. Betul, ada ramai yang datang, tapi semuanya sudah kuhalau balik. Jadi tidak wujud isu kurang prihatin atau yang seumpama dengannya.

Aku cuma berpendapat bahawa, aku sudah memberikan mereka pancing selama proses pnp selama ini. Aku tak perlu terlampau stryggle sebab aku yakin  dan tahu tahap kemampuan mereka. Oh...lupaa. Pandangan hidup kita berbeza.

(susah jua menaip pakai ipad nih)
Thursday, May 3, 2012 | By: Luna Biru

Luna loves photography...

Luna loves photography...

Can you just adore the art of the shot? If adorable...(of course). Just ignore the model (If you hate her...huhu) - But I do love the photographer.

...kerana kau percaya...

Dia benar-benar percaya bahawa aku akan terbang ke langit dan menjadi bintang yang mempesona. 

Dia benar-benar percaya bahawa aku mampu menggenggam bara menjadi arang. 

Dia benar-benar percaya bahawa aku begitu indah untuk menjadi apa saja.

Dia benar-benar percaya bahawa aku akan mengubah dunia...
Wednesday, May 2, 2012 | By: Luna Biru

Saling mengingati

Seorang sahabat lama menegur entry blogku.

Ayatnya lebih kurang macam ni;
"Apasal kau post gambar-gambar kau di blog? Kau nak bagitau satu dunia ni yang kau lawa? Supaya orang puji-puji kau dan kau rasa megah? Kau tak malu ke?"

Err...lama juga aku terdiam mendengar pertanyaan yang lebih berbaur krtikan itu. Akhirnya aku buat keputusan untuk senyum dan bilang ok. Aku tak tahu ok tu untuk apa sebenarnya.

Yang baik dan buruk

Di sela berita baik itu selalu ada berita buruk. Begitupun sebaliknya. Selalu begitu,kan? Mungkin Tuhan tidak mahu kita berada dalam keadaan melampau gembira atau melampau sedih. Makanya, Dia sentiasa menyelitkan antara keduanya. Bak kata Susan, apa saja yang terlebih itu tidak baik, sekalipun ia adalah perkara yang baik.

Dan hari ini ada beberapa berita baik yang kuterima dengan lapang dada. Mungkin aku terlupa mengucapkan syukur makanya Allah segera melenyapkan satu dari kenikmatan itu. Atau mungkin juga Allah tahu aku bakal bersedih atas sebuah kehilangan makanya Dia menyediakan beberapa yang baik untuk aku nikmati di masa sedihku.

Apapun, yang buruk itu tetap saja selalu lebih menguasai,kan?

Pengiktirafan manusia

Pagi tadi ada dua manusia mengadiliku untuk satu pengiktirafan yang agak tinggi 'darjat'nya di dunia pendidikan. Kehadiran mereka memang sudah sejak sebulan dulu kumaklumi dan rasanya aku belum bersedia untuk menerima pengiktirafan semacam itu. Maklumlah manusia yang kurang disiplin macam aku ni memang agak sedikit jauh dari apa-apa yang namanya penghargaan. Dua anugerah yang sepatutnya kudapat sebelum ini pernah ditarik balik gara-gara isu disiplin. Ya...mana ada lagi guru paling lewat sampai ke sekolah setiap hari sepanjang hidupnya selain aku (di setiap sekolah tempat aku berkhidmat ok) ? Dan mana ada juga lagi guru yang kerap mencuri waktu keluar semata-mata untuk menghantar dan mengambil dua anak di tadika. Semua masalah itu tertumpu pada aku; ditambah lagi dengan kesalahan-kesalahan disiplin lain dan masalah komunikasi dengan rakan sejawat.