Tuesday, November 1, 2011 | By: Luna Biru

Baghban


Have you watched BAGHBAN?

Aku tak sengaja tertengok filem ni kelmarin malam di B4U, pakej Mustika. The word 'tak sengaja' sebab remote control yang aku tengah pegang tidak dapat berfungsi dengan baik. Lain nombor yang aku 'pisit', lain pulak yang keluar. Lepas tu, bila mau di'pisit' balik, nda dapat pulak. Sudahnya, aku malas mau berjalan ke decoder untuk tukar secara manual. Akhirnya, aku layan sajalah filem hindi ni. Why not? Lagipun lama sudah nda tengok filem hindi,kan? The last time aku tengok filem My name is Khan. Pelakon filem ni pun bukan calang-calang orangnya. Mereka adalah lagenda filem hindi iaitu Amitabh Bachchan dan Hema Melanie. 

Rindu? Maaf, aku tidak.

Benci betul aku bila seorang lelaki yang tak tau menilai diri sendiri dan hak rumahtangga orang lain. Biarpun sudah tahu statusku sebagai isteri dan ibu, masih juga berani-berani sms bilang rindu-rindu.  Berani pula telefon malam-malam semata-mata mau bagitau yang dia rindukan kita.

Apa yang diharapkannya?

Aku balas yang aku juga rindukan dia? Atau mau disepok oleh aku dengan maki hamun? Atau mau diincar oleh suami aku yang berdarah Murut tulen tu? Kenapa begitu berani mengajak aku berkomplot dalam satu siri curang? Ataukah ia cuma satu betting untuk test market samada aku mahu atau tidak diajak berselingkuh?

1 piece

Ada aku pernah bagitau tak how much I love kucing?

Dan, kelmarin, kucing kesayang aku yang bernama 1 piece, mati sudah. Punca kematian sebab cuba halang lipan dari masuk rumah. Oleh sebab 1 piece baru berusia 6 bulan, jadi mungkin ia tak tau yang lipan tak boleh digigit. Dan aku, lambat sangat tau kejadian ni. Bila aku tau, dia sudah sekarat menahan tersungkur cuba melawan sakit, bisa dan kematiannya. Aku cuba sedaya upaya selamatkannya. Tapi aku betul-betul terlambat. Akhirnya, 1 piece kesayangan aku mati juga.

Ya. 1 piece mati dalam perjuangannya melindungi tuannya. Ia sudah jalankan tugasnya sebagai hamba Allah. Ia juga sudah mencurahkan bakti terakhirnya untuk tuannya. Ia mengingatkan aku pada cerita klasik petani dan kucing.

Inalillahiwainailaihirojiun...