Tuesday, January 3, 2012 | By: Luna Biru

Mistiknya diriku, Entry balas untuk Lina

Aku tertarik membaca entry dari seorang cousinku di blognya sejernih airmata yang bertajuk Mistiknya diriku. Maaf Lina kalau aku membalas entrymu di sini sebab ruang untuk menulis di bahagian komen agak terhad. Dan, cetusan ilham untuk membalas tulis ini adalah atas dorongan terkejut dan perkongsian pengalaman yang pernah sama.

Sesi persekolahan pun bermula


Maka besok bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2012. Seminggu ini sudah sibuk menguruskan keperluan anak-anak sekolah dan kemuncaknya malam ini terasa amat penat sekali. Migrain pun kambuh dan menari-nari atas kepala sampai aku rasa aku sudah boleh biul dengan semua ini. Keghairahan anak-anak untuk memulai sesi baru naik taraf mereka sudah melebihi paras normal yang boleh diterima oleh akal kecil aku.

Filem Misteri Jalan Lama


Terus-terang keinginanku untuk menonton filem ini adalah kerana pengarahnya Afdlin Shauki.  Filem berdurasi 1 jam 40 minit ini adalah bergenre fantasi antara dunia manusia dan dunia nian yang amat jarang dipilih untuk dijadikan subjek penuh suspen selepas Sumpah Orang Minyak. Sungguhpun Magika pernah menembusi hati kita dengan subjek yang sama, namun perbezaan genre yang dipilih membuatkan kita melihat dua dunia ini dari sudut yang berbeza.

Kisah curang

Semalam ada kisah seorang suami yang telah mencurangi isterinya dengan isteri orang lain. Kisah kecurangannya dipergok semudah ABC setelah lama si isteri menyimpan syak wasangka dalam hati. Oh Tuhan telah berbaik hati membuka pekung di dada suami sebelum mereka berdua terlanjur makin jauh bertindak sebagai pengkhianat cinta.

Errr....curang?

Filem Sumpah Puaka



Tertarik dengan preview filem Sumpah Puaka yang ditayangkan di intrologi iklan filem Ombak Rindu, aku pun berkejar ke kedai DVD untuk membelinya. Sebenarnya filem ni telah ditayangkan di pawagam pada 20 Oktober 2011 yang lepas tapi tak berapa dapat sambutan. Meskipun ia adalah filem bergenre seram dan diangkat dari kisah benar, namun semua ini tidak mampu untuk memanggil ahli jemaah untuk meramai-ramaikan pawagam.
Monday, January 2, 2012 | By: Luna Biru

Sebuah rapat penting

Kelmarin berlangsung rapat penting yang sebenarnya lebih berbentuk taklimat pemberitahuan. Nyatanya tidak ada satupun dari pemberitahuan yang memihak di pihakku. Tiada pula yang bertanya samada keputusan yang dorang ambil tu dipersetujui oleh aku atau tidak. Ia buat aku rasa macam tak penting langsung.

Ok. Aku tak penting ya?

Biar aku tunjukkan ke mana orang yang tak penting ni boleh pergi.
Sunday, January 1, 2012 | By: Luna Biru

Intrologi untuk 2012

Ayam masak sweet and sour di SCR, Karamunsing, KK
Semalam sudah buat entry pembuka. Entry yang penuh dengan rasa syukur dan post mortem keinsafan. Entry yang ni pula adalah intrologi rasmi bagi tahun 2012. Jangan keliru dengan gambar di atas sebab ia tiada kaitan langsung dengan azam aku tahun ni.